Ikan kelisememangnya enak dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Tua muda, semua gemarkannya. Namun bila menyediakan sajian ikan keli ini, salah satu yang menjadi ‘kebimbangan’ adalah bau hanyirnya.
Semua ikan darat atau ikan sungai mempunyai bau yang tersendiri. Ini mungkin disebabkan oleh habitat ikan seperti KOLAM TERNAKAN: – air lepas (kurang bau), air bertakung (berbau), SUNGAI :- dasar pasir (kurang bau), dasar lumpur (berbau), PEMAKANAN:- palet (kurang bau), organ haiwan (berbau dan berlemak).
Kadang kadang ada ikan hasil tangkapan di sungai berbau diesel. Ini membuktikan ada proses pengorekan pasir disungai tersebut.
Menerusi perkongsian saudara Arbi Mohamad Arbi, beliau berkongsi tip untuk menyiang dan membersihkan ikan ini supaya tidak berbau dan enak apabila dimasak.
CARA MEMBERSIHKAN IKAN KELI SUPAYA TIDAK BERBAU HANYIR
1.BUANG URAT PUTIH
Ini adalah ikan keli yang telah dipotong & dibuang isi perutnya.
Namun ada bahagian yang perlu dibersihkan secara menyeluruh. Paling penting kawasan insang dan darah di bawah tulang dalam perut.
Jika diamati, ada jalur jalur urat putih selepas kita membersihkan darah beku tersebut. Tarik ianya keluar dan bersihkan.
2. KELENJAR TEPI SENGAT
Kelenjar yang terletak di sebelah sengat juga penyumbang bau hanyir pada keli. Hanya picit keluar kedua-duanya di bahagian kiri dan kanan. Bersihkan hingga puas hati.
3. RENDAM IKAN
Untuk mengalihkan bau hanyir, ikan keli perlu direndam dengan buah-buah citrus seperti limau, lemon, belimbing buluh, asam gelugur dan asam jawa.
Ada juga yang bertanya, boleh guna tepung gandum?
Untuk makluman, penggunaan tepung bukan untuk menghilangkan hanyir tetapi untuk membuang lender pada ikan.
Caranya mudah sahaja, rendam ikan tersebut lebih kurang 10 minit sebelum dibilas bersih. Sekarang ikan keli sudah siap untuk dimasak.
Selamat mencuba dan semoga perkongsian ini bermanfaat.
Keju mozzarella, pasti korang terbayangkan lelehananya pada pizza, roti, murtabak kentang atau pisang goreng. Kalau boleh semua makanan nak masukkan keju. Semuanya memang sedap, tapi bila memikirkan harga yang mahal terpaksa berpada-pada membelinya untuk kegunaan dalam dalam atau topping masakan.
Jangan bimbang sebab RASA nak kongsikan empat cara paling senang macam mana buat keju mozzarella homemade yang sama seperti anda beli di kedai.
Caranya sangat mudah kerana hanya guna tiga bahan saja ye…
Langkah 1:
Sediakan Bahan-Bahan:
300ml penuh krim
180gm keju cheddar
2 sudu makan tepung ubi
Langkah 2:
Campurkan susu dengan tepung ubi kacau rata di dalam periuk. Kemudian rata dan panaskan di atas api sekecil mungkin sambil kacau menggunakan wish untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.
Grated cheese in a glass bowl
Langkah 3:
Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan supaya tidak bergentel. Setelah habis masukkan keju terus saja kacau hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit).
Langkah 4:
Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Kemudian tuang adunankeju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer. Bila sudah keras keluarkan dan potong ikut saiz yang ada suka dan boleh terus digunakan terus dalam masakan seperti lasagna atau pizza.
Senangkan, selain mudah disedia, ia juga menjimatkan.
Silap makan satu badan berangin, tak lalu makan dibuatnya. Untuk anda yang sensitif dengan makanan sejuk, ingin turunkan berat badan dan kurangkan buncit boleh cuba petua air rebusan perkongsian saudari Jehan Noor ini. Mudah, murah dan berkesan.
AIR REBUSAN HALBA & HALIA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air
seinci halia di ketuk
sesudu halba
madu sebagai penambah rasa.
CARA-CARA:
1. Rebus halia dan halba sampai air mendidih.
2. Bila dah suam, masukkan madu. Kacau rata dan sedia untuk diminum.
HASILNYA:
Terus sendawa. Perut rasa lebih lega.
Selain dari buang angin, air rebusan ni boleh bantu turunkan berat dan kurangkan perut buncit.
Kalau nak tingkatkan metabolisma campurkan dengan teh hijau.
KHASIAT HALIA
Buang angin
Redakan tekanan dan naikkan seri wajah
Turunkan berat
Atasi masalah pencernaan.
Hilangkan bau badan
Tingkatkan immune
KHASIAT HALBA:
Hilangkan kembung dan sebu
Membuang angin
Bantu turunkan berat.
Milk booster
Mencuci perut
Mencuci darah kotor *mencantikkan struktur kulit dari dalam
Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah *merawat penyakit kencing manis.
Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi
Pohon mangga bukan sekadar buahnya sahaja lazat berkhasiat, tetapi daunnya juga banyak tersimpan pelbagai manfaat kesihatan.
Jom semak khasiat yang terkandung padanya. Jika pohon herba lain sukar dicari, daun mangga nyata pilihan yang mudah didapati. Jom semak khasiat yang ada padanya.
1. Mengubati Diabetes
Daun mangga dipercayai sangat bermanfaat untuk mengubati kencing manis atau diabetes. Daun pohon mangga mengandung tanin yang disebut anthocyanidins, yang membantu dalam mengubati diabetes tahap awal.
Daunnya dikeringkan dan dijadikan serbuk, atau digunakan sebagai infuse untuk mengubati diabetes.Rendam daun mangga dalam secangkir air semalaman. Tapis dan minum air ini untuk membantu meringankan gejala diabetes
2. Mengurangkan Penyakit Asthma
Debu, kotoran, asap kendaraan dan rokok membuatkan kualiti udara yang dihirup menurun. Daun mangga baik untuk semua jenis masalah pernafasan, terutama berguna bagi orang yang menderita bronkitis dan asthma.
Minum daun mangga yang dibuat dengan cara merebus daun mangga dalam air dengan sedikit madu. Cara ini membantu untuk menyembuhkan batuk secara efektif. Ia juga boleh membantu dalam menyembuhkan hilangnya suara.
3. Mengatasi Gangguan Perut
Bila sakit perut pesakit sering mengalami cramp, kaku, dan rasa seperti ditusuk. Namun tak semua sakit perut dapat dicegah. Salah satu cara alami untuk tetap menjaga perut tetap kuat adalah dengan memanfaatkan daun mangga. Daun mangga juga dipercayai boleh mencegah pelbagai permasalahan penyakit perut.
Caranya, masukkanh beberapa daun mangga dalam air suam, tudungkan periuk dan biarkan semalam. Keesokan paginya tapis air dan minum dengan perut dalam keadaan kosong. Air daun mangga ini mampu berfungsi sebagai tonik perut yang baik dan membantu mencegah pelbagai penyakit perut.
4. Menurunkan Tekanan Darah
Orang dengan hipertensi dianjurkan untuk menjaga tekanan darah tetap stabil. Salah satu cara untuk menjaga kestabilan tekanan darah adalah dengan meminum air daun mangga. Khasiat ini akan terasa jika diminum rutin. Selain itu, kandungan dalam daun mangga membantu dalam menguatkan pembuluh darah dan merawat masalah saraf.
5. Meringankan Batuk dan Demam
Batuk dan demam ditambah selsema selalu menyerang seseorang bila terhirup debu atau ketika tibanya musim hujan. Ramai orang yang mengalami kedua penyakit ini hampir tiap tahun. Untuk mengurangkan zat-zat kimia yang ada dalam ubat, seseorang perlu mengimbanginya dengan cara alami dengan menggunakan daun mangga. Caranya cukup dengan meminum air rebusan daun mangga.
Nah itulah manfaat-manfaat tersembunyi daun mangga uols. FB : Tips Sehat Mudah Murah
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.