Bagi penggemarnya, sajian Nasi Kandar memang sedap dan membuka selera. Hidang dengan kuah banjir, lengkap dengan bendi dan cili hijau. Wah..memang makan tak pandang kiri kanan dah. Biasanya sajian begini boleh dinikmati di restoran-restoran sahaja. Kali ni apa kata cuba buat sendiri. Resipi perkongsian saudari Siti Fatimah Mohd Jamil ni memang terbaik dan lengkap. Nak masak pun mudah. Suami dan anak-anak anda pasti puji.
CARA MASAK NASI KANDAR SEDAP SECARA HOMEMADE
KARI SOTONG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor sotong – dibersihkan
3/4 cawan serbuk kari daging babas – bancuh dengan air hingga pekat
Air secukupnya
1 keping asam gelugur
1 biji terung – potong kecil
1 biji tomato – belah 4
Cili padi
Garam, gula & perasa secukupnya
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar – hiris memanjang
4 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
1 inci kunyit hidup – hiris
2-3 tangkai daun kari
Sup bunjut
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari daging yang telah dibancuh dengan air.
3. Bila rempah telah pecah minyak, masukkan sedikit air.
Ads
4. Kemudian masukkan sotong bersama 2 cawan air. Biar hingga mendidih dan masak.
5. Masukkan juga 1 keping asam gelugur. Jika masuk awal, isi sotong akan jadi liat. 6. Seterusnya masukkan terung dan cili. Cili adalah optional. Jika tidak suka pedas, abaikan.
7. Akhir sekali masukkan tomato. Biarkan kuah memekat dan perasakan dengan garam, gula serta perasa dengan secukupnya.
8. Angkat dan sedia dihidangkan.
KUAH KICAP PEKAT ALA DEEN MAJU
BAHAN-BAHAN:
8-10 tangkai cili kering – kisar
1 biji bawang besar – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
1/2 cawan air
Hirisan bawang besar secukupnya
Cili padi – optional
Kicap manis secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan air.
2. Bila sudah pecah minyak, masukkan hirisan bawang besar.
3. Masukkan juga cili padi (jika suka).
4. Masukkan kicap manis hingga warnanya cantik.
5. Perasakan dengan gula, garam dan perasa dengan secukupnya. 6. Kuah kicap ini mesti rasa manis yang seimbang barulah sedap. Siap untuk dihidang.
AYAM GORENG MAMAK
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ayam
4 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia – kisar
1 sudu teh garam
3 sudu serbuk kunyit
3 sudu serbuk kari
3 sudu seerbuk cili
2 sudu gula
Serbuk perasa secukupnya
1-2 tangkai daun kari
1 senduk kecil tepung beras
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ayam dan lumur bersama bahan kisar dan garam. Perap selama 30 minit.
2. Bila ayam sudah sedia untuk dimasak, masukkan serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili, gula dan serbuk perasa ke dalam bekas. Gaul bersama ayam. Tidak perlu perap kerana ayam akan rasa pahit.
3. Masukkan daun kari. Lagi banyak digunakan, lagi harum baunya.
4. Apabila minyak mula dipanaskan, masukkan tepung beras. Lumur pada ayam.
Ads
5. Ayam yang telah siap dilumur dengan tepung beras.
6. Goreng ayam dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas. Kemudian guna api kecil bagi memastikan ayam masak sekata.
7. Angkat dan toskan minyak.
NASI HARUM & TAK MUAK
BAHAN-BAHAN:
2.5 pot beras + 3 pot air ( empunya resipi guna beras faiza dan sukat guna pot periuk nasi elektrik)
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen pandan
CARA MEMASAK: 1. Basuh beras dan masukkan bahan-bahan lain. Kacau sebati.
2. Masak nasi dalam periuk elektrik seperti biasa. 3. Bila masak, hidangkan nasi bersama Kari Sotong, kuah kicap pekat, Ayam Goreng Mamak, telur masin, bendi celur dan cili hijau.
INFO: Rebus telur masin bersama akan melemakkan lagi rasa nasi.
Kalau terasa nak makan pulut kuning tapi tak rajin nak kukus dan gaul bagai boleh guna cara ini. Masak pulut kuning guna microwave.
Selain mudah, kita juga tak perlu basuh periuk belanga bagai. Masak dalam mangkuk boleh terus hidang. Caranya dikongsi oleh Rahim Rahimi.
Masak pulut kuning guna microwave
1. Rendam pulut dengan asam keping dan kunyit serbuk selama satu jam.
2. Kemudian buang air. Masukkan santan, daun pandan, minyak masak sikit dan garam secukup rasa dalam mangkuk berisi pulut tadi. Gaulkan dan tambah air sehingga separas pulut.
3. Masukkan dalam microwave selama 20 minit.
4. Periksa keadaan pulut. Kalau jelatah, buat lubang di tengah pulut dan masukkan mangkuk air panas.
Masukkan semula dalam microwave dan tutup mangkuk berisi pulut. ‘On kan’ microwave lagi selama 10-15 minit. Insha-Allah masak sekata.
Dah siap pulut kuning. Setakat nak makan sorang dua, masak macam ni lagi senang.
Ada yang nak menyambut majlis kesyukuran? Selain kek lebih molek diserikan dengan pulut kuning. Pulut kuning digabung pula dengan rendang tambah lengkap majlis. Boleh masak Pulut kuning orang Kelantan. Ada manis,masin,lemak santan memang puas makan. Masak ikut resepi ini pasti menjadi.
PULUT KUNING KELANTAN
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
1 ½ cawan santan pekat
1 sudu besar garam kasar
2 sudu besar gula
Bahan sampingan – pewarna kuning telur, 1 sudu kecil serbuk kunyit,2 keping asam keping/gelugur.
Cara memasak:
1.Basuh pulut sampai bersih dan rendam semalaman bersama kunyit,pewarna dan asam keping.
2.Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau, balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
3.Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip macam saya guna sampai rata.
Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
Masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing,tak nak pun tak apa.
BuburAyamala Mcd memang sedap. Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, memang sesuai sangat masak menu ni secara homemade. Bila buat sendiri, anda boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai. Nak masak pun tidak renyah mana malah kosnya juga jauh lebih murah berbanding yang dibeli. Terasa nak makan Bubur Ayam ala Mcd hari ni? Saudari Uwan Nolly Epin ada kongsikan resipinya. Ringkas je tapi hasilnya sedap. Nanti bolehlah cuba.
CARA MASAK BUBUR AYAM SEDAP ALA MCD
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping dada ayam 1 1/2 pot beras – cuci dan toskan 1 1/2 inci halia – hiris nipis macam mancis api 2 kiub pati ayam – beli online disini Air secukupnya Minyak bijan – beli online disini Daun bawang – hiris Ubi kentang – potong dadu – beli online disini Maggi cukup rasa secukupnya Cili merah – untuk hiasan 1 sudu teh lada sulah – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Didihkan air secukupnya.Rebus ayam sehingga empuk dan masukkn kiub pati ayam. 2. Bila ayam sudah masak, keluarkan dan tos airnya. 3. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam oeriuk rebusan ayam. Masak hingga beras kembang. 4. Masukkan lobak merah. Jika suka boleh masukkan fishcake yang dipotong dadu. Ia akan menjadikan bubur nasi jadi sedap. 5. Sementara tunggu bubur masak, carik-carikkan isi ayam tadi. 6. Bila bubur sudah hampir masak, masukkan hirisan halia. Perasakan dengan garam secukup rasa. Jika tidak cukup masin, boleh tambah serbuk Cukup Rasa.
7. Jika suka bubur yang ada rasa sedikit pedas, boleh masukkan serbuk lada sulah. 8. Akhir sekali, masukkan sebahagian dari ayam carik tadi ke dalam bubur. Gaul sebati dan tutup api. 9. Untuk hidangan, masukkan bubur ke dalam mangkuk, hiaskan dengan ayam carik tadi. 10. Tabur bawang goreng dan hirisan cili merah dengan secukupnya.
11. Jika suka, titiskan sedikit minyak bijan. Bubur Ayam ala Mcd siap untuk dihidangkan. 12. Enak dinikmati bersama telur masin, serunding, nugget dan lain-lain.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...