Ketika memasak, mungkin ada tip dan petua yang kita tidak tahu dan terlepas pandang. Jika tip ini kita amalkan, mungkin masakan kita akan rasa lebih sedap dan enak. Jom kita intai 10 rahsia dan tip dalam masakan yang dikongsi oleh Fatima Az Zahra.
1. Timun
Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Kerana timun dapat mengurangkan rasa pedas.
2. Garam
Jangan letak garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk. Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal dalam masakan.
Ads
3. Santan
Elak guna api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan. Ini kerana ramai yang percaya menggunakan api dengan kuat dapat mempercepatkan proses santan pecah minyak. Gunakan api yang perlahan atau sederhana.
4. Gula Merah
Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal anda menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan orang sakit perut memakan sambal walaupun pedas.
5. Buah Keras
Buah keras berfungsi memekatkan masakan dan memberi aroma yang sedap serta menyelerakan dalam masakan. Jangan masukkan buah keras yang berlebihan kerana mampu membuatkan orang sakit perut ketika menjamah masakan anda. Sukatan paling baik adalah sebiji buah keras untuk seekor ayam. Contohnya seperti masakan berkuah seperti kari, kurma dan masak merah.
6. Asam Gelugor
Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan tidak akan melekat di kuali dan lebih mudah diangkat.
7. Bawang Putih
Ambil dan masukkan bawang putih ke dalam tempat simpanan beras. Boleh juga dimasukkan ketika memasak nasi. Ini akan membuatkan beras tahan lebih lama dan beras atau nasi berbau wangi.
Ads
8. Tebu
Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan sup tulang diikuti dengan bahan rempah sup. Sup tulang akan lebih ‘kaw’ dan bertambah sedap.
9. Limau Kasturi
Rendam ikan dengan air asam jawa. Kemudian, potong limau kasturi dan gaul bersama ikan berserta air asam jawa. Biarkan seketika dan bau hanyir ikan akan hilang.
10. Air Kelapa
Masukkan air kelapa ke dalam kelapa parut dan biarkan seketika. Kemudian barulah diperah kelapa tersebut ke dalam masakan. Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya.
SUMBER: FATIMA AZ ZAHRA
Ads
Jika anda sedang mencari PERIUK NASI, boleh cari DISINI.
Kuah kacang menu wajib bila tiba hari raya. Dimakan dengan nasi impit, cucur udang, ketupat dan sate memang sedap. Tapi ramai yang akui kuah kacang yang dimasak cepat basi. Jadi macam mana nak masak kuah kacang yang tahan lama?
Kuah kacang antara masakan bersantan dan masakan jenis ini selalunya memang cepat basi. Namun kalau betul cara masaknya, boleh tahan lama dan lambat basi.
Ada pelbagai petua yang boleh anda cuba. Ini petua yang dikongsikan oleh Puan Rabiatun Adawyah.
Kuah kacang yang tahan lama
1) Kacang yang disangai perlu kena betul-betul masak.
2) Apabila tumis cili, pastikan cili ditumis betul-betul masak juga. Memang ambil masa. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
3) Apabila dah masukkan santan, kena pastikan santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4) Selepas masukkan kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya kacang tadi tidak cepat hangus di bawahnya.
5) Dari segi rasa pula, kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya-Allah kuah kacang korang akan lebih sedap apabila dipanaskan.
Kredit gambar & petua: Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din
Periuk yang selalu digunakan untuk memasak, lama kelamaan akan bocor dan berlubang. Ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi membaiki periuk bocor ini dan salah satunya ialah dengan menggunakan kulit pisang.
Cara-caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu panaskan periuk yang bocor tu kemudian kecilkan apinya. Kemudian ambil kulit pisang yang di sebelah dalam, tenyeh @ tonyoh berulang kali ditempat yang bocor. Biarkan seketika diatas api.
Hasilnya, periuk yang bocor sudah boleh digunakan seperti biasa. Ia mungkin disebabkan oleh getah yang ada pada kulit pisang membuatkan lubang tersebut tertutup dan melekat. Dengan cara ini, walau periuk dibasuh berkali-kali, periuk tetap tidak bocor.
Pulut kuning makanan tradisional yang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan untuk majlis-majlis tertentu tetapi jika tekak ingin menikmati tak perlu tunggu samapai ke petang, buat terus ya. Selamat mencuba!
RESIPI PULUT KUNING DIRAJA
BAHAN-BAHAN:
Beras Pulut 1kg ( 10- 15 org mkn )
Santan kelapa sebiji ( 2cwn pati santan)
Daun pandan
Serbuk kunyit babas 1 sudu besar
Asam keping ( 3 keping )
Garam ( 1 sudu teh )
CARA MEMASAK:
Cuci beras pulut sebanyak 3 kali
Rendam beras pulut dgn serbuk kunyit babas dan asam keping selama lebih kurang 5 jam. Kak normi guna serbuk kunyit babas sbb colour pulut kuning kita akan jadi lebih cantik.
Kukus beras pulut yg telah ditapis bersama daun pandan selama 30 minit
Kemudian kecilkan api dapur sementara kita nak gaul santan yg telah diletak 1 sudu teh garam
Gaul pulut kukusan pertama tadi bersama santan (ketika pulut masih panas )
kemudian kukus utk kali kedua dgn daun pandan juga selama 20 minit shj.
Siap
RAHSIA KAK NORMI: Kak normi share sikit tips kenapa perlu letak asam keping semasa rendam. Okay supaya pulut kita akan lebih berkilat dan cantik. Insha Allah jadi sama macam dalam gambar. Selamat mencuba
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.