
Jika di pantai timur kuih tepung pasung atau tepong pasong bukanlah asing. Ia menjadi kegemaran masyarakat di sana. Tepung pasung diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai inti. Ia dibentuk seperti kelongsong. Bentuk dan rasanya memang unik . Sesuai dihidangkan untuk sarapan dan minum petang.
TEPUNG PASUNG GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung beras
50gm tepung ubi
175gm gula merah
200ml air
600ml santan pekat
2 helai pandan disimpul
1 sudu teh garam
Daun pisang untuk kelongsong
CARA MEMBUAT:
1.Sediakan kelongsong daun pisang secukupnya.
2.Satukan gula merah air dan pandan
3.Masak sehingga gula larut/sejukkan kemudian tapis
4.Dalam periuk, satukan tepung beras, tepung ubi, santan dan garam.
5.Masukkan air gula merah dan kacau sebati.
6.Kemudian masak dengan api perlahan sehingga meruap, sentiasa kacau (jangan terlalu pekat ye)
7.Tuang ke dalam kelongsong dan kukus selama 25min sehingga masak
8.Sejukkan sedia dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA
Kredit : Mas Cotek
MAHUMENCARI PENGUKUS YANG TERBAIK , JOM LAYARINYA DI SINI ADA BANYAK PILIHAN MENARIK.
Donat Gebu Gabas Bersira Sambal, Memang Enak DiMakan Bila Masa Pun.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu Bihun Goreng Tomyam Untuk Sahur… 15 minit Aje Siap!

Hidangan mudah disediakan untuk makan malam, sangat mudah dan senang. Tak perlu masa yang panjang, mak-mak cepat jer nak buat! Selamat mencuba…
Rasa tomyam dengan udang serasi bersama bihun yang lembut sedap. Sangat cepat hanya 15 minit diperlukan siap masak.
BIHUN GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- Sebungkus bihun.
- *5 biji bawang merah (cincang)
- *5 ulas bawang putih (cincang)
- *3 batang serai (dititik biasa dia!)
- *Udang geragau segenggam-cuci bersih
- *Udang segar
- *2 sudu pes thai tom yam
- *Lobak merah-dihiris
- Sayur sawi



CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.

2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.

3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut

INFO:
- Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi.
- Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Zuraida Zu
Senang Je Masak Tak Perlu Gula & Garam Pun. Mi Goreng Basah Mewah Dengan Rasa Yang Menyelerakan.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sotong Goreng Telur Masin Sedap Rangup, Paling Senang Buat. Makan Memang Tak Puas

Sotong goreng telur masin ini tak boleh nafikan keenakannya. Gabungan masin lemak dari telur masin, aroma wangi daun kari dan bawang putih, ditambah pula kerangupan sotong yang baru digoreng memang buat rasa macam tak puas makan.
Menariknya, resipi ini agak mudah, hanya guna pes kuning telur masin segera, jadi tak perlu rebus dan hancurkan telur masin secara manual. Kerja dapur jadi lebih cepat dan mudah, tapi hasilnya tetap sedap.
Sotong Goreng Telur Masin, Sedap Tak Puas Makan
Bahan Perap
300-350g sotong
1 biji telur
1 sudu kecil halia & pes bawang putih
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil lada putih
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan tepung goreng Bestari -untuk salutan
Bahan Tumis
4 ulas bawang putih – dihiris
4 biji cili api merah – dihiris
1 paket pes kuning telur masin segera (120g)
2-3 helai daun kari
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil minyak
Cara Penyediaan
1. Gaul sotong denga semua bahan, simpan dalam peti sejuk selama 15-30 minit.
2. Seterusnya masukkan tepung goreng Bestari dalam mangkuk kemudian salut sotong dengan tepung tadi. Kemudian susun sotong bersalut ini atas pinggan.
3. Panaskan minyak secukupnya dan goreng sotong sehingga rangup. Toskan.
4. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali hingga cair. Masukkan bawang putih, tumis sebentar. Tambah daun kari dan cili api, tumis hingga naik bau.
5. Masukkan pes kuning telur masin, kacau dengan api sederhana sehingga berbuih.
6. Masukkan sotong goreng rangup, gaul rata sehingga bersalut elok dengan pes telur masin.
Sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.
Tip masak sotong goreng telur masin
- Elak sotong keras: Jangan goreng sotong terlalu lama, cukup sekadar bertukar warna keemasan.
- Extra rangup: Salut sotong dua kali – celup semula dalam tepung selepas digoreng pertama kali dan goreng sekejap lagi.
- Variasi: Resipi ini juga sesuai untuk udang, ketam lembut atau ayam.
- Aroma lebih wangi: Gunakan daun kari segar dan mentega berkualiti untuk rasa yang lebih lemak dan harum.
Kredit resipi & foto: Rajeswarhy Murugan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Resipi Kerabu Air Tangan Mak-Mak Yang Mudah & Comfirm Sedap

Sedapnya kalau dapat makan kerabu. Ratah macam tu je dah membuka selera. Anda suka sajian kerabu mudah ni? Ha..Ada beberapa resipi mudah yang boleh anda cuba. Sesekali makan lauk simple macam ni, memang buka selera. Jom cuba!
ANEKA RESIPI KERABU MUDAH & ENAK YANG BOLEH BUAT SECARA HOMEMADE
1. KERABU BELIMBING BULUH BERSAMA DAUN SELOM

BAHAN A ( DIHIRIS):
- Belimbing buluh
- Daun selom
- Bawang besar
- Bunga kantan
BAHAN B ( DITUMBUK):
- Kelapa parut
- Belacan
- Cili padi
- Cili merah
BAHAN C:
- 3 ekor ikan termenung/ kembung – rebus, ambil isi dan hancurkan guna garfu
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan A, B dan isi ikan. Gaul rata. Kuantiti bahan A & B ikut citarasa masing-masing.
2.Perasakan dengan garam secukupnya.
3. Kerabu mudah dan sedap ini sedia untuk dinikmati.
INFO: Belimbing buluh bila dah jadi kerabu, rasanya tidak masam pun.
Kredit resipi & foto: Laili Adam
2. KERABU JANTUNG PISANG STAIL PANTAI TIMUR

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji jantung pisang – rebus empuk
- 1 biji bawang besar – hiris nipis
- 10 tangkai cili padi – hiris
- 1 ekor ikan kembung – rebus /bakar dan ambil isinya
- 100ml santan kotak (1/2 kotak santan kecik)
- 1 biji bawang besar – tumbuk
- 1 sudu makan lada hitam – tumbuk
- Garam dan perasa
- 1 biji limau nipis
- 1 sudu makan kerisik
CARA MEMASAK:
1.Hiris jantung pisang yang dah empuk tadi.
2.Satukan bawang besar dan lada hitam yang telah ditumbuk bersama isi ikan. Tumbuk sekali lagi hingga lumat.
3.Campurkan bahan tumbuk, bawang hiris, cili potong, garam, perasa, kerisik dan santan ke dalam bekas berisi hirisan jantung pisang. Gaul rata.
4.Akhir seklai, perahkan limau nipis.
5.Untuk elak kerabu cepat basi, boleh didihkan sekejap di dalam kuali. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dimakan sahaja.
Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad
3. KERABU TOMATO BERSAMA SARDIN

BAHAN-BAHAN:
- Sardin dalam tin (ambil ikan sahaja tanpa sos. Tak perlu tumis)
- 2 biji tomato
- Bawang besar
- Cili burung
- Limau nipis
- Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Sardin dilecek dan digaul dulu dengan limau nipis.
2.Kemudian, tambahkan bahan-bahan lain ( jumlah ikut citarasa). Gaul rata.
3.Sedia untuk dihidangkan.
INFO: Kalau ada bunga kantan dan kacang panjang, boleh gaulkan sekali.
Kredit resipi & foto: Zeeda Aziz
4. KERABU PERUT UTARA

BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk perut lembu (perut tuala/perut bulat/ perut kitab) – rebus empuk dan potong kecil
- 1 ikat pucu paku – celur dan tos
- 1 genggam tauge – celur dan tos
- 1 biji bawang besar – dihiris
- 3/4 cawan santan pekat
- 3 sudu makan kerisik
- 2 sudu makan jus limau nipis
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
- 3 batang serai
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 6 biji cili padi (merah dan hijau)
- Belacan sebesar ibu jari tangan
CARA MEMASAK:
1.Tuang bahan kisar ke dalam bekas besar.
2.Seterusnya masukkan kerisik, jus limau nipis, santan, garam, gula dan perasa secukupnya.
3.Kemudian masukkan bawang besar, perut, pucuk paku dan tauge. Gaul rata.
4.Rasa dan jika ada kurang, tambah ikut selera anda.
INFO: Kuantiti bahan di atas kena pandai ubah ikut berapa banyak kerabu yang nak dibuat.
Kredit resipi & foto: Susilawati Abu Bakar
5. KERABU KERANG PUCUK PAKU

BAHAN-BAHAN:
- Pucuk paku – dicelur
- Taugeh – dicelur sekejap
- Kerang – direbus
- Bawang besar holland – hiris nipis
- Bawang merah – hurus nipis
- Kerisik
- Jus limau nipis secukupnya
- Cili api – dihiris . boleh ganti dengan serbuk lada hitam
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Kuantiti ikut jumlah kerang dan pucuk paku yang digunakan.
2.Jika suka rasa kerabu yang lebih menyerlah, lebihkan jus limau dan garam.
3.Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Norul Azmah
Nak cari RICE COOKER baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Singgang Tulang Sedap Cara Orang Kelantan. Elok Empuk Dagingnya!
Idea Menu Lunch Sedap Selera Orang Malaysia Sempena Hari Merdeka
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!


