Jika anda peminat drama & ‘oppa’ Korea, pastinya teringin nak cuba aneka sajian enak dari negara Kimchi ni kan? Tak sukar pun jika anda nak cuba masak sendiri di rumah. Jom cuba!

1. KEK BERAS PEDAS (TTEOLBOKKI)

Tak Perlu Terbang Jauh Untuk Nikmati Hidangan Korea. Buat Homemade Lagi Nikmat!

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm kek beras Korea
  • 5 ekor ikasn bilis besar|dibuang perut
  • 5 keping kelp ( rumpai laut)
  • 60ml air
  • 90gm pes cili Korea ( gochujang)
  • 5gm serbuk cili
  • 5gm gula
  • Garam secukup rasa
  • 5 ketul bebola ikan goreng
  • 60gm kobis yang telah dipotong
  • 1 pokok daun bawang

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air, ikan bilis dan rumpai laut ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Perlahankan api dan keluarkan ikan bilis dan rumpai laut dan masukkan pula kek beras.
  3. Satukan pes cili, serbuk cili dan gula. Gaulkan sehingga rata dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga pes menjadi sebati.
  4. Masukkan bebola ikan, kobis, telur dan daun bawang. Kacau dan masak sehingga kek beras menjadi lembut dan sos menjadi pekat dan berkilat.
  5. Angkat dan hidangkan.

Info Chef: Bahan-bahan seperti kek beras Korea, Kelp,Gochujang boleh didapati di kedai-kedai barangan Korea atau pasaraya besar di ibu kota.

 

2.  AYAM GORENG RANGGUP BERSOS PEDAS (DAKGANGJEONG)

Tak Perlu Terbang Jauh Untuk Nikmati Hidangan Korea. Buat Homemade Lagi Nikmat!

BAHAN-BAHAN:

  • 650gm kepak ayam
  • 5gm garam
  • 5gm serbuk lada hitam
  • 5gm serbuk bawang
  • 60gm tepung kentang
  • 60gm tepung beras
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PEDAS:

  • 2 ulas bawang putih|dicincang
  • 90gm pes cili Korea
  • 30gm serbuk cili
  • 30ml kicap cair
  • 15ml madu
  • 5ml minyak
  • Sedikit bijan panggang

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1.  Perap ayam bersama garam, lada hitam dan serbuk bawang dan ketepikan.
  2.  Satukan tepung ke dalam bekas.Masukkan ayam yang telah diperap terlebih dahulu dan gaul rata sehingga ayam bersalut dengan tepung.
  3.  Panaskan minyak dan gorengkan ayam di dalam minyak yang panas selama 7 hingga 10 minit. Angkat dan toskan. Biarkan ia sebentar.
  4.  Goreng semula ayam sehingga ia bertukar warna keemasan. Angkat dan ketepikan.
  5.  Untuk menyediakan sos pula, satukan semua bahan-bahan sos kecuali bawang putih dan minyak.
  6. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan bahan-bahan yang telah disatukan. Masak sehingga sos agak pekat.
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng. Padamkan api dan gaulkan sehingga rata.
  8. Taburkan bijan panggang sebelum dihidangkan.

 

 3. KIMCHI JIGAE

Tak Perlu Terbang Jauh Untuk Nikmati Hidangan Korea. Buat Homemade Lagi Nikmat!

BAHAN-BAHAN

  • 200gm isi  ayam
  • 1 keping tauhu | dipotong kecil
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 130gm kimchi
  • ½ cawan jus kimchi
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 1 sudu makan gula
  • Secubit garam
  • 2 sudu makan pes cili korea “gochujang”
  • 1 sudu makan serbuk cili “gochugaru”
  • 1 sudu makan minyak bijan

BAHAN AIR REBUSAN:

  • 1 kiub pati ikan bilis
  • ½ cawan lobak putih
  • 3 keping rumpai laut “kelp”- jika tiada, boleh diabaikan
  • 3 batang daun bawang
  • 3 cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Perap isi ayam bersama kicap cair, sedikit garam dan lada hitam. Biarkan selama 15 minit.
  2. Untuk menyediakan air rebusan, campurkan bahan-bahan ke dalam periuk. Reneh selama 20 minit dengan api sederhana. Tutup api dan tapis. Gunakan air rebusan sebagai stok untuk membuat Kimchi J
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  4. Tumis kimchi bersama bawang besar sehingga naik baudiikuti ayam yang telah diperap. Masukkan air rebusan yang telah direneh tadi ke dalam kuali.
  5. Masukkan gochujang, gochugaru,jus kimchi, gula, garam dan lada hitam. Kacau hingga sebati.
  6. Biarkan menggelegak dan masukkan tauhu.
  7. Tutup api dan sedia dihidang bersama nasi.

 Info chef: Sebelum memasukkan garam,  cuba kuah terlebih dahulu bagi sesuaikan rasa.

IKLAN

 

4. JAPCHAE

Tak Perlu Terbang Jauh Untuk Nikmati Hidangan Korea. Buat Homemade Lagi Nikmat!

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm Mi Japchae | Korean Sweet Potato Noodle – jika tiada, boleh ganti dengan suhun
  • 45ml kicap cair
  • 5gm gula
  • 20ml minyak bijan
  • 200gm daging batang pinang|dipotong nipis memanjang
  • 5ml kicap cair
  • 5ml minyak zaitun 
  • 5gm serbuk lada hitam
  • Sedikit parutan halia
  • Sedikit daun bawang
  • 2 ulas bawang putih|dicincang halus
  • 1 biji bawang besar|potong nipis
  • Sedikit taugeh hijau
  • Sedikit daun bawang
  • 2 biji cili padi
  • 5gm bijan panggang
  • 2 biji cendawan Shitake|potong nipis

CARA MEMASAK:

  1. Perap daging bersama kicap cair, minyak zaitun, lada hitam, parutan halia dan daun bawang.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng seketika daging yang telah diperap. Pastikan daging tidak digoreng terlalu lama untuk memastikan ia tidak liat. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan kuali yang sama dan panaskan minyak. Goreng seketika lobak merah, bawang besar dan cendawan Shitake. Perisakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
  4. Setelah agak layu, masukkan bawang putih dan taugeh hijau. Goreng seketika dan padamkan api.
  5. Masukkan sayur-sayuran yang telah digoreng ke dalam mangkuk mee. Tuangkan lebihan sos. Gaul rata dan perisakan dengan garam dan lada hitam.
  6. Taburkan bijan panggang. Sekiranya anda suka rasa yang lebih pedas, tambahkan potongan cili padi dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.

Info Chef: Sekiranya anda suka rasa yang lebih pedas, tambahkan potongan cili padi dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.

 

IKLAN

5. JJAJANGMYEON

Tak Perlu Terbang Jauh Untuk Nikmati Hidangan Korea. Buat Homemade Lagi Nikmat!

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm isi ayam
  • 3 batang sosej | dihiris
  • 4 ulas bawang putih | ditumbuk halus
  • 1 inci halia | ditumbuk halus
  • Mee lidi atau spageti secukupnya | direbus
  • Minyak untuk menumis

BAHAN SOS:

  • 350ml air
  • 200ml Jjajang Instant Paste
  • 3 sudu tepung ubi

SAYUR-SAYURAN ( DIPOTONG DADU):

  • ½ biji timun jepun
  • 1 biji ubi kentang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili

BAHAN PES JJAJANG:

  • 1 cawan stok ayam | dikisar
  • 2 Sudu makan kacang hitam | rebus & dikisar
  • 1 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 sudu makan sos tiram | dikisar
  • 1 sudu makan tepung jagung | dikisar
  • 2 sudu makan gula melaka
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk cili secukupnya (bergantung pada tahap kepedasan yang dikehendaki)
  • Garam (jika perlu)

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama
  2. Masukkan sayur yang dipotong dadu ke dalam kuali. Goreng sampai layu.
  3. Masukkan ayam, air dan Jjajang Instant Paste.
  4. Biarkan menggelegak selama 10 minit dan tutup kuali. Masak sehingga semua bahan empuk.
  5. Bancuh 3 sudu tepung ubi dengan 100ml air dan masukkan ke dalam kuah yang menggelegak.Kacau sehingga likat dan kuah hitam berkilat. Pastikan tahap kepekatan pada kondisi pekat tidak berkuah. Padamkan api.
  6. Sos Jjangmyeon sedia dihidang bersama mi atau spageti.
  7. Jika ingin membuat pes Jjajang secara homemade, masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk. Masak hingga sedikit mendidih.
  8. Kemudian masukkan gula merah, gula, garam serta serbuk cili dengan secukupnya. Sejukkan dan bolehlah digunakan untuk memasak Jjangmyeon.

Info chef: Selain ayam, boleh juga menggunakan hirisan daging.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI