Sedapnya kalau dapat makan Bakwan panas-panas. Cicah pula dengan sos, memang tak toleh kiri kanan. Selain disajikan ketika sarapan, Bakwan ni juga boleh dinikmati tatkala minum petang. Nak cuba masak hari ni? Saudari Siti Khajar ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitorea Ternatea adalah sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai pewarna dan juga tanaman hiasan. Bunganya yang berwarna biru terang sering digunakan sebagai pewarna bagi sajian Nasi Kerabu. Jika dahulu, bunga ini tidak dipedulikan dan hanya digunakan dalam masakan yang terhad namun kini, ia kembali mendapat perhatian.
Ia bukan sahaja berguna dari segi mewarnakan makanan malah turut mengandungi banyak khasiat dan manfaat terhadap kesihatan.
KHASIAT & MANFAAT BUNGA TELANG
Kredit foto: Chef Sue M Arukin
1. MENGUBATI BISUL
Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa kuntum bunga telang kemudian tumbuk dengan sedikit gula melaka. Tampal bahan tumbuk tadi di bahagian bisul. Ulang beberapa kali hingga bisul kecut.
2. MENAJAMKAN PENGLIHATAN
Air rendaman bunga telang juga dikatakan mampu menajamkan penglihatan. Caranya ialah rendam beberapa kuntum bunga telang dan minum airnya. Untuk lebih enak, boleh dicampur bersama sedikit gula.
3. BANTU CUCI DARAH
Darah yang kotor akan menyebabkan penyakit kulit seperti bisul dan jerawat. Untuk mengubati masalah ini secara semulajadi, amalkan pengambilan air bunga telang secara konsisten.
4. BAGUS UNTUK DETOKSIFIKASI
Bunga ini juga dikatakan mampu menghilangkan racun dalam tubuh dan juga membantu melancarkan proses pencernaan.
5. MENGATASI STRES
Bunga telang juga dikatakan boleh mengatasi masalah stres. Kandungan anti depresi yang ada pada bunga ini mampu memberikan rasa tenang dan meredakan tekanan yang dialami.
6. TINGKATKAN KEKUATAN OTAK
Bunga ini juga mempunyai kemampuan dalam meningkatkan memori. Malah bunga ini juga mempunyai kesan positif pada saraf yang mampu memperkuat serta meningkatkan fungsi otak.
Jadi bila dah tahu khasiat bunga telang ni, bolehlah tanam dan gunakannya dalam hidangan harian. Antara yang boleh dicuba ialah enam resipi perkongsian dari Chef Sue M Arukin ni. Sangat mudah dan enak. Jom cuba!
1. BLUE BUTTERFLY DRINK
BAHAN-BAHAN:
1 genggam bunga telang
2 cawan air suam
3 cawan air sejuk
Gula batu secukupnya
1 helai daun pandan
2 biji jus limau nipis
Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuh bersih bunga telang dan rendam dalam air suam selama 30 minit.
Kemudian masukkan ke dalam periuk. Tambahkan air, gula batu dan daun pandan. Masak dan biar mendidih hingga air tinggal lebih kurang 3 cawan.
Padam api dan tutup periuk. Biarkan sejuk.
Letak air bunga telang ke dalam bekas berisi ais dan tuang jus limau nipis. Air biru akan berubah menjadi ungu.
Nak buat kuih tradisional memang memerlukan kesabaran. Walaupun ada kala bahan-bahannya tak banyak, tapi kena ada teknik membuatnya supaya sedap dan sama macam mak-mak kita buat dulu. Kuih bom adalah antara kuih tradisional yang masih tetap mempunyai peminatnya sampai sekarang. Nak membuatnya tidak menggunakan banyak bahan. Cuma tekniknya kena betul kerana tekstur kuih bom adalah agak liat. RASA kongsikan caranya.
KUIH BOM BIJAN INTI KELAPA MANIS
BAHAN UNTUK KULIT
500 gram tepung pulut
1 cawan tepung gandum
Secubit Garam
Air secukupnya
Bijan putih secukupnya
CARA MEMBUAT KULIT
1. Campur tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat pada bekas.
BAHAN INTI
Kelapa parut
Gula Merah
Gula Pasir
Secubit Garam
Sedikit Air
CARA MEMBUAT INTI
1. Letakkan sedikit air ke dalam kuali. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.
2. Kacau sehingga gula cair.
3. Masukkan kelapa parut.
4. Masak sehingga warna kelapa menjadi sedikit gelap kemudian tutup api.
CARA BUAT KUIH BOM
1. Sebelum uli untuk masukkan inti, pastikan tangan dilumur dengan sedikit minyak masak.
2. Ambil doh dan masukkan inti kelapa. Bulatkan dan gaulkan dengan bijan.
3. Buka api sederhana besar. Masukkan minyak masak.
4. Apabila minyak sederhana panas, masukkan kuih bom dan kecilkan api.
5. Selepas kuih bom mula mengembang dan bertukar warna, kacau kuih bom sehingga masak.
TIP UNTUK KUIH TIDAK PECAH
1. Sentiasa kacau.
2. Pastikan minyak masak tidak terlalu panas sebelum masukkan kuih bom.
Cucur atau jemput-jemput memang menjadi salah satu hidangan yang ‘laku’ kalau dihidang atas meja makan. Rasanya yang sedap dengan tekstur rangup membuka selera ramai orang.
Sedap sungguh cucur cheese ni. Makan panas-panas sedap sungguh. Rangup dan membuka selera. Kalau terasa nak buat cucur yang sedap selain cucur bilis, jom buat cucur cheese. Senang sangat ni. Bahan pun tak banyak nak guna. Cuma 5 bahan je untuk buat cucur cheese ni tau.
CUCUR CHEESE PANAS VIRAL
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cheese
Cara membuat
1. Adunkan tepung dengan air panas, gula dan garam sampai sebati atau pejal. Jangan lembik.
2. Bulatkan dan leperkan. Letak cheese di tengah dan tutup kembali.
3. Goreng dengan api sederhana. Angkat.
Info
Boleh tambah bahan lain ikut cita rasa misalnya lobak merah dan bawang.