Teringin nak makan kuih cara, acuan pula tak ada. Acuan takoyaki adalah, tapi boleh saja kita olah cara kita. Comel pula buat kuih cara manis guna acuan takoyaki ni,makan pun senang. Seketul tu sekali ngap je.
KUIH CARA MANIS BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung gandum 1 biji telur gred A – pukul dulu 2 cawan santan 1 cawan air pandan – kisar 4 helai daun pandan & 1 cawan air.Tapiskan Sedikit gula Sedikit garam Sedikit esen vanilla – jika suka Pewarna hijau
CARA MEMBUAT : 1) Masuk semua bahan-bahan di atas dalam bekas. Gaul rata.Tuang dalam blender,kisar halus. 2) Tuang dalam jag sederhana.Panaskan acuan takoyaki atas dapur gas. Api perlahan. Sapu minyak. 3) Tuang adunan penuh dalam acuan. Biarkan seketika,baru letak sedikit gula dalam adunan.Tutup dengan penutup periuk. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan dekat tepi kuih,boleh angkat & keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai. 4) Untuk tuang adunan seterusnya,mesti kacau-kacau dulu adunan dalam jag,baru tuang. 5) Ulang sehingga habis adunan.Siap untuk dinikmati.
Orang dulu-dulu cakap sambal ni sambal bodoh, sebab orang malas tapi nak cepat makan. Lalu campurkannya telur dalam sambal tumbuk, kacau rata dalam kuali dah siap terus boleh makan. Tapi kalau nak tahu sambal bodoh ini sangat sedap dan boleh habiskan nasi berpinggan-pinggan. Tak percaya cuba buat ye…
SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Kacang Tanah Salut Tepung antara kudapan menjadi kegemaran ramai terutamanya. Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, permintaannya menjadi tinggi sehingga kehabisan di pasaran. Pun begitu, ada juga sesetengah kacang yang dijual tidak ranggup, kadang lemau atau kurang sedap. Apa kata untuk rasa yang sedap, ranggup anda cuba buat sendiri berpandukan tip cara membuat Kacang Salut Tepung RASA kongsikan ini:-
Guna Kacang Tanah Yang Telah Dikupas:
Pilihan terbaik adalah kacang tanah yang telah dikupas kulit arinya. Selain memudahkan kerja, ia lebih sedap. Jika sukar cari kacang tanah yang telah dibuang kulit ari, beli sahaja kacang biasa kemudian rendam dalam air panas selama 10 minit kemudian kupas kulit ari hingga bersih.
Goreng Sangai ¾ Masak:
Goreng sangai (goreng tanpa minyak) kacang tanah supaya teksturnya lebih rangup dan bangkit aromanya. Semasa menggoreng sangai, anda perlu sentiasa mengacaunya supaya tidak hangus. Goreng ¾ masak sahaja kemudian sejukkannya.
Campurkan Kacang Tanah Dengan Telur Serta Ramuan Lain
Gaulkan kacang tanah yang telah digoreng sangai dengan campuran telur dan ramuan (bawang putih yang telah dikisar halus, sedikit gula halus dan garam). Pastikan semua kacang disaluti dengan campuran telur tadi.
Salut Kacang Tanah Dengan Tepung Gandum dan Tepung Ubi Kayu.
Keenakan Kacang Tanah Salut Tepung bergantung pada kerangupan lapisan tepung yang menyaluti kacang tanah. Untuk mendapatkan kerangupan itu anda perlu campurkan tepung gandum dengan tepung Ubi Kayu dengan nisbah 4:1. Pastikan salutan juga salutan itu nipis untuk memastikan kerangupannya. Caranya masukkan kacang tanah yang digaul rata dengan bahan perencah sedikit demi sedikit ke dalam aduanan tepung gaul dengan tangan supaya salutan tepung merata dengan elok Kemudian ambil kacang menggnakan penapis jarang dan ketuk-ketuk penapis untuk membuang lebihan tepung.
Goreng Dengan Api Sederhana kecil:
Akhir sekali panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana kecil. Pastikan menggunakan minyak yang banyak supaya kacang terendam sepenuhnya dalam minyak. Goreng hingga kulit luar kacang menjadi coklat muda. Segera angkat dan toskan, setelah sejuk kacang sedia disimpan dalam bekas kedap udara.
KACANG TANAH SALUT TEPUNG : BAHAN-BAHAN:
600gm kacang tanah| sangai, biarkan dingin dulu
2 biji telur
4 sudu makan margarin, dicairkan
150gm gula halus
6 ulas bawang putih | kisar halus
1/2 sudu teh garam
500 gram tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
Campurkan telur, margarin, bawang putih, gula halus dan garam lalu kacau sampai rata.
Tuangkan 2 sudu makan adunan telur ke dalam kacang, aduk hingga rata.
Gaulkan ke dalam bekas yang berisi tepung, gunakan tapak tangan agar tidak bergumpal.
Gunakan penapis sambil diayak supaya tepung rata.
Lakukan berulang kali dan berselang seli dengan telur dan tepung hingga 3-4 kali untuk menghasilkan ketebalan yang sempurna.
Goreng menggunakan minyak panas di atas api sederhana hingga warna kecoklatan.
Angkat lalu toskan, setelah sejuk simpanlah dalam bekas kedap udara.
Teringin nak makan Kuih Lopes tapi tercari-cari resipi yang paling mudah? Ye…Ini resipi yang paling senang yang anda boleh cuba. Jika guna cara ni anda tak perlu kukus dan tak payah gulung dalam daun pisang dah. Boleh siap dalam masa yang singkat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Shahera Ilani. Anda pasti puas hati.
RESIPI KUIH LOPES MASAK GUNA RICE COOKER
BAHAN PULUT:
2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 cawan air
1 cawan air daun pandan
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau – jika perlu
Kelapa parut secukupnya
BAHAN AIR GULA MELAKA
1 keping gula melaka
1 cawan gula perang
5 cawan air
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.
2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.
3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas bersesuaian. Kemudian bentukkan bulat. ( boleh guna cawan)
4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.
5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.