Orang dulu-dulu cakap sambal ni sambal bodoh, sebab orang malas tapi nak cepat makan. Lalu campurkannya telur dalam sambal tumbuk, kacau rata dalam kuali dah siap terus boleh makan. Tapi kalau nak tahu sambal bodoh ini sangat sedap dan boleh habiskan nasi berpinggan-pinggan. Tak percaya cuba buat ye…
SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis | dikopek
- 2 biji telur
- 20 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
- Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
- Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
- Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
- Tutup api angkat dan hidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Sup Sedap Perut, Tulang, Ekor, Kaki Lembu …Slurrpphh.
Kalau nak buat sup sedap melampau, bahagian tulang, perut, kaki dn ekor lembu memang padu kalau dimasak sup selain dagingnya. Anda boleh juga masukkan sedikit daging di dalamnya di samping bahagian lain yang anda ingingkan tu.
Selain rempah ratus, reneh tu biar lama sikit. baru meresap rempah ratusn. Nak hirup begitu pun sedap aje. Jom cuba buat…slurrphh kuahnya
1. SUP PERUT
BAHAN-BAHAN:
- 1kg perut lembu
- 4 biji bawang besar | dimayang
- 10 biji bawang merah | ditumbuk
- 5 ulas bawang putih | ditumbuk
- 2.5cm halia | diketuk
- 3 sudu makan rempah sup
- 2 keping asam gelugor
- 2.5cm kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 4 sudu makan lobak jeruk
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukupnya
- 4 sudu makan minyak masak
- 1 liter air
CARA MEMASAK:
1. Perut lembu dibersihkan dan direbus selama sejam. Selepas itu potong kecil memanjang. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bahan-bahan yang dimayang dan ditumbuk sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.
3.Selepas itu masukkan rempah sup dan kacau sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan air dan kacau. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Angkat.
6. Ketika menghidang, masukkan kesemua bahan yang digoreng bersama minyak ke dalam sup perut yang hampir masak. masukkan serbuk perasa dan hidangkan.
Untuk menambahkan lagi keenakan sup perut tambahkan tauge,daun bawang, daun sup serta lobak jeruk
Kredit : resepi masakan terkini
2. SUP EKOR ALA THAI
BAHAN-BAHANNYA:
- 1 kg ekor lembu
- 3 sudu besar kicap sotong
- 3 sudu besar cili kisar
- 3 batang serai
- 5 helai daun limau purut
- 2 sudu bawang besar
- 15 tangkai cili padi }di belah dua
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 biji limau nipis
- 3 biji tomato
CARA MEMASAKNYA:
1. Tumis cili kisar dan masukkan serai yang telah di titik. Kacau sampai garing dan masukkan
kicap sotong ,kemudian masukkan air dan ekor lembu. Masak hingga ekor lembu empuk kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
2. Masukkan cili padi,tomato dan bawang besar.Setelah itu masukkan jus limau,daun limau
purut, dan bolehlah diangkat.
Oleh: Suhaimi Abdul Aziz
3. SUP KAKI LEMBU & TULANG
Bahan bahan:
- 1/2 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
- Kaki lembu yang telah direbus, dipotong kecil
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 1 labu bawang besar – di hiris
- 1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar
- Air rebusan tulang secukupnya
- 1 batang lobak merah ~ dadu
- 2 biji kentang ~ dadu
- 1 sudu kecil lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 biji tomato – potong dadu
- 1 batang celery – hiris
- Daun sup dan daun bawang ~ hiris
- 3-4 biji cili padi – hiris
- 2 biji limau nipis (diambil airnya)
- Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 batang lobak merah
- 1 batang celery
- 1 batang leek
CARA MEMASAK :
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
3. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
4. Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
5. Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
6. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga kaki lembu yang telah dipotong kecil, daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.
4. SUP TULANG SEDAP
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar – di hiris
1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
2 biji kentang ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato – potong dadu
1 batang celery – hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi – hiris
Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek
CARA MEMASAK :
1, Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
3.Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
4.Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
5.Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
6.Jika gunakan tulang yang tak direbus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap atau cili padi yang dihiris.
FB : ANEKA Resipi Kompilasi
Aroma Kopi Bau Semerbak, Lembut & Gebu Mexican Coffee Buns Ini
Siapa di sini suka kopi dan juga roti bun? Kombinasi terbaik buat pencinta kopi dan juga roti.
Menerusi perkongsian daripada saudara Shuqor Haron, ketika membuat Mexican Coffee Buns ini, bau semerbak kopi harum di ruang dapurnya.
Wahh, mesti sedap kan. Jom kita buat.
RESIPI CARA BUAT MEXICAN COFFEE BUNS
BAHAN DOH:
7g yis – beli online DI SINI
110g air suam
60g gula – beli online DI SINI
350gm tepung roti (boleh guna tepung biasa, tetapi hasilnya agak berbeza nanti) – beli online DI SINI
2 sudu teh tepung susu
Secubit garam – beli online DI SINI
100gm susu segar
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma
TONTON Makan Di Mana Eps 14: Malas Nak Masak? Order Je Makan Dari Daporoy_
CARA-CARA:
1.Satukan bahan yis, air suam dan gula. Kacau dan biarkan yis aktif.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Sementara itu, campur semua bahan dan uli dengan senduk hingga tiada lagi cecair.
3.Sambung uli sedikit dengan tangan hingga tiada tepung-tepung kelihatan. Bubuh dalam mangkuk, disapu sedikit minyak dan biarkan 15 minit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN COFFEE TOPPING
1 paket instant Nescafe (perisa kosong atau berperisa terserah)
2 sudu air suam
60gm mentega lembut – beli online DI SINI
30gm gula pasir – beli online DI SINI
30gm gula merah – beli online DI SINI
1 biji telur
100gm tepung gandum – beli online DI SINI
TONTON Dapur Rasa Live Bersama Che Ila: Tilapia Garing Bersos Limau
TONTON Dapur Rasa Live Bersama Chef Dave Vegan Journey: Medhu Vadai (Vadai Bebentuk Donut)
CARA-CARA:
1.Cairkan nescafe dengan air suam. Kacau rata.
2. Gaul gula dengan telur. Guna kuning dahulu, gaul hingga gula larut. Kemudian, masukkan putihnya pula. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum. Kacau rata hingga sebati (jika terlalu cair, masukkan 1-2 sudu tepung).
4. Kemudian, masukkan dalam piping beg. Ketepikan. (pes mesti dalam keadaan pekat)
5. Ambil doh yang sudah disiapkan tadi. Uli hingga lembut. Tabur sedikit tepung jika doh melekat di papan menguli.
6. Leperkan doh dan letak mentega. Bila uli, doh memang akan menjadi lembut. Jangan risau dan jangan bubuh tepung.
7. Teruskan uli hingga lembut dan biarkan mentega meresap pada doh. Bubuh dalam bekas besar dan tutup dengan plastik. Biarkan doh naik 2-3 kali ganda. (lebih kurang dalam 45 minit)
8. Bahagikan doh kepada 8 atau lebih, ikut suka citarasa masing-masing. Bulat-bulatkan dan biarkan naik lagi selama 20 minit.
9. Tekan doh dan bubuh sesudu mentega (guna butter salted untuk rasa masin). Tutup rapat dan bulatkan. Buat hingga habis. Rehatkan 20 minit atau hingga 2 kali ganda saiz asal.
10. Piping pes coffee di atasnya (lihat gambar) tapi jangan sampai paras bawah kerana pes akan turun ketika dibakar.
11. Bakar selama 18 minit. Buka ketuhar dan pusingkan dulang (positional sahaja). Dah siap dibakar, boleh dikeluarkan dari ketuhar. Sejukkan.
12. Nikmati bersama teh tarik. Sedap makan suam atau suhu bilik.
Kredit resipi: Shuqor Haron
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Rasa Tak Puas Makan Burger Prosperity Di Mekdi? Jom Buat Sendiri
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
15 Aneka Nasi Pelbagai Perisa Untuk Kunjungan Para Tetamu!
Apabila hendak menjamu para tetamu yang berkunjung ke rumah, tentu anda ingin menyediakan hidangan yang lebih istimewa untuk mereka. Misalnya pelbagai jenis nasi berwarna cukup perisa dan sedia dihidangkan bersama lauk. Anda juga tidak perlu risau kerana anak-anak kecil boleh menikmati nasinya begitu sahaja.
NASI KUKUS KISMIS
Bahan-bahan:
- 3 cawan beras basmathi
- 3 cawan air rebusan ayam
- 1 batang serai | titik
- 4cm halia |mayang halus
- Garam secukup rasa
- Kismis secukupnya
Cara memasak:
- Rendam beras sejam. Toskan.
- Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak.
- Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata.
- Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
- Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma serai beri kewangian pada nasi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
NASI BEREMPAH KAMBING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing (bahagian rusuk atau daging pejal) | potong sederhana kecil dan rebus empuk
- 4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
- 3 cawan air rebusan daging kambing
- 1 cawan air (3 sudu makan biji ketumbar dikisar dengan satu cawan air dan tapis)
- 3 sudu makan minyak sapi/mentega
- 2 sudu makan tomato puri
- 2 sudu makan kismis
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 4 ulas bawang putih | cincang kasar
- Garam secukupnya
- Pewarna kuning secukupnya (pilihan)
- Daun pudina secukupnya
BAHAN-BAHAN B: (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi/mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B berserta bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan tomato puri dan tumis hingga rempah masak.
- Masukkan kambing dan didihkan hingga kambing benar-benar empuk.
- Masukkan beras ke dalam periuk. Tambah garam secukup rasa. Tuang air rebusan kambing dan air ketumbar lalu didihkan hingga semua bahan masak.
- Apabila nasi masak, tambah kismis dan titikkan pewarna kuning (jika suka) dan kacau rata pada nasi. Letak daun pudina ke dalam nasi lalu tutup periuk untuk setengah jam.
- Hidangkan bersama hirisan timun, tomato, lemon dan cili hijau.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Tidak memerlukan lauk lain
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
NASI BERINGIN AYAM BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | rendam 10 minit dan toskan
- 2 cawan air
- 2 cawan susu cair
- 3 sudu makan minyak sapi
- 1 biji bawang besar|mayang halus
- 3 ulas bawang putih|kisar
- 2cm halia|kisar
- 2cm kunyit hidup| kisar
- 1 batang serai | ketuk
- 2 helai daun pandan | siat & simpul
- Garam secukup rasa
- Air ros secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
BAHAN-BAHAN C (AYAM BEREMPAH):
- 1 ekor ayam |belah empat
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tomato puri
- 1 biji bawang besar | kisar
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis serai, bahan-bahan kisar berserta bahan-bahan B hingga wangi.
- Masukkan beras, air, susu, daun pandan dan garam secukup rasa.
- Didihkan hingga nasi tanak. Renjiskan air ros secukupnya. Gemburkan dengan garpu. Ketepikan.
- Sementara itu, untuk memasak ayam rempah; perap kesemua bahan-bahan C selama sejam atau semalaman. Goreng di dalam minyak yang panas hingga ayam masak. Hidangkan bersama nasi tadi.
Saiz hidangan: 4-6 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan wangi serai
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus, didih dan goreng
Info chef: Daging ayam boleh dihiris dan diletakkan di bahagian atas nasi ketika menghidang.
NASI DAGING YEMEN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging| potong kiub besar
- 4 cawan beras basmathi| basuh dan toskan
- 2 biji bawang besar | mayang halus
- 4 cawan air rebusan daging
- 3 sudu makan mentega/minyak sapi
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu teh air rendaman safron
- 1 sudu teh jus lemon
- 2 helai daun bay leaf
- 1 sudu teh biji lada hitam
- 5 ulas bawang putih
- Garam dan gula perang secukupnya
- Bawang goreng dan kismis secukupnya
- Air secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia|kisar
CARA MEMASAK:
- Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi.
- Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak.
- Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak.
- Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi. Kacau sebati.
- Tambah bawang goreng dan kismis jika suka.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Arab
Keistimewaan : Penuh perisa
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.
NASI HALIA SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras basmathi | rendam sejam dan toskan
- 3 cawan air
- 2 sudu makan minyak jagung
- 6 batang serai|ambil bahagian dalam yang lembut dan hiris nipis
- 4cm halia muda | mayang halus
- 1 labu bawang besar|kisar halus
- 4 ulas bawang putih|kisar halus
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan serai dan halia lalu tumis lagi hingga wangi.
- Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
- Masukkan beras dan air.
- Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
- Angkat dan sedia dinikmati bersama lauk lain.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma serai dan halia beri rasa unik
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak dimakan bersama lauk bersambal dan sebagainya.
NASI IKAN MINYAK SAPI
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi|rendam dan toskan
- 2 keping isi ikan merah|potong dadu
- 3 cawan susu cair
- ½ cawan air
- 2 helai daun pandan | siat dan simpul
- 2 sudu makan minyak sapi
- 1 sudu makan marjerin
- Tepung jagung secukupnya
- Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | mayang halus
- 3 ulas bawang putih |mayang halus
- 3cm halia muda|mayang halus
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan dan gaul rata. Salut ikan dengan tepung jagung secukupnya lalu goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.
- Panaskan minyak sapi dan mentega di dalam periuk.
- Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan biarkan beberapa minit.
- Masukkan beras, susu cair, air dan garam secukup rasa. Masak nasi hingga masak.
- Setelah nasi masak, masukkan isi ikan goreng ke dalam nasi dan gaul rata.
- Jika suka, tambah kismis dan bawang goreng semasa menghidang.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa minyak sapi yang lemak dan wangi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Boleh juga gunakan isi ikan tenggiri, kerapu atau kurau.
NASI KAPITAN TANJUNG
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras basuh dan toskan
- 2 cawan air
- 1 ½ cawan susu cair
- 2 sudu makan tomato puri
- 2-3 sudu makan minyak sapi
- 1 helai daun pandan | siat & simpul
- Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN-BAHAN C (TUMIS):
- 4 ulas bawang merah| mayang halus
- 2 ulas bawang putih| mayang halus
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan C dan tumis hingga wangi.
- Masukkan bahan-bahan B dan tumis lagi beberapa minit.
- Masukkan beras, air, susu cair, tomato puri, daun pandan dan garam secukup rasa.
- Didihkan hingga nasi masak. Jika suka boleh tabur kismis dan bawang goreng ketika menghidang.
- Sedia dinikmati bersama lauk pauk lain.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Kapitan
Keistimewaan : Rasa lemak minyak sapi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti ayam masak merah.
NASI KARI HIJAU THAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras basmathi
- 2 cawan susu cair
- 1 cawan air rebusan sayur/ayam
- 2 sudu makan minyak jagung
- 1 sudu makan pes kari hijau Thai
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 2 helai daun pandan |siat & simpul
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak jagung di dalam kuali lalu tumis bawang besar hingga agak perang.
- Masukkan pes kari hijau thai berserta sesudu makan air, tumis hingga pes masak dan tutup api.
- Di dalam periuk, masukkan beras, susu cair, air rebusan sayur/ayam, daun pandan dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
- Tuangkan pes kari hijau Thai yang telah ditumis tadi ke dalam periuk. Kacau rata dan didihkan hingga nasi masak.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma pes kari hijau Thai yang unik
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama pelbagai lauk kegemaran.
NASI KERABU PELBAGAI ULAM
BAHAN-BAHAN NASI:
- 2 cawan beras basmathi
- 2 cawan air perahan campuran daun/herba*
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
*UNTUK MEMBUAT AIR PERAHAN DAUN/HERBA:
(KISAR SEMUA BAHAN DAN AMBIL AIRNYA)
- 2 helai daun pandan
- 1 helai daun lengkuas
- 1 helai daun kunyit
- 3sm kunyit hidup
- 1 batang serai
- 3cm halia
BAHAN-BAHAN ULAM:
- Daun pegaga
- Daun selom
- Daun Selasih
- Ulam Raja
- Kacang Botol/Kacang Panjang
- Tauge
- Kubis
- Cili merah
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam periuk.
- Masak hingga tanak.
- Kacau sekali-sekali supaya masak sekata. Ketepikan.
- Untuk membuat ulam-ulaman; Hiris halus kesemua ulam-ulaman dan gaul rata. Tabur sedikit garam dan gaul bersama nasi tadi.
- Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Pelbagai rasa ulam-ulaman yang segar
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis bilis/ikan, hirisan pelbagai ulam/sayur dan keropok goreng.
NASI KETUMBAR KURMA
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras basmathi
- 2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan pes kurma dan ketumbar*
- ¼ cawan badam |panggang dan kisar halus
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 4 ulas bawang putih | mayang halus
- Garam dan gula perang secukupnya
- Daun pudina secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 helai daun pandan – simpul
CARA MEMASAK:
- Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bahan –bahan B hingga wangi.
- Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi hingga bawang kekuningan.
- Masukkan beras, air, susu cair, badam kisar dan pes campuran kurma dan ketumbar.
- Tambah garam dan gula perang secukupnya. Didihkan hingga nasi masak.
- Masukkan daun pudina dan tutup periuk. Boleh dihidangkan dengan lauk-pauk pilihan seperti kuma daging, ayam masak merah, acar timun dan lain-lain.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Terasa rempah ratus yang sedap
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Untuk membuat pes campuran kurma: 6 biji kurma madu (dibuang biji) dan 2 sudu makan ketumbar dicampurkan dengan 1 cawan air lalu dikisar halus.
NASI KOSHARY RINGKAS
BAHAN-BAHAN A:
- 4 cawan beras basmathi| basuh dan toskan
- 4 cawan air rebusan ayam/daging
- ½ cawan tomato puri
- ½ cawan kacang dhal | rebus hingga empuk
- 1 sudu teh air rendaman safron/pewarna kuning
- Garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 2 sudu makan minyak sapi
- 4 ulas bawang merah |mayang halus
- 2 ulas bawang putih | mayang halus
- 4 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B hingga wangi.
- Masukkan beras, tomato puri dan air rebusan ayam/daging.
- Tambah garam, lada sulah, lada hitam dan tanak hingga nasi masak.
- Renjiskan air rendaman safron/pewarna kuning dan gaul rata.
- Gemburkan nasi sebelum dihidangkan bersama lauk-pauk yang bersesuaian.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Arab
Keistimewaan : Penuh perisa dan lemak
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Jika suka, boleh juga ditambah ½ cawan kacang kuda dan ½ cawan makaroni ketika nasi sedang mendidih.
NASI KUNYIT HALBA
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras basmathi
- 3 cawan santan pekat
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh halba
- 1 batang serai|titik
- 3cm halia| mayang halus
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rendam beras bersama serbuk kunyit selama 2 jam.
- Kukus bersama halba, serai dan halia hingga separuh masak.
- Tambah santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan tuang ke atas nasi.
- Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada rasa lemak santan
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama lauk pilihan seperti sambal tumis atau kari ayam/daging.
NASI PERANG JAGUNG MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras perang | basuh dan toskan
- 2 cawan susu cair
- 1 cawan air
- ½ cawan jagung (dalam tin)
- 3 sudu makan mentega
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 3sm halia | mayang halus
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- Sehelai daun pandan| siat & simpul
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar, halia, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
- Masukkan daun pandan dan beras.
- Tuang susu cair, air dan jagung ke dalam periuk.
- Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
- Boleh dihidangkan bersama aneka lauk pilihan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa unik kerana terdapat jagung di dalamnya
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Beras perang bagus untuk kesihatan.
NASI TUMIS BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | basuh dan tos
- 3 cawan santan pekat
- ½ cawan air
- 1 sudu makan mentega
- 3 ulas bawang merah| mayang halus
- 3 ulas bawang putih | mayang halus
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 3cm halia| mayang halus
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.
- Masukkan beras dan goreng beberapa minit.
- Tambahkan santan, daun pandan dan garam secukup rasa.
- Tanak beras hingga masak. Jika suka, boleh tambah beberapa titik pewarna pilihan.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan lemak wangi mentega
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis, telur rebus dan ulam-ulaman.
NASI TURKI KAMBING
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | basuh & toskan
- 2 cawan air rebusan daging kambing
- 2 cawan susu cair
- 300gm daging kambing| potong dadu sederhana & rebus empuk
- 2 biji ubi kentang |belah empat
- 2 biji tomato| potong bulat
- 1 batang lobak merah|potong bulat
- 3 sudu makan minyak sapi
- Garam secukup rasa
- Kismis & bawang goreng| untuk hiasan
- 2 – 3 biji telur rebus | pilihan
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2 sudu teh jintan putih
BAHAN-BAHAN C:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan B dan C hingga wangi dan naik bau.
- Masukkan daging kambing berserta air rebusan, susu cair, beras, garam, ubi kentang dan lobak merah lalu didihkan hingga nasi tanak.
- Gemburkan nasi menggunakan garpu dan ratakan.
- Jika suka boleh tambah 2-3 biji telur yang telah direbus ketika cecair telah sejat dan gaulkan sebati. Tabur dengan kismis dan bawang goreng.
- Angkat dan sedia dinikmati
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Turki
Keistimewaan : Rasa daging kambing
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak jika dihidangkan bersama sup dan salad sayuran sebagai tambahan.
Selamat mencuba!