Comelnya Tom & Jerry Cheesecake ni. Nampak macam bentuk keju yang ada dalam cerita kartun tu. Unik betul. Patutlah kek ini sedang viral di media sosial. Kalau buat untuk anak-anak, pasti teruja. Nak cuba? Saudari NorhasLina OtHman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TOM & JERRY CHEESE CAKE
BAHAN COKLAT LUAR:
500gm white chocolate compound coin
2-3 titik pewarna kuning lemon
BAHAN BAHANGIAN KEJU:
BAHAN A:
400gm krim keju (cream cheese)
300gm krim putar (whipping cream)
50gm gula aising
1/2 sudu makan perasa oren sunquick
BAHAN B:
50gm air suam
1 1/2 sudu makan gelatin
CARA MEMASAK:
1. Masak coklat guna teknik double boil hingga cair. Masukkan pewarna. Sebatikan.
2. Bila coklat sudah suam, masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan. Ratakan.
Ads
3. Ketebalan lapisan coklat tu agak-agak sahaja. Pastikan tidak nipis dan tidak terlalu tebal.
4. Keraskan sekejap coklat di dalam peti sejuk.
5. Seterusnya pukul krim keju hingga nampak licin. Kemudian masukkan gula serta perasa sunquick. Adun sebati.
6. Kemudian masukkan krim putar. Pukul lagi hingga sebati dan kental.
7. Dalam bekas berlainan, campur air suam bersama gelatin. Kacau hingga larut.
8. Bila gelatin telah sejuk, masukkan ke dalam campuran bahan A. Kaup balikkan hingga sebati menggunakan spatula.
9. Ambil acuan coklat yang dibekukan tadi. Masukkan krim. Jika suka boleh letak kek sponge coklat di tengahnya kemudian letak lagi krim.
Ads
10. Tuang lebihan coklat di permukaan acuan. Biar coklat mengeras.
11. Keluarkan kek dengan berhati-hati dari acuan. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk kek span ni, jika mahu mudah, boleh guna kek Apollo berharga 30 sen tu. Jika tidak letak pun tak mengapa. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Puding atau agar-agar Milo ni memang lagend, dari dulu sampai sekarang tetap disukai ramai. Selain sedap, puding ini mudah je nak buat dan tak guna banyak bahan. Musim panas ni sedap kalau menikmati sepotong puding Milo, terasa sejuk tekak. Kalau anda buat gerenti anak-anak sukakannya.
PUDING MILO
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
750ml air
150 gm gula
1 tin susu cair
3/4 cawan serbuk milo
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan air hingga larut.
Masukkan gula dan masak hingga mendidih.
Masukkan susu cair. Angkat dan masukkan serbuk milo.
Masak seketika. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
Tengok dari bahan ramuan boleh tahu kelazatan kek coklat karamel ni. Lapisan atasnya karamel, lapisan tengah puding kastad dan di bawah sekali lapisan kek coklat bersusu.
Makan sejuk memang nyaman aje lalu kat tekak, nikmat tak terkata lah.
KEK COKLAT KARAMEL
BAHAN-BAHAN :
Bahan karamel: 2 sudu besar gula dijadikan karamel 1 sudu besar air
* Masak atas api hingga perang dan tuangkan ke dalam loyang, biarkan ia keras dan ketepikan
Bahan Puding: 2 sudu besar tepung kastad 1 cawan susu cair 3 biji telur 1 sudu besar esen vanilla
*Semua bahan di atas dipukul lembut, toskan dan tuang dalam loyang karamel *Kukus selama 20 minit, angkat dan cakar di atas permukaan puding dengan garfu
BAHAN KEK :
Bahan A: 1 cawan gula 3 sudu besar serbuk koko 1/2 cawan susu pekat 1/2 cawan susu cair 1 cawan minyak 3 biji telur 1 sudu kecil esen Vanilla
Bahan B: 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil banking soda 2 sudu sudu kecil baking powder *Semua bahan di atas diayak terlebih dahulu..
Cara memasak: 1. Satukan bahan-bahan A ,kacau hingga larut sebati. 2. Masukkan bahan B ke dalam bahan ke dalam bahan A, kacau sebati menggunakan sudip aje 3. Tuangkan adunan kek ke dalam puding yang telah disejukkan tadi dan kukus selama lebih kurang 50 minit. 4. Tunggu sejuk baru dikeluarkan dari loyang.
Sepanjang musim PKP ni, asyik masak je. Pasti ramai ibu-ibu yang sudah buntu memikirkan menu untuk dihidangkan buat keluarga. Bagi anda yang tercari-cari sajian yang sedap dan mudah masak, resipi MiRebus perkongsian saudari Mariana Zainal ni boleh dicuba. Sangat mudah dan tentunya sedap.
CARA MASAK MI REBUS SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging – rebus empuk & hiris nipis. Boleh ganti dengan ayam, kerang atau udang
1kg ubi keledek oren – rebus, tos & kisar dengan air. Boleh lebihkan jangan kurang. Nanti kuah tak pekat.
Mi kuning secukupnya
5 sudu makan rempah kari daging – bancuh dengan sedikit air
1 paket kecil serbuk cili – bancuh dengan sedikit air
5 sudu makan gula – jika suka manis, boleh tambah
1 sudu makan garam
3 sudu makan sos cili
Sedikit bahan perasa
Air untuk kuah – ikut kepekatan yang disukai. Agak-agak sahaja jangan cair.
2 senduk minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
5 sudu makan udang geragau
1 paket kecil taucu – boleh abaikan jika tiada
BAHAN SAMPINGAN ( terpulang ikut cita rasa):
Sawi – celur
Tauge
Te;ur rebus
Cili besar & cili padi
Bawang goreng
Tauhu – goreng dan hiris nipis
Cucur
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga agak garing.
2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, daging (boleh juga masukkan ayam, kerang, udang), keledek kisar dan juga air ( air masukkan sedikit demi sedikit. Tak nak cair nanti tak sedap.)
4. Masak kuah hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
5. Angkat kuah, hidangkan bersama mi dan bahan sampingan.
CARA BUAT CUCUR UNTUK MI REBUS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu teh yis
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun kucai
1 sudu teh gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak cair dan tidak pekat.
2. Peram adunan selama 30 minit hingga 1 jam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.