Wow, sesekali nak buat kuih talam pulalah. Nampak sedap talam jagung coklat ni. Warnanya pun cantik. Melalyu facebook Rasa Share Resepi, seorang pengguna dengan nama Iedaa Jahaya telah berkongsi resipi membuat talam jagung coklat ini.
Warna kuning dan coklat memang sangat membangkitkan selera. Apatah lagi cita rasanya. Jom cuba!
TALAM JAGUNG COKLAT
BAHAN-BAHAN
200 gram tepung beras
40 gram tepung jagung
25 gram tepung kastad
400 ml santan pekat
450 ml santan cair
3 sudu besar pencelup jagung
200 gram gula halus
3 sudu besar krim jagung
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, campur semua bahan kecuali krim jagung. Gaul sebati.
2. Tapiskan adunan. Masukkan ke dalam bekas krim jagung. Kacau sebati. Ketepikan.
3. Buat lapisan coklat pula.
BAHAN LAPISAN COKLAT
75 gram tepung gandum
40 gram tepung kastad
3 biji telur ayam
Esen vanilla
159 gram gula halus
250 ml santan pekat
400 ml santan cair
1 sudu besar serbuk coklat (bancuh dengan sedikit air panas)
Ads
CARA MEMBUAT LAPISAN COKLAT
1. Bancuh semua bahan. Tapiskan.
2. Bahagikan kepada dua bahagian iaitu lapisan bawah dan atas.
3. Masak lapisan atas dahulu.
CARA MEMASAK TALAM
1. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada loyang 10 inci.
2. Masak lagi lapisan coklat untuk bahagian atas.
3. Sentiasa kacau sehingga pekat. Tutup api.
4. Tuang dalam loyang kukusan. Kukus selama 20 minit.
5. Sementara tunggu lapisan coklat atas masak, masak lapisan jagung dalam periuk.
6. Kacau sentiasa supaya adunan tidak berketul. Tutup api selepas adunan pekat.
7. Cakar-cakar lapisan coklat dalam loyang pengukus sebelum dituang lapisan jagung.
8. Kukus lagi selama 20 minit.
9. Masak lapisan coklat yang satu lagi bahagian untuk lapisan bawah.
10. Tuang atas lapisan jagung. Jangan lupa cakar dahulu lapisan jagung supaya setiap lapis melekat.
11. Kukus selama 20 minit.
12. Matikan api dan tunggu sejuk barulah dipotong.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan yang popular di kawasan Lembah Klang. Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi ni. Lauk pauknya mudah sahaja, nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal cili. Makan panas-panas memang sedap! Keenakan hidangan ni terletak pada gulai serta sambal cilinya kerana ia ada rasa asli masakan gulai dan sambal Kelantan. Ramai yang cuba buat tapi tak dapat ‘rasa’ yang sebenar. Anda nak rasa? Resipi perkongsian saudari Rusmida Rusli ni boleh dicuba.
RESIPI NASI ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih – masak seperti biasa dan letak daun pandan simpul. Wangi!
1. GULAI AYAM
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang bombay
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah kerutub
Kacang panjang secukupnya – potong
Terung – potong kecil
Leher, kaki, kepak dan paha yam – potong kecil
Santan ( jangan pekat sangat)- ikut jumlah ayam yang diguna.
Garam dan kiub pati ayam secukup rasa
1 kerek manisan / gula melaka
2-3 keping asam gelugur (RASA TAMBAH)
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat dan tumis hingga wangi.
Satukan rempah kari dan kerutub. Bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes. Kemudian gaul pada ayam dan perap seketika.
Seterusnya masukkan ayam ke dalam periuk berisi bahan tumis tadi. Masak hingga empuk.
Masukkan santan dan masak hingga mendidih serta kuah menjadi sedikit pekat.
Tambahkan terung, kacang panjang dan asam gelugur ( jika suka).
Perasakan dengan garam, manisan serta kiub pati ayam dengan secukupnya. Kacau hingga sebati rasa. Angkat.
2. AYAM GORENG HARUM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil
2 sudu teh garam
2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Basuh bersih ayam dan lumurkan dengan bahan-bahan lain. Perap seketika.
Panaskan minyak masak dan goreng sampai sederhana garing.
Angkat dan toskan minyaknya.
3. SAMBAL BELACAN ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili kering – direbus
Cili padi – jumlah ikut pedas yang dikehendaki
2 inci belacan
1 biji bawang besar – dibakar
1 labu bawang putih – dibakar
Gula, garam dan perasa secukupnya
Air asam jawa- anggaran 1/2 mangkuk
Limau kasturi secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Jangan terlalu halus nanti tidak sedap.
Tuang kisaran cili ke dalam bekas dan masukkan perahan limau kasturi hingga capai tahap masam yang sedap dengan citarasa.
Kulit limau kasturi yang dibuang. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal. Gaul rata.
Sedia untuk dinikmati bersama nasi, ayam dan gulai.
Cucur Jagung ini tentunya disukai ramai. Nampak sangat sedap dan cara membuatnya juga cukup mudah. Bulat elok bila digoreng. Makan panas-panas, memang layan ni. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ana Mariana Ismail ni. Pasti anda akan sukakannya.
CARA MEMASAK: 1.Kupas kulit jagung pastu hiris isi jagung. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
2. Masukkan tepung gandum. Jumlahnya agak-agak padan dengan bahan-bahan lain sahaja. 3. Masukkan juga bawang besar, isi udang (boleh ganti dengan ikan bilis), serbuk kunyit, garam, gula, sedikit serbuk pati ikan bilis, cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh, ikut selera sendiri) dan telur.
4. Bancuh adunan cucur jangan terlalu pekat atau cair. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang senang nak dijemput dengan jari.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng adunan cucur menggunakan api sederhana hingga garing dan keemasan.
6. Angkat, toskan minyak dan nikmatinya bersama sos cili.
Hari raya ni, sedap juga kalau makan pulut kan? Pulut Pagi antara popular dalam kalangan masyarakat Pantai Timur. Hidangan ini menggunakan beras pulut yang dimasak dengan gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Gabungan pulut yang manis lemak kelapa, menjadiakan ia sangat sedap dijadikan menu sarapan minum petang ringkas. Kepada korang yang teringin membuatnya, RASA sharekan resipi dan korang boleh cuba sendiri.
PULUT PAGI
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut | kukus sekurang-kurangnya setengah jam
2 keping gula Melaka | parut
2 helai daun pandan | simpul
BAHAN TOPPING:
1/2 biji kelapa muda | putih saja & gaul dengan sedikit garam
1 sudu makan beras pulut | goreng sangai hingga keperangan
CARA MEMASAK:
Kukus atau tanak pulut bersama daun pandan sehingga masak.
Tuangkan dalam bekas, kemudian gaulkan pulut dengan parutan gula Melaka.
Gaulkan kelapa parut bersama garam, kemudian kukus sekejap.
Hidangkan pulut dengan kelapa parut dan taburkan beras pulut sangai di atasnya.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!