Sedapnya dapat menikmati kuih talam pandan. Lapisan atasnya putih yang diperbuat daripada santan, lembut dan sedikit masin. Manakala bawahnya dilapisi oleh jus pandan, rasanya manis dengan tekstur yang kenyal.  Sesiapa yang ingin mencuba “tepung talam pandan” versi goyang..😂 silakan resipinya seperti berikut.

TALAM PANDAN(loyang 10×10 cantik molek dah)nak tebal guna loyang 8*inci@9 inci

Bahan-bahan:
Bahagian Bawah
1 cwn gula pasir
4 3/4 cwn air(kalo nak buh santan pun boleh jugak)
2 cwn tpg gandum
2 sdb tpg ubi
Sedikit pewarna hijau
1sdt garam
8- 10helai daun pandan

Cara memasak:

IKLAN

Panaskan kukusan hgg air mendidih..sapukan minyak/marjerin dan lapik dalam loyang..
Blender daun pandan + air kemudian tapis. .. masukkan tpg gandum. . tpg ubi.. gula.. garam.. pewarna ke dlm air pandan tadi.. .kacau sebati masak seketika atas api perlahan(jgn lama sekadar sentuh periuk dah rasa panas.. 1 hingga 2 minit camtu sambil kacau guna whisk)kemudian tapis ke dlm loyang … kukus 20 minit… kalo ada air bertakung. . buang sikit2 guna sudu.. kukus sekejap tanpa tudung periuk kukus.. dlm 5mnt… cakar2kan sikit atasnya..

Bahagian Atas
1 1/2 cwn santan pekat
1 cwn tpg beras
1/2 sdt garam

Cara memasak:
Satukan semua bhn. .. kacau sebati dan tapis/ tuang atas adunan yg da masak tadi… kukus lg 20 mnt. .. da siap.. buka penutup kukus dan kukus lg 5mnt utk mggelakkan air bertakung atas kuih… biarkan sejuk.. ( jgn letak dlm peti ais lak) bila da betul2 sejuk baru potong… nak cantik. . potong guna pisau plastik.

IKLAN

Tip= sebaiknya buat mlm. . esok paginya baru potong…
Setiap 7 minit buka tudung kukusan dan lap bawah tudung kukusan..ulang hingga siap..

credit : Mariana Zainal‎
#mahn

IKLAN

Resipi Tosei Homemade Sedap Buat Guna Lebihan Nasi Sejuk.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI