Hari ni rasa nak makan ayam bakar. Tapi tak nak beli , nak cuba resipi simple yang dikongsi oleh Asrinna Bakri. Sejak mencuba resipi ni, As dah tak cari resipi lain dah. Senang nak prepare tapi hasil sangat puas hati. Dah tak payah masak lauk lain. Hidang menu ni dengan nasi panas-panas, boleh abis 1/2 ekor sorang makan. Jom check out bahan-bahan dan caranya.
AYAM BAKAR Bahan-bahan:
½ ekor ayam – potong 2
2 inci halia
6 ulas bawang putih
Sos tiram Maggi secukupnya
Madu secukupnya
Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
Lada hitam secukupnya – tumbuk kasar
2 biji ubi kentang – belah 2
1 batang lobak merah
Tomato
(sayur ni terpulang korang nak masukkan apa)
Sedikit minyak zaitun
Cara memasak:
Ads
1. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga halus.
2. Dalam baking tray, lumurkan ayam dengan bahan tumbuk, lada hitam, maggi cukup rasa,madu, sedikit minyak dan garam.
3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul sekali dengan bahan perapan.
Ads
4. Perap selama 30 minit ke satu jam.
5. Bakar pada suhu 200° selama 50 minit. Suhu bergantung pada oven masing-masing.
5. Pada 25 minit terakhir, balikkan ayam.
6. Pada 10 minit terakhir, sapukan madu pada permukaan ayam. Hasilnya, permukaan ayam akan lebih menarik.
7.Semasa menghidang, keluarkan kuah yang terhasil . Jadikan sebagai sos pencicah untuk makan bersama ayam.
Boleh juga gaulkan sedikit kuah dengan spagetti. Makan bersama ayam. Perghhh, memang sedapp sangat. Makan ngan nasi panas lagiiii sedap.
Kredit: Asrinna Bakri
Jom masak Paprik Udang Kuah Banjir hari ni. Masakan paprik cukup terkenal di kedai makan di Thailand & Malaysia. Hidangan lengkap dengan isi ayam, udang, sotong, dan sayur-sayuran ini memang sedap! Pedas, masam, masin memang cukup. Nak cuba resipi Paprik Udang Banjir yang sedap perkongsian saudari HasnorFadila Kadir ni? Ini bahan-bahan yang anda perlukan.
Di penghujung Ramadan ni, mungkin anda dah mula sibuk buat persiapan raya menyebabkan penyediaan juadah berbuka dan mula yang ringkas. Tapi dalam pada ringkas tu, tekak tetap nak sedap. Jadi ini satu manisan yang sedap, cepat disediakan dan tak banyak guna bahan. Sambil buat kuih raya pun boleh sediakannya. Nak tau macam mana cara, follow je resipi yang dikongsikan ini.
PUDING PISANG SOS KASTARD BAHAN-BAHAN: Pisang nangka masak BAHAN SOS KASTARD: 1 tin susu cair 1/2 tin air | guna sukatan tin susu cair tadi 1 biji kuning telur 2 sudu makan tepung kastard 2 sudu makan gula pasir 1 helai daun pandan | simpul
CARA MEMBUAT:
Pisang dibuang kulit dan goreng dengan sedikit mentega atau marjerin. Angkat dan ketepikan.
Sediakan pula sos kastard: Masukkan semua bahan sos kastard dalam periuk kacau hingga sebati dan tidak ada ketulan tepung kastard.
Renehkan atas api kecil sambil terus kacau hingga suam.
Tutup api dan sejukkan.
Setelah sejuk boleh simpan dalam peti ais.
Untuk menghidangkan masukkan pisang dalam mangkuk atau piring, tuangkan sos di atasnya dan taburkan kismis di atasnya.
Jika suka boleh tambah bahan lain seperti kekacang yang telah disangai seperti badam atau buah gajus. Ikut citarasa.
Orang Pahang pernah dengar atau masak tiga menu tradisional ini tak? Ketiga-tiga menu ni memang unik dan mempunyai rasa sedap tersendiri yang jarang-jarang jumpa. Rugi kalau menu ini lenyap begitu sahaja, kepada yang ingin mencuba berikut dikongsikan resipinya.
DAGING PECHOK
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang
Sedikit garam
Sedikit halia kisar
Sedikit bawang merah kisar
Sedikit bawang putih kisar
BAHAN SOS:
1 cawan santan pekat
4 sudu makan kerisik
1 biji bawang besar | dadu kecil
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
1 biji cili merah | hiris halus
CARA MEMASAK:
Potong daging kepada beberapa bahagian.
Gaulkan daging dengan garam serta semua bahan kisar.
Panaskan ketuhar dan bakar daging hingga masak.
Setelah masak hiris nipis dan ketepikan.
Untuk menyediakan bahan sos, campurkan semua bahan sos dan gaul rata.
Panaskan atas api kecil dan sentiasa kacau.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu.
Setelah mendidih tutup api dan tuang sos di atas hirisan daging.
Pechok Daging sedia dihidangkan.
SIPUT SEDUT GULAI ASAM ROM
BAHAN-BAHAN:
1 kg siput sendut | buang ekor, bersih dan tos.
1 cawan terung pipit | buang tangkai dan belah sedikit
Sedikit daun pucuk paku | ambil pucuk dan daun sahaja
3 sudu makan Asam Rom
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan siput sedut yang telah dibesihkan dalam periuk.
Tambahkan bahan kisar, terung pipit, pucuk paku dan air menutup paras siput sedut.
Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup.
Setelah masak dan cukup rasa. Tutup api.
Sedia dihidangkan.
GULAI KULAT SISIR CAMPUR DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
300gm kulat sisir | celur dan toskan
150gm daging tetel | celur dan hiris kecil
300ml santan
3 sudu makan rempah kari daging | bancuh dengan sedikit air
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam Jawa
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR KASAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili dan serai yang telah dititik tadi.
Setelah pecah minyak masukkan rempah kari, kacau rata.
Setelah garing masukkan kulat sisir dan daging cincang, diikuti santan dan air asam Jawa.
Kacau dan biarkan mereneh atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak dan cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.