Sedapnya Ayam Goreng ala KFC ni. Kalau makan di restoran makanan segera, pasti mahal harganya. Kini anda boleh hasilkan menu yang seakan sama namun secara homemade. Lebih jimat dan puas makan. Guna 2 bahan je. Sesuai untuk ibu-ibu yang sukakan resipi yang simple dan cepat. Oh ya…Pasti ramai tertanya-tanya macam mana nak buat Ayam Goreng yang rangup dan berkerinting macam di restoran tu kan? Saudari Reha Rahma ada kongsikan petuanya. Selamat mencuba!
Jom tonton video MINIT EKSPRESS : Resipi PAD KRA PAO
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam. Gaulkan bersama serbuk kunyit.
IKLAN
2. Masukkan stok pati ayam. Sebatikan. Perasa ini sudah lengkap semua bahan untuk jadi bahan perapan yang enak.
3. Perap ayam selama sejam atau lebih. Lagi lama lagi sedap. Empunya resipi biasanya perap semalaman di dalam peti.
4. Untuk bahan salutan, satukan tepung bistari dan tepung gandum.
5. Salut ayam perapan dengan tepung hingga rata.
IKLAN
6. Petua untuk dapatkan salutan ayam yang berkerinting adalah dengan mencelupkan ayam bersalut tepung ke dalam air rendam selama beberapa saat.
7. Kemudian salut sekali lagi dengan tepung sampai nampak keriting pada tepungnya. Untuk hasilkan lebih banyak kerinting, boleh ulang langkah dengan rendam ayam sekali lagi ke dalam air dan salut dengan tepung macam proses awal tadi.
8. Goreng ayam dengan api sederhana sehingga garing dan kekuningan.
9. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Ayam masak asam pedas? Macam pelik je kan? Tapi memang sedap. Begitu juga dengan rendang ayam dengan kacang panjang. Walaupun dua menu ini jarang orang masak tetapi tak salah sekali sekala anda cuba dan variasikan rasa masakan sebagai hidangan keluarga dan menambah skil memasak. Kata orang tak cuba tak tau, bila dan cuba rasa nak masak selalu.
AYAM MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN :
500gm ayam- potong sederhana
3 ulas bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
2sm belacan-kisar
1 sudu lada hitam-kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu serbuk kari ayam
½ cawan air asam jawa
2 helai daun limau purut
1 biji tomato-belah empat
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, , renehkan lebih kurang 10 minit dan masukkan air asam
4. Kecilkan api, masukkan garam dan gula secukupnya. Biarkan kuah mereneh hingga timbul minyak.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan tomato sebelum angkat dan hidangkan.
RENDANG AYAM KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam-potong kecil
200 gm kacang panjang-potong 3sm
200 ml santan pekat
2 helai daun limau purut
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
6 ulas bawang merah-kisar
2sm kunyit hidut-kisar
2 batang serai-kisar
6 tangkai cili kering-kisar
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut dan air kering.
Masukkan santan, garam dan gula.
Apabila sudah pekat, masukkan kerisik.
Masukkan kacang panjang dan daun limau purut.
Kecilkan api dan biarkan rendang mereneh lebih kurang 5 minit lagi sebelum angkat dan hidang.
Masak gulai kari ni, kalau tak betul-betul cara dan ramuan, keenakkannya tak akan terasa. Jadi buat yang kurang mahir dan nak kari anda cantik kejadiannya boleh ikut tip yang dikongsi oleh Yatie Kitchen ni. Tip untuk kari supaya pecah minyak dan cantik, selepas masukkan santan, biarkan mendidih dan tutup api. Selepas 5 hingga 10 minit barulah digaul perlahan-lahan. Tip yang sama boleh dipakai untuk masak kari ayam dan daging. Selamat mencuba.
Kari / Gulai Ikan Merah Bahan-bahan:
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari
4 biji bawang merah kecil – dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
1 inci halis dihiris
Rempah Kari Ikan – 1 Peket
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil pes asam jawa
1 kotak santan
10 batang bendi
Garam & Mushroom Seasoning secukup rasa
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dalam tiga sudu besar.
2.Tumis halba campur dan daun kari.
3.Masuk bahan-bahan yang dihiris, tumis sehingga naik bau.
4.Masukkan rempah kari dan serbuk cili.
5.Masuk air setengah cawan.
6.Masuk pes asam jawa dan air lagi setengah cawan.
7.Ulang langkah yang sama sebanyak lima kali ( rempah garing masuk air , sehingga rempah kari betul-betul pecah minyak )
8.Dah pecah minyak, masuk air dalam 2 cawan , biarkan mendidih kemudian masukkan ikan , masuk santan – biarkan ( jangan dikacau ) , masuk bendi .
9.Bila mendidih, tutup api , biarkan selama 5-10 minit , barulah dikacau perlahan-lahan.
10.Perasakan dengan garam dan mushroom seasoning secukup rasa.
Kredit: Yatiekitchen
Kalau tak ada idea nak memasak, cubalah resipi butter chicken ini. Dikongsikan oleh Maisarah Humaira’ di laman facebook group RASA Share Resepi. Memang nampak sangat menyelerakan.
Bab memasak ni, yang paling utama adalah senang nak disediakan dan hidangan tu boleh buka selera. Butter chicken ni memang sedap dan senang. Ada rasa lemak, pedas dan masin yang jadi pelengkap pada setiap cita rasa.
BUTTER CHICKEN SIMPLE
BAHAN SALUT AYAM GORENG
Tepung Bestari pedas secukupnya
Sedikit tepung beras
Air secukupnya
Ayam secukupnya
CARA MEMBUAT AYAM GORENG
1. Masukkan Tepung Bestari dan tepung beras dalam bekas. Tuangkan air. Kacau sebati.
2. Masukkan ayam. Gaul sebati dengan tepung. Perap sejam.
3. Panaskan minyak masak. Gaul ayam dengan tepung, kemudian goreng ayam sampai masak.
BAHAN LAIN
4 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicencang)
4 biji cili padi (potong bulat)
2 tangkai daun kari
1/2 tin susu cair
1 keping keju cheddar
Garam secukup rasa
Ayam yang sudah digoreng
CARA MEMBUAT
1. Panaskan mentega. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili padi. Tumis lagi.
3. Masukkan daun kari.
4. Masukkan susu cair. Kacau rata.
5. Masukkan keju. Kacau lagi sampai keju cair. Biarkan mendidih. Masukkan garam.
6. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Kacau lagi sampai kuah menjadi agak pekat.
7. Sedia dihidang.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)