Ramai yang teringin buat donut gebu. Namun ada kala impian tak jadi kenyataan. RASA kongsikan tip untuk buat donut jadi gebu secara mudah. Dah tahu rahsia, senanglah nak buat, kan?

DONAT GEBU MUDAH (Bahan mudah didapati!)

Tip Mudah Buat Donut Gebu, Gerenti Jadi

Bahan-bahan
500 gram tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
Setengah cawan air sejuk yang ada ais.

IKLAN

Bahan Rahsia Pelembut Donat
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air masak

*Masak tepung gandum dalam air di atas kuali dengan api yang kecil sampai likat.

IKLAN

Bahan Bancuhan Yis
1/2 peket yis
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar gula

*Bancuhkan yis, gula, susu pekat manis ke dalam setengah cawan air masak. Kacau dan tutup. Tunggu sehingga berbuih.

IKLAN

Cara membuat donut
1. Masukkan tepung gandum, minyak masak, garam ke dalam bekas. Gaulkan.
2. Masukkan pula tepung yang dimasak di atas kuali. Gaul lagi.
3. Masukkan bancuhan yis sikit demi sedikit.
4. Akhir sekali masukkan air ais sedikit demi sedikit. Uli sampai tidak lekat di tangan. Jika lembik tambahkan tepung.

Nota
Uli sampai licin dalam tempoh 15 minit. Tutup doh dengan pinggan atau kain basah selama 30 minit. Bentukkan dengan apa-apa bentuk yang anda suka. Misalnya buat bentuk ring dan bentuk jalin.

Tip Donat Montok Gebu Lajak
– Bulatkan donat macam nak buat pau tu.
– Rehatkan di dulang selama 10 minit.
– Kemudian, menggunakan jari telunjuk, tekan di tengah donat.
– Rehatkan lagi selama 15 minit dan baru goreng.

Resipi oleh Sue Syafieqa Balqis dari Telegram KakiMakan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI