Masak memasak ini sebenarnya terpulang pada kita. Jika tak cukup bahan, boleh saja kita mengolahnya. Maka, terciptalah Nasi Wangi ini, sedap makan dengan kerutuk ayam pencen.
Beginilah yang terjadi pada Afy AL Habibi yang sudi berkongsi resipi inovasi daripada Nasi Beriani yang sepatutnya dibuat tapi tak cukup bahan. Ketika itu, minyak sapi dan rempah beriani tiada dalam stok simpanan bahan kering. Gunakan sahaja bahan yang ada di dapur.
Maka, terhasillah resipi Nasi Wangi menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Makan pula dengan kerutuk ayam pencen. Fuh, berpeluh sedapnya! Jom kita buat.
Lebihan nasi selain dihangatkan kembali, boleh juga diolah menjadi pelbagai makanan enak seperti keropok, puding, apam dan sebagainya. Salah satu yang mudah dan sedap untuk dihasilkan ialah nugget homemade menggunakan nasi. Ha…nampak macam ‘rare’ kan? Sesuai sangatlah jika anda ada anak-anak kecil yang suka makan nugget. Buat sendiri pastinya lebih jimat, mengenyangkan malah lebih sihat. Jom lihat resipi perkongsian saudari Siti Khadijah Haron ni.
NUGGET HOMEMADE BUAT GUNA LEBIHAN NASI
BAHAN-BAHAN:
Nasi panas (sebaiknya yang baru masak)
Isi ayam mentah | dicincang
Serbuk perasa
Garam secukup rasa
Telur | dipukul
Serbuk roti
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk besar, satukan nasi, isi ayam cincang, serbuk perasa dan garam. Lenyek-lenyekkan adunan hingga sebati.
2. Kemudian, ambil adunan tadi ikut jumlah yang dikehendaki. Kepal adunan nasi dan leperkan. Susun dalam pinggan.
3. Ambil nugget tadi dan celup kepingan nasi tadi ke dalam bancuhan telur hingga rata. Tos supaya lebihan telur tidak melekat pada nugget.
4. Kemudian salutkan nugget tadi dengan serbuk roti hingga sekata. Ulang langkah hingga habis.
5. Sebelum dinikmati, sejuk bekukan nugget nasi supaya salutan melekat sempurna dan kemudian bolehlah digoreng hingga keperangan.
Berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis bagus dijadikan amalan. Kita perlukan sesuatu yang mengenyangkan untuk menahan rasa lapar. RASA berikan idea menu nasi goreng yang sedap untuk menaikkan selera bersahur di samping menu yang senang nak dimasak.
NASI GORENG NANAS
Bahan-bahan
30 ml minyak masak untuk menumis
10 gram bawang putih (dikisar)
20 gram bawang merah (dikisar)
20 gram cili padi (dikisar)
20 gram cili besar merah (dikisar)
40 gram isi ayam
10 gram sos ikan
10 gram sos tiram
Semangkuk nasi putih
40 gram nanas (dipotong dadu kasar)
20 gram sawi cina
Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili merah. Biarkan garing.
2. Masukkan isi ayam bersama sos ikan dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan isi ayam separuh masak.
3. Masukkan nasi. Masukkan nanas bersama sawi cina. Kacau rata selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.
NASI GORENG CINA
Bahan-bahan
30 gram minyak masak untuk menumis
30 gram bawang putih (dikisar)
2 bji telur ayam
100 gram sayur cmpur
Serbuk lada sulah
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
Semangkuk nasi putih
Cara Membuat
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih yang telah dikisar.
2. Pecahkan telur ayam dan kacau sehingga hancur. Masukkan sayur campur, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram dan kacau sebati. Biarkan selama seminit
3. Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sedia dihidang.
NASI GORENG USA
Bahan-bahan
30 gram minyak masak untuk menumis
30 gram bawang putih dikisar
2 bji telur ayam
100 gram sayur campur
Sedikir serbuk lada sulah
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
40 gram udang
40 gram sotong
Semangkuk nasi putih
Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih.
2. Pecahkan telur ayam dan kacau hancur. Masukkan sayur campur, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram, udang dan sotong. Kacau sebati. Biarkan selama seminit.
3. Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sedia dihidang.
NASI GORENG PETAI
Bahan-bahan
30 gram minyak masak untuk menumis
30 gram bawang putih dikisar
50 gram ikan bilis
2 papan petai
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
Semangkuk nasi putih
Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih. Masukkan ikan bilis dan petai. Kacau sebati.
2. Tuang sos ikan dan sos tiram. Biarkan selama seminit.
3. Masukkan nasi dan kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan boleh dihidangkan.
Bercadang nak masak pulut kuning untuk sajian pagi raya nanti? Resipi pulut kuning ni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Dalam masa 30 minit, pulut kuning sedia untuk dinikmati. Kalau makan dengan rendang, perghh…memang terangkat habis!
PULUT KUNING RICE COOKER
BAHAN-BAHAN:
300gm beras pulut – basuh & tos air
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.
2.Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.
3.Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.
5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.
9. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...