Mendengar nama rasa macam susah saja nak buat roti ini. Namun kalau dilihat cara dan teknik yang dikongsi oleh Chef Ritz mungkin anda boleh membuatnya. Roti Focaccia berasal dari negara Itali tetapi telah tersebar luas ke negara-negara Mediterrenean selepas Empayar Rom meluaskan jajahannya. Bahan-bahan asas untuk roti focaccia secara tradisionalnya adalah tepung, minyak zaitun, garam, air dan yis. Tetapi sekarang ada pelbagai versi roti focaccia di seluruh dunia. Ada yang savoury, ada yang manis, ada jugak diletakkan pelbagai topping di atasnya. Ok… Jom kita start!
SOURDOUGH ROSEMARY FOCCACIA BAHAN-BAHAN 500g tepung roti, T65 50g sourdough starter 275g mashed potato (rebus sekali dengan kulit) 10g garam 280g air 50g minyak zaitun (nak pakai yang dara pun boleh) 2 tangkai fresh rosemary
Topping Tomato cheery, fresh rosemary
Cara membuat:
Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer kecuali minyak dan uli pada kelajuan perlahan (lebih kurang 3 minit)
Masukkan minyak dan uli pada kelajuan sederhana lebih kurang 10-15 minit.
Jangan risau kalau doh masih lembik tapi pastikan semua bahan sudah uli sebati.
4.Pindahkan doh ke dalam bekas lain dan biarkan doh rehat selama 10 minit.
Ads
5.Lakukan stretch and fold technique dan ulang setiap 30 minit selama 3 kali
6.Lumurkan dulang dengan minyak (saya guna dulang saiz 12×9 inci) dan ratakan doh.
7.Proof selama lebih kurang 2 jam atau sehingga double size
8.Tuangkan minyak di atas doh dan massage secara sopan ,susun topping kesukaan.
9.Panaskan oven dan bakar pada suhu 190 darjah selsius selama 30-35 minit (lebih kurang sehingga doh menjadi perang)
Sedapnya PudingRoti Keju perkongsian saudari Maslina Meor Radhi ni. Siapa sangka lebihan roti yang hampir tamat tempoh pun boleh diolah menjadi pemanis mulut yang sedap. Cara pembuatannya pun sangat mudah. Puding Roti Krim Keju Coklat Cip ni juga sangat lembut dan gebu. Sesuai sangat dinikmati pada bila-bila masa. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI PUDING ROTI KRIM KEJU COKLAT CIP
BAHAN-BAHAN:
10 keping roti
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula perang
250 gm krim keju
1 biji telur
Coklat cip/ potongan coklat
Esen Vanila secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Potong 4 roti dan susun dalam loyang hingga habis.
2. Tuangkan susu segar atas roti. Rendam dalam 15 minit. 3. Pukul keju sampai gebu dan masukan telur. Pukul lagi. 4. Dalam bekas yang lain masukkan gula perang dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
5. Masukkan adunan keju ka atas roti dalam loyang tadi. Taburkan coklat cip/potongan coklat diatas roti.
6. Bakar pada suhu 180C menggunakan api atas bawah dan guna kipas. Selepas 20 minit, turunkan ke 150C. Bakar dalam masa 40 minit.
Teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara? Resipi perkongsian saudari Jihan Zahira ni antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BUBUR ASYURA UTARA
BAHAN-BAHAN:
1kg beras – rebus beras sampai jadi bubur
1kg santan
½ kg kacang hijau
½ kg kacang kuda
½ kg kacang tanah- sangai dan buang kulit
1kg ubi keledek merah
5 tongkol jagung
1kg gula – jika tak suka manis, boleh kurangkan
3 sikat pisang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Rebus kacang hijau dan kacang kuda ( rebus asing-asing) sampai lembut. Kemudian masak santan dan ubi dalam kawah sampai ubi empuk.
2. Bancuh tepung, gula, garam dan air hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam kawah. Kacau lagi hingga mendidih. 3. Masukkan semua jenis kacang dan jagung. Kacau lagi sampai betul-betul masak. 4. Masukkan pisang dan kacang tanah yang telah disangai dan dibuang kulit. Kacau lagi hingga semua likat. 5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Peminat mi goreng basah menyukai kerana seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Mi goreng basah kalau tidak kena dengan cara dan bahan boleh dapat hasil yang tawar serta mi yang kembang.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi kuning-dibilas dan tos
10 ekor sotong-dibersihkan potong dan tos
1 paket Fish ball-dibersihkan potong dan tos
1 ikat sayur sawi jepun-dibersihkan, potong dan tos
1 biji tomato-dibersihkan dan dibelah 6
4 sudu hesar cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mi
1 cawan kecil air
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TUMBUK
10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan Sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.
4. Masukkan air 1 cawan kecil.
5. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.
6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.
INFO:
Masak mi goreng basah ini tidak guna garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap-kicap itu semua sudah cukup.
Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya.
Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang. Lauk pauknya mudah sahaja. Ia berupa nasi putih...