Sedapnya KekKeju Oreo ni. Makan sejuk-sejuk di musim cuaca panas begini, memang nikmat. Bagi anda yang teringin nak makan kek, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Sangat mudah dan tentunya sedap. Tak perlu bakar atau kukus pun. Cubalah.
RESIPI KEK KEJU OREO TANPA BAKAR ( NON BAKED OREO CHEESE CAKE)
BAHAN BASE ( LAPISAN BAWAH):
30 keping biskut oreo (asingkan krim tengah & simpan)
3 sudu makan mentega @ marjerin
CARA-CARA:
1. Hancurkan biskut. Boleh kisar halus.
2. Cairkan mentega kemudian masukkan biskut yang dikisar tadi. Sebatikan.
3. Ambil loyang, masukkan campuran biskut tadi dan tekan hingga padat.
Ads
4. Sejukkan adunan dalam peti sejuk lebih kurang ½ jam.
BAHAN ADUNAN KEJU:
250gm krim keju
200ml whipping cream ( krim putar)
1/4 cawan susu pekat manis
1/4 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
15 keping biskut Oreo (1 bungkus, patah-patahkan)
1 sudu makan gelatin
2 sudu makan air panas (larutkan gelatin dalam air panas)
CARA MEMASAK:
1. Pukul krim keju dan gula kastor hingga kembang.
2. Masukkan susu pekat manis, esen vanilla dan krim biskut oreo yang diasingkan tadi. Pukul lagi sebati.
Ads
3. Masukkan krim putar (whipping cream) dan gelatin. Putar lagi hingga sebati.
4. Masukkan biskut oreo yang dipatah-patahkan tadi. Kacau sebati dengan menggunakan senduk atau spatula.
5. Tuang adunan ke dalam loyang berisi lapisan asas tadi.
6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.
Kek yang dilapisi dengan cheese memang buat ketagih nak makan. Bukannya makan sekaligus, sedapnya dimakan sebagai dessert selepas makan. Stok laici pun ada jadi kita buat kek cheese perisa laici. Resipi ni simple dan mudah nak follow.
KEK CHEESE PERISA LAICI Bahan-bahan: 3 biji telur* 3/4 cawan gula halus* 1 sudu besar ovalett-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar perisa laici pewarna pink-BELI ONLINE DI SINI 1 ¾ cawan tepung gandum 1/2 cawan susu fresh/susu cair 1/2 cawan minyak jagung/minyak biasa-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil baking powder ½ sudu kecil soda bikarbonat
Cara membuat: 1.Adun hingga kembang bahan bertanda* 2.Masukkan minyak jagung, susu fresh, adun lagi sehingga sebati. 3.Kemudian masukkan tepung yang siap diayak bersama soda bikarbonat,baking powder, yang ni saya guna whisk ja untuk kacau. 4.Tuang adunan ke dalam bekas, kukus selama 20 minit.
250 cream cheese 150 ml susu pekat (tak nak manis boleh kurangkan) 60ml whipping cream/susu fresh/susu cair 1 sudu kecil perisa laici(optional)
Cara membuat: 1.Masukkan semua ke dalam blender.Kisar sehingga sebati. 2.Kemudian tuang ke atas kek. cheddar cheese,parut ke atas kek yg siap di tuang cheese tartura tadi. Siap.
Bagi anda yang sudah mula mengumpul resipi biskut raya, salah satu biskut mudah dan sedap yang anda boleh cuba adalah biskut Milo Cookies ni. Malah resipi biskut perkongsian saudari Ahriany Ahmad ini tidak menggunakan banyak bahan serta kaya dengan rasa coklat. Kanak-kanak pasti gemarkannya.
CARA BUAT BISKUT MILO COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250gm mentega
110gm gula perang
1 biji telur gred A
185gm serbuk Milo
2 sudu teh esen vanilla
500gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga rata.
3. Masukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan buat, susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garpu.
5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
Siapa suka asam Haw Flakes ini? Boleh cuba resipi kek kukus yang ada rasa masam manis sedap. Adunan kek gebu warna-warni yang dilapiskan asam yang menarik mata.
KEK LAPIS KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
5 Biji telur (sejukkn dalam peti sejuk)
2 cawan tepung kek
1 1/2 cawan gula halus
100ml minyak masak
150ml susu cair
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar ovellate
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna pilihan
Asam Haw Flakes secukupnya
CARA MEMASAK:
Putar telur, gula, ovellate dan serbuk penaik sampai kembang.
Selepas itu masukkan vanilla dan pukul seketika.
Masukkan minyak dan pukul sebati.
Akhir sekali masukkan tepung kek yang diselang seli dengan susu cair. Kacau hingga sebati.
Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian dan warnakan ikut warna kesukaan anda.
Panaskn kukusan & sapukan loyang dengan minyak
Ambil 5 sudu besar adunan ratakan dan susun asam.
Kukus selama 5 atau 7 minit. Lapiskn lagi warna yang berlainan susun asam dan ulang sehingga habis.
Untuk lapisan terakhir biar kukus lama sikit supaya kek betul-betul masak.
Info: Pastikan kek betul-betul sejuk untuk dapat hasil yang cantik bila dipotong.
Kredit: Lieya Saad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!