Bila tiba bab dessert ni, tiada siapa yang dapat menolak. Tidak kiralah pudding, tat atau manisan, memang boleh membahagiakan jiwa dan perasaan.

Sempena ulang tahun RASA ke-20, kami bawakan 20 resipi dessert dari pelbagai negara termasuklah Thailand, Turki dan Indonesia.

 

TAT BUAH PIC

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

BAHAN PASTRI

85gm mentega
24gm gula aising
120gm tepung gandum
1 tin buah pic (setengah buah pic dipotong dadu. Selebihnya digunakan untuk hiasan)
BAHAN KRIM KEJU
130gm krim keju
2 sudu makan gula kastor
130gm fresh cream

CARA-CARA:

1.Masukkan mentega, tepung gandum dan gula ising ke dalam bekas. Gaul hingga menjadi doh.
2.Masukkan adunan ke dalam acuan tat bersaiz 9 inci. Tekan doh sekeliling acuan dengan ketebalan anggaran 2mm.
3. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit. Bila masak, keluarkan dari acuan dan sejukkan.
Untuk inti, pukul krim keju dan gula hingga sebati.
Kemudian masukkan fresh cream dan pukul lagi hingga krim keju menjadi kental.
Campurkan buah pic yang dipotong dadu. Gaul rata.
Tuang krim keju ke dalam pastri yang telah disejukkan tadi.
Hias dengan lebihan hirisan buah pic dan sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati.

TAT COKLAT KARAMEL MASIN

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

BAHAN PASTRI:

85gm mentega
24gm gula aising
120gm tepung gandum

BAHAN COKLAT GANACHE:

500gm dark chocolate
500ml fresh cream

BAHAN KARAMEL MASIN:

90gm mentega
1 sudu teh garam
200gm gula kastor
75gm krim putar (whipping cream)

CARA-CARA:

1.Satukan mentega, tepung gandum dan gula ising. Gaul hingga jadi doh.
2.Tekan doh ke dalam acuan tat dan bakar pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan.
3.Untuk coklat ganache, masak fresh cream hingga suam dan masukkan coklat gelap. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
4.Bagi menyediakan karamel masin, masak gula hingga cair dan masukkan krim putar. Kacau hingga sebati.
5.Masukkan mentega dan garam. Kacau hingga larut.
6.Untuk menyediakan tat, masukkan separuh adunan coklat ganache ke dalam pastri tat diikuti karamel masin dan akhir sekali taung lebihan coklat ganache.
7.Simpan dalam peti sejuk hingga coklat menjadi kental sebelum dinikmati.

KASTARD LABU

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

Kastard lembut dan rasa lemak santan dalam labu yang dikukus. Jika tiada santan segar, ia boleh digantikan dengan susu cair.

BAHAN-BAHAN:

1 biji labu bersaiz sederhana
4 biji telur
350ml santan
250gm gula
1 sudu teh esen vanila

CARA-CARA:

1.Potong bahagian tangkai labu dan buang bijinya dengan menggunakan sudu. Ketepikan seketika.
2.Dalam mangkuk adunan, pecahkan telur dan kacau sebati.
3.Masukkan santan dan kacau bersama gula sehingga gula larut. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau rata.
4.Masukkan adunan telur tadi ke dalam labu dan kukus lebih kurang 1 jam 20 minit sehingga puding menjadi kental. Sedia untuk dihidangkan.

 

TART WALNUT

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

BAHAN DOH:

25gm mentega
500gm tepung gandum
20gm kuning telur
60gm air sejuk
½ sudu teh garam

BAHAN INTI:

3 biji telur
1 sudu besar susu UHT
50gm gula perang
175gm golden syrup
50gm mentega | lembutkan
½ sudu teh serbuk kayu manis
½ sudu teh esen vanilla
1 biji buah oren | parut kulit
175gm kacang walnut

CARA-CARA:

1.Untuk menyediakan doh, putar mentega dan masukkan telur.
2. Masukkan tepung dan putar hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Garam dicampurkan dengan air dan tuangkan dalam adunan tepung tadi. Gaul sebati dengan tangan atau mesin.
4. Seterusnya, pukul telur dan susu, ketepikan.
5. Dalam bekas lain, satukan gula perang dan golden syrup dan panaskan hingga sebati.
6. Masukkan mentega, serbuk kayu manis, esen vanilla dan kulit oren. Kacau sebati dan sejukkan.
7. Tuangkan adunan (3) dalam adunan (1). Kacau sebati.
8. Taburkan walnut dalam tart dan tuangkan sirap tadi. Bakar hingga perang selama 30 minit.

 

UBI KAYU KARAMEL GULA MELAKA (CASSAVA THAI)

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

Ubi rebus yang dinikmati bersama dengan sos karamel manis yang diperbuat dari gula melaka. Untuk rasa lebih enak, boleh juga dihidangkan bersama santan.

BAHAN-BAHAN:

2 batang ubi kayu bersaiz sederhana
250gm gula perang
100gm gula Melaka
1 helai daun pandan
400ml air

CARA-CARA:

1.Ubi kayu dibersihkan dan dibuang kulit. Potong sepanjang 10cm.
2.Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk yang bersesuaian.
3.Rebus sehingga ubi empuk dan gula menjadi pekat. Kacau bahagian bawah bagi mengelakkan gula menjadi hangus. Setelah ubi empuk, angkat dan sedia dihidangkan.

 

PUREE DURIAN

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

BAHAN-BAHAN:

1kg isi durian
800ml air
400gm gula pasir**
50gm tepung jagung
250ml air
Sedikit pewarna lemon yellow
Sedikit perisa durian (jika perlu)

CARA-CARA:

1.Kisar isi durian dan air hingga halus.
2.Tuangkan dalam kuali/non stick pan atas api sederhana dan kacau.
3.Letakkan gula dan terus kacau hingga sebati.
4.Bila agak likat, campurkan bancuhan air dan tepung jagung kacau lagi lebih kurang 10 minit atau hingga pekat.

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara
5. Masa proses ni, puree akan meletup letup kecil. (Perlu berhati-hati takut melecur)
6. Tutup api dan tuangkan dalam bekas kedap udara.
7. Sudah sejuk boleh simpan dalam peti ais.

**gula boleh dikurangkan jika isi durian yang digunakan jenis bagus dan manis.

Kredit resipi: Sharmila Abu Samah

 

PULUT PISANG

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

Manisan yang berasal dari Thailand ini pastinya memukau deria rasa anda. Kombinasi pisang, pulut dan santan ini memang sangat enak. Memang wajib cuba.

BAHAN-BAHAN:

2 mangkuk pulut masak
3 biji pisang berangan
1 helai daun pandan
3 mangkuk santan pekat
4 sudu makan gula
Secubit garam

CARA-CARA:

1.Masukkan santan dalam periuk bersama pisang dan daun pandan.
2.Masak atas api sederhana, Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
3.Setelah pisang empuk, masukkan gula dan secubit garam sebagai penambah rasa. Apabila secukup rasa. Matikan api.
4.Untuk menghidangkannya, skopkan pulut tawar ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan santan pisang tadi. Pulut pisang sedia dihidangkan.

*Hidangan ini enak dihidangkan panas atau sejuk, terpulang pada cita rasa anda.

 

PUDING ROTI MARSHMALLOW

IKLAN

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

BAHAN-BAHAN:

1/2 buku roti sandwic
1/2 cawan kismis
1/2 cawan Mega Marshmallow
4 biji telur | dipukul sedikit
1 tin susu cair
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan mentega

CARA-CARA:

1.Sapukan mentega pada roti. Kemudian potong dadu. Susun roti dalam loyang yang telah dioles dengan mentega dan tabur kismis.
2. Kemudian susun lagi roti, tabur kismis dan Mega Marshmallow sehingga habis.
3. Di dalam bekas berlainan, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, serbuk kulit kayu manis dan esen vanilla. Pukul sebati dan tuang ke dalam loyang.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170C selama 40 minit.

 

PANNA COTTA

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

(untuk hidangan 6 gelas)

Sumber: @natashaskitchen

BAHAN-BAHAN:

1 cawan susu
2 ½ sudu teh gelatin (saya guna 1 paket gelatin halal gel)
2 cawan whipping cream
½ cawan + 1 sudu besar gula (saya guna ½ cawan)
1 sudu teh esen vanila
Secubit garam
1 cawan krim masam (saya guna yogurt asli)

BAHAN SOS BERRY:

2 cawan berries (saya guna strawberry & blueberry)
3 sudu besar gula (ejas ikut selera)
½ sudu besar jus lemon

CARA-CARA:

1. Masukkn susu ke dalam periuk dan taburkan gelatin. Biarkan gelatin lembut selama 3-5 minit. Kemudian hidupkan api sederhana kecil dan panaskan susu supaya gelatin cair. Kacau campuran susu dan gelatin sekadar muncul wap sahaja. Jangan biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan whipping cream, gula, esen vanila dan garam. Kacau lagi 5 minit hingga gula cair dan campuran krim berwap (jangan bagi hingga mendidih). Alihkan periuk dari dapur dan sejukkan selama 5 minit.
3. Masukkan krim masam/yogurt asli ke dalam jug kecil. Kemudian masukkan krim suam tadi sedikit demi sedikit dan whisk sentiasa ke dalam jug berisi krim masam/yogurt. Bila adunan menjadi sebati, bahagikan ke dalam 6 gelas atau 8 ramekins. Sejukkan ke dalam chiller selama 4-6 jam.

CARA MEMBUAT SOS BERRY:

1. Di dalam periuk yang sesuai, satukan 1 cawan buah-buahan berries, jus lemon dan gula. Didihkan dengan api perlahan selama 4-5 minit sehingga buah-buahan berries menjadi seperti sirap (syrupy).
2. Masukkan baki 1 cawan berries dan alihkan dari dapur. Sejukkan sehingga suhu bilik dan sudukan ke atas panna cotta.

Kredit resipi & foto: Keroroyz Royz

 

MSHABAK

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

Jika anda gemar berkunjung ke restoran yang menyajikan makanan Arab, tentu anda tidak akan terkecuali untuk mencuba pelbagai jenis manisan Arab yang sedap. Salah satu yang boleh dicuba di rumah ialah Mshabak. Rupanya seakan churros namun lebih manis. Memang sedap!

BAHAN-BAHAN:

5 sudu makan tepung jagung
5 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan minyak bunga matahari/jagung
1 sudu teh yis / ragi
Air suam secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

UNTUK SIRAP:

2 cawan gula
1 cawan air
2 sudu makan air mawar
½ biji lemon untuk perahan jus
Pewarna kuning / oren

CARA BUAT SIRAP:

Cairkan gula kemudian tambahkan air mawar dan jus. Akhir sekali masukkan pewarna mengikut cita rasa. Ketepikan.

CARA BUAT DOH:

1.Gaul minyak bunga matahari/jagung, tepung gandum, yis dan tepung jagung, campurkan air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati. Ketepikan.
2.Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh di dalam minyak panas, pelbagai cara boleh digunakan untuk membentuk doh sama ada menggunakan acuan atau piping bag (seperti membuat churos).
3. Goreng doh sehingga perang keemasan dan kemudian angkat, tos dan rendamkan di dalam air gula yang telah dibuat sebelumnya. Angkat dan sedia dinikmati.

 

BAKLAVA

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

Manisan Arab yang penuh rasa kekacang dan disiram dengan sirap manis. Bagi yang mempunyai masalah diabetes, boleh cuba kurangkan jumlah gulanya.

BAHAN-BAHAN:

100gm kacang walnut | cincang/kisar
200gm kacang pistachio | cincang/kisar
100gm kacang tanah | cincang/kisar
100gm kacang hazelnut | cincang/kisar
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh air mawar
1 roll (500gm) filo pastri
250gm mentega | cairkan
250gm gula
1 cawan air
½ cawan madu
1 sudu teh ekstrak vanila
1 sudu teh kulit lemon yang diparut

CARA-CARA:

1.Panaskan ketuhar pada suhu 175C. Ketepikan.
2. Gaulkan serbuk kayu manis dan semua jenis kacang bersama. Sementara itu tutup filo pastri dengan kain yang lembap untuk mengelakkan daripada ia kering.
3. Letakkan 2 -3 helai filo pastri di atas dulang pembakar, sapu dan ratakan dengan mentega yang telah cair. Ratakan campuran kacang di atasnya sebanyak 2 – 3 sudu makan dan renjiskan air mawar. Ulang proses ini mengikut ketebalan yang dikehendaki.
4. Potong bentuk berlian atau apa saja bentuk yang dingini sebelum bakar.
5. Bakar selama 50 minit sehingga warna keemasan dan kelihatan garing.
6. Sementara menanti baklava masak, masak air gula (sirap). Campurkan madu, ekstrak vanila dan parutan lemon. Perlahankan api dan reneh selama 20 minit.
7. Keluarkan baklava dari ketuhar dan sira di atas baklava dengan sirap yang telah dimasak tadi. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

*Info chef: Diingatkan untuk ratakan setiap lapis filo pastri tersebut dengan mentega yang telah dicairkan.

 

MACARON

IKLAN

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

BAHAN-BAHAN:

2 biji telur putih | saiz L
60gm gula kastor
80gm serbuk badam
120gm gula aising
Sedikit esen vanila
Pewarna yang diingini
Inti jem dan coklat secukupnya

CARA-CARA:

1.Ayak serbuk badam dengan gula aising. Ketepikan.
2.Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk.
3. Masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan seperti buat kek. Masukkan pewarna yang diingini dan gaul sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian jika ingin membuat warna yang berbeza-beza.
4. Masukkan adunan yang sudah siap ke dalam piping bag. Satu piping bag untuk satu warna. Picit ke atas dulang ketuhar yang sudah dialas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ulangi setiap warna hingga selesai.
5. Ambil toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan makaron. Ini untuk mengelakkan permukaan makaron jadi berlubang bila dibakar.
6. Biarkan permukaan macaron kering atau tidak melekat di tangan sebelum dibakar. Anggaran lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar.
7. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150C selama 20 minit. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan.
8. Paipkan inti jem atau coklat yang anda sukai di atas sekeping macaron dan lapiskan dengan sekeping macaron lagi. Ulangi langkah hingga selesai.

*INFO CHEF : Sebelum makaron dibakar, uji dahulu dengan menyentuh dengan jari. Jika adunan tidak melekat, bolehlah dibakar.

 

JELLY TEMBIKAI

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

Jika dulu, sebut sahaja agar-agar, pasti terbayang manisan berperisa sirap, jagung, pandan dan sebagainya yang dipotong dadu. Memang enak dimakan sejuk-sejuk. Malah nak buatnya juga senang dan murah. Kini dengan inovasi serta kreativiti, bermacam-macam resipi agar-agar telah dihasilkan. Bahkan hasilnya sangat menarik dan kelihatan mewah.

BAHAN-BAHAN:

20gm agar-agar serbuk
1 liter air
200gm gula
1 biji buah tembikai merah
Buah naga | potong dadu
Buah kiwi | potong dadu
Buah nanas | potong dadu
Buah betik | potong dadu
Strawberi | potong dadu
Blueberi

*Selain buah-buahan di atas, boleh juga menggunakan buah-buahan lain mengikut cita rasa masing-masing.

CARA-CARA:

1.Tembikai dibelah dua dan dikeluarkan isinya. Isi tembikai dipotong dadu.
2. Masukkan kesemua buah-buahan yang dipotong dadu ke dalam kulit tembikai.
3. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut.
4. Tuang agar-agar ke dalam kulit tembikai berisi buah-buahan tadi. Biarkan sejuk dan mengeras. Boleh disimpan di dalam peti sejuk.
5. Potong dan sedia untuk dinikmati.

Kredit gambar, resepi: Starvingtime

 

PUDING TIRAMISU

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

BAHAN-BAHAN:

1 tin susu pekat
1 tin susu sejat@cair
5 tin air (guna bekas tin susu tadi untuk sukat air)
11 sudu makan tepung kastad (sukatan membukit)
Biskut marie (perisa kopi) secukupnya
Milo secukupnya

CARA-CARA:

1.Masukkan susu sejat, susu pekat , air dan tepung kastad ke dalam periuk.
2.Kacau semua bahan tadi hingga sebati kemudian barulah buka api sederhana.
3.Kacau sampai pekat dan berkilat kemudian tutup api.
4. Sendukkan sedikit kastad tadi ke dalam loyang atau bekas. Kemudian masukkan biskut dan taburkan milo.
5. Ulang langkah sehingga bahan habis. Pastikan lapisan terakhir adalah kastad.
6. Kisar biskut dan milo. Kemudian tabur di lapisan paling atas tadi. ‘
7. Masukkan ke dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Norliza Bahari

 

BUBUR ANAK LEBAH MAKANAN ORANG RAWA & TERKENAL DI PERAK

Jangan terkeliru dengan cendol, ini sebenarnya adalah bubur anak lebah makanan orang Rawa yang cukup terkenal di Perak. Kebiasaannya bubur anak lebah akan dihidangkan di kenduri kahwin atau majlis keramaian yang lain.

BUBUR ANAK LEBAH

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

BAHAN-BAHAN ANAK LEBAH:

Sekampit tepung beras
Segenggam tepung gamdum
Sedikit kapur
Sedikit pencelup hijau
10 helai daun pandan dikisar ambil airnya
Sedikit air

CARA-CARA:

1.Campur kesemua bahan-bahan sekali. Gaul sampai lembik dan tidak cair sesuai untuk ditenyeh di acuan.

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara
2.Adunan ini akan ditenyeh sampai biar jatuh sendiri dalam air panas (macam dalam gambar)

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara
3.Kemudian sudah masak baru keluarkan dan basuh dengan air biasa baru dibubuh dalam kuah bubur untuk dimasak bersama-sama.

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

BAHAN KUAH:

3kg santan
1/2kg gula merah (dicairkan dan ditapis)
Gula biasa secukup rasa
Sedikit garam
Air biasa secukupnya.
Beberapa helai daun pandan (disimpul untuk masuk dalam bubur)

CARA-CARA:

1.Masukkan santan dan gula merah yang sudah dicairkan.

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara
2.Tambahkan air biasa mengikut kepekatan bubur yang kita mahu.

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara
3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa sendiri.

IKLAN

Kredit resipi: Ibu Rabbani

 

BUBUR CANDIL

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

(untuk hidangan 3-4 orang)

Sumber Lestariweb

BAHAN-BAHAN:

150g tepung pulut
50g tepung ubi
150ml air suam
1/4 sudu teh garam

AIR GULA
100g gula Melaka
800ml air
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan disimpul

SANTAN PEKAT

200ml santan kotak
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan disimpul

CARA-CARA:

1. BUBUR CANDIL : campurkan tepung pulut, tepung ubi dan garam dalam satu bekas.
2. Buat satu lubang di tengahnya lalu tuangkan air suam sedikit demi sedikit sambil uli dengan tangan hingga doh tak melekat di tangan dan bekas adunan
3. Ambil adunan sebesar 1 sudu teh. Bentukkan bulat, tekan sedikit dengan ibu jari hingga terbentuk kawah kecil. Buat hingga habis. Boleh dapat lebih kurang 50 biji. Susun dalam dulang supaya bubur candil tidak melekat
4. AIR GULA: Masukkan bahan-bahan air gula di dalam periuk. Panaskan hingga gula Melaka larut.
5. Masukkan bubur candil dalam air gula. Rebus hingga ia masak dan terapung di permukaan. Tutup api. Biarkan bubur di dalam air gula.
6. SANTAN PEKAT: Masukkan bahan santan pekat ke dalam periuk. Didihkan hingga mendidih kecil. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak. Tutup api dan alihkan dari dapur
7. Cara menghidang: ceduk bubur candil bersama air gula ke dalam satu mangkuk. Siramkan dengan santan pekat. Saya ada tambah sagu sebagai penyeri. Hidangkan suam atau sejuk

*sebenarnya bubur ni bentuk bulat. Saja saya bentukkan macam wadai kepeng supaya dapat lebih.

Kredit resipi & foto: Keroroyz Royz

 

LAICI PANNA COTTA DENGAN DELIMA

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

(Saiz hidangan: 4-6 cawan)

BAHAN A

200ml minuman laici
1000ml susu segar penuh krim
200ml whipping cream/heavy cream
250gm gula
1 tin buah laici
1 paket serbuk agar-agar

BAHAN B

1 kotak besar minuman laici
2 biji buah delima
1 paket serbuk agar-agar
2 sudu makan gula

CARA-CARA:

1.Kisar buah laici dengan minuman laici dan tapis.
2. Campurkan air tapisan laici tadi dengan susu segar penuh krim, whipping cream, gula dan serbuk agar-agar ke dalam kuali.
3. Kacau dan masak sehingga mendidih.
4. Biarkan suam sedikit dan tuangkan ke dalam bekas sehingga penuh. Ketepikan.
5. Campurkan semua bahan B dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
6. Biarkan suam sedikit dan tapis untuk asingkan biji delima.
7. Tuang sehingga separuh bekas yang anda gunakan. Biarkan sejuk.
8. Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk. Hias dengan buah delima.

*Info chef: Jika tidak ada air kotak laici, anda boleh kisar laici dalam tin bersama airnya dan tapis.

 

BANOFEE PIE

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

Manisan Banofee Pie ini, rasanya manis, berkrim dan penuh sensasi rasa pisang serta karamel. Ia kemudian dihiasi dengan krim putar dan hirisan coklat.

BAHAN-BAHAN:

1 tin susu pekat manis | direbus selama 3 jam di dalam air mendidih
2 biji pisang ranum | dihiris
Hirisan coklat secukupnya
200gm krim putar

BAHAN KERAK:

200gm biskut digestive
50gm mentega
80gm gula
50gm serbuk badam

BAHAN KRIM:

2 biji kuning telur
45gm gula kastor
25gm tepung kastad | boleh ganti tepung jagung
50gm dairy heavy cream
200gm susu segar

CARA-CARA:

1.Bagi menghasilkan kerak: campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus.
2. Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk.
3.Untuk krim pula: campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan.
4. Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental.
5. Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang. Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat.

 

PUDING LUMUT

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH:

5 g serbuk agar-agar
1 biji telur
125 ml santan kotak
½ sudu teh pes pandan
50 g gula perang
300 ml air
Garam

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS:

2 kuning telur
½ sudu teh esen vanila
40 g mentega
100 g susu pekat
2 sudu besar gula perang
5 g serbuk agar-agar
350 ml air

CARA-CARA:

1.Untuk bahagian bawah: Panaskan air, masukkan gula perang. Boleh juga guna gula pasir.
2. Dah mendidih, masukkan serbuk agar-agar. Separuh lagi simpan untuk adunan agar agar mentega pula.
3. Santan, telur dan pes pandan disatukan. Pukul rata. Pes pandan boleh beli di kedai bahan bakeri.
4. Bila serbuk agar-agar dah hancur, masukkan bancuhan santan tadi. Biarkan api kecil, kacau manja-manja saja. Kita nak lumut dia tak terlalu kasar dalam puding nanti.
5. Tuangkan dalam bekas atau acuan yang sesuai. Boleh dapat 15 ketul. Masukkan separuh adunan ya. Ketepikan,
6. Untuk bahagian atas: Mentega dicairkan campur dengan kuning telur, esen vanila dan kuning telur. Kacau rata.
7. Panaskan air, masukkan gula perang. Kalau tiada, boleh guna gula pasir. Cuma kalau guna gula perang lagi sedap sebab dia ada rasa karamel beza dengan gula pasir.
8. Masukkan serbuk agar-agar. Biarkan hancur. Kemudian, masukkan bancuhan mentega tadi. Kacau rata ya. Matikan api.
9. Masukkan dalam bekas tadi. Isi sampai penuh. Simpan dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk memang sedap.

Kredit resipi & foto: Umi Watie

 

SAGU GULA MELAKA

Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara

BAHAN-BAHAN:

6 cawan air
1 cawan sagu | dibilas sekejap
¾ cawan gula merah

CARA-CARA:

1.Masak air sampai mendidih. Dah mendidih, baru masukkan sagu yang dah dibilas sekejap. Bilas terus masuk dalam periuk. Jangan bilas awal sangat.
2. Biarkan sagu membuak-buak. Kacau selalu ya.
3. Bila nampak sagu dah jernih. masukkan gula merah. Kacau-kacaukan biar sebati.
4. Apabila Nampak elok jernih sekata, toskan. Bubuh dalam bekas kegemaran, tuangkan susu segar. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia dihidangkan.

*Kalau nak makan dengan santan pun boleh, dengan whipping cream pun boleh.

Kredit resipi & foto: Umi Watie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Memang Pekat & Berkilat! Boleh Tiru Resipi Wajik Durian Ini 

Resipi Churros Istimewa, Ini Caranya Hasilkan Bentuk Cantik

Pais Terengganu Guna Ikan Selayang, Cukup Ramuan Sempurna Rasa

Sedap! Resipi Siakap Laprik Ala Thai Masak Cara Kampung

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI