Asam pedas ikan pari, ikan pari bakar antara lauk yang selalu dibuat menggunakan ikan ini. Sedap memang sedap tapi bila nak masak sendiri ramai yang ragu-ragu waktu nak beli ikan ini. Takut salah pilih dapat yang bau busuk hancing.

Supaya tak dapat ikan pari yang begini tip yang dikongsi oleh peniaga makanan laut boleh dipraktikkan sewaktu memilih ikan ini. Tapi sebelum itu baca penjelasan beliau kenapa ikan pari ini berbau hancing.

Kenapa ada ikan pari bau hancing?

Orang Melayu percaya, pari hancing disebabkan pari betina datang bulan. Sampai ke hari ni, masih ramai berpegang kepada teori tersebut.

Sebenarnya ia adalah mitos semata, kerana pari bukanlah mamalia yang mempunyai endometrium. Oleh sebab itu, pari tak mungkin terlibat dengan kitaran haid.

Pari bertelur dan anaknya menetas di dalam badan. Selepas menetas, anak tersebut dikeluarkan dari badan. Jenis reproduksi ini dinamakan ovovivipar. Sebenarnya di dalam badan pari terdapat urea dan trimethylamine oxide (TMAO) yang berfungsi untuk menstabilkan protein bila kepekatan urea tinggi.

Bila ikan pari mati dalam tempoh yang lama, ikatan peptida protein terurai kepada cyanate dan ammonium seterusnya membebaskan karbon dioksida dan ammonia. Ammonia inilah yang berbau hancing. Semakin lama kematian berlaku, bau hancing semakin kuat, lebih-lebih lagi dalam organ pari.

IKLAN

Tip Pilih Ikan Pari Segar, Tak Berbau Hancing

 

Punca hancing sebab tak segar

Saya dah berniaga pari hampir 8 tahun, tapi tak pernah terserempak dengan pari hancing. Sebaik saja pari naik dari jeti, pari terus dibawa ke kedai, siang, buang organ dan potong. Tidak pernah ada yang hancing kerana ianya segar.

IKLAN

Hakikatnya, pari hancing disebabkan tidak segar. Bukan disebabkan datang haid. Berhenti mempercayai mitos yang bertentangan dgn ilmu sains.

Tip pilih pari segar

1. Pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar. Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat atau warnanya sudah gelap kehitaman.

2. Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing.

IKLAN

3. Pilihlah pari yang segar untuk mengelakkan masakan rosak akibat bau hancing. Bau hancing tidak akan hilang walaupun dicuci dengan 1001 petua.

Semoga bermanfaat

Asmah Chem

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI