![i - 2023-04-19T095237.952](https://cdn.rasa.my/2023/04/i-2023-04-19T095237.952-696x398.jpg)
Enaknya rendang daging dimakan bersama pulut, ketupat ataupun lemang. Memasaknya juga tidak sukar jika menggunakan resipi yang mudah, namun masih mendapat hasil rendang yang sedap.
Rendang daging akan sentiasa mendapat sambutan terutama pada Hari Raya. Kebanyakan orang akan memasak rendang ayam. Jadi, jika terjumpa rendang daging, memang mengundang selera betul. Lagi-lagi, jika rendang tersebut betul-betul kena dengan tekak. Bagi yang sukakan rendang daging yang pedas, memang mantul dimakan dengan lemang ataupun ketupat.
Nak masak rendang daging yang ringkas tapi sedap? Ikuti resipi perkongsian daripada Suriani Mohd ini. Memang menarik rendang dagingnya. Jom kita buat.
BAHAN-BAHAN:
4kg daging
2 sudu rempah kari Baba’s
Air
Gula kabung – Boleh beli online di sini
500ml santan kotak Kara – Boleh beli online di sini
500g kerisik – Boleh beli online di sini
Garam
Cukup rasa
Daun kunyit / daun limau purut
BAHAN KISAR:
20 biji bawang merah
1 labu bawang putih
4 inci halia
3 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup / 2 sudu kunyit serbuk – Boleh beli online di sini
20 batang serai
30 tangkai cili kering (cili api pun boleh) – Boleh beli online di sini
*Hiris dan kisarkan bahan-bahan di atas.
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.
Masukkan rempah kari Baba’s yang dicampurkan dengan air. Tumiskan sehingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan daging dan air. Masak hingga daging lembut dan airnya kering.
Setelah itu, masukkan pula separuh gula kabung.
Masukkan santan dan air 1 kotak (menggunakan kotak santan tersebut).
Masukkan kerisik. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
Renehkan sampai kering.
Akhir sekali, taburkan daun kunyit atau daun limau purut. Dah siap.
Kredit: Suriani Mohd
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Ketupat Lemak Manis, Uniknya Gabungan 3 Rasa Dalam 1 Ketupat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8k2q3v
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedapnya…Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Boleh Masak Sempena Hari Merdeka
![](https://cdn.rasa.my/2021/08/Untitled-design-27.jpg)
Selamat Hari Merdeka Malaysia! Moga negara kita ini sentiasa aman, makmur dan lebih maju. Oh… Ada yang bercadang nak masak menu istimewa buat keluarga sempena cuti hari merdeka ini? Ini antara menu-menu enak selera orang Malaysia yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengah hari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Jom cuba!
KOLEKSI MENU MAKAN TENGAH HARI YANG SEDAP & MUDAH SEMPENA HARI MERDEKA
1. NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging – rebus empuk
- 1kg beras basmathi – cuci & tos
- 1.5kg air
- 1/2 tin susu cair
- 2 sudu makan rempah kurma – sangai seketika
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak sapi
- 1 kiub pati daging
- 1 helai daun pandan
- 2 biji tomato – belah empat
- Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
BAHAN HIRIS:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN AIR ASAM:
- 10 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 30gm belacan
- Sedikit ikan bilis
- Sedikit gula
- Garam jika perlu
- 2 biji tomato
- 2 biji bawang besar
- 2 sudu makan kerisik
- 1 cawan air rebusan daging
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan.
4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata.
7. Hidangkan bersama nasi daging.
2. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang saiz XL – bersihkan
- 1 cekak daun selom – celur seketika
- 700ml santan
- 1 keping asam gelugur
- 3 batang serai – titik
- 1 helai daun kunyit – hiris
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan.
2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api.
4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta sedia untuk dihidangkan.
3. SATE DAGING GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging – hiris kecil & nipis
- 200gm kacang tanah – sangai & kisar
- 1/2 cawan gula
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 20 tangkai cili kering
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 4 batang serai
- 2cm lengkuas
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
CARA MEMASAK:
1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati.
3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.
4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak.
6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya.
7. Sedia untuk dihidangkan.
4. KARI IKAN BAWAL MAS
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga
- 200ml santan
- ½ cawan air asam
- 3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
- 1 sudu makan serbuk cili
- 3 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 ½ sudu makan rempah penumis
- 2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS:
- 1 biji bawang besar
- 8 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN TAMBAHAN:
- 1 biji terung panjang – belah dua & potong empat
- 3 biji bendi – potong dua
- 1 biji cili merah – belah dua
- 1 biji cili hijau – belah dua
- 1 biji tomato – belah empat
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api.
3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa.
4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah 2-3 minit, tutup api dan hidangkan segera.
5. SOTONG BAKAR SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg sotong bersaiz XL – bersih & toskan
- 100ml santan kotak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 4 biji bawang merah
- 3 tangkai cili kering
- 2 batang serai
- 2 ulas bawang putih
BAHAN SUMBAT:
- 2 keping tauhu
- 1 biji telur
- 3 sudu makan daging kisar
- 1 biji bawang besar – dadu halus
- 3 biji bawang merah – cincang halus
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- 3 biji cili merah – cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan perapan sotong, campurkan bahan kisar bersama santan. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Ketepikan.
2. Bagi menyediakan bahan sumbat sotong, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Tambahkan daging kisar, tumis hingga kering.
4. Masukkan tauhu yang dihancurkan. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Tutup api dan sejukkan.
6. Bila inti sejuk, pecahkan telur, kacau rata dan tambahkan hirisan daun bawang serta daun ketumbar.
7. Sumbat bahan isian ke dalam sotong, padatkan dan tutup guna kepala sotong. Pin guna lidi dengan kemas.
8. Gaul sotong dengan bahan perapan. Perap seketika.
9. Untuk memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick dan panggang sotong guna api sederhana hingga masak. Sedia untuk dinikmati.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak sempena Hari Merdeka di laman web RASA:
Pedas & Sedap. Sotong Phat Phet Thai Ni Memang Rugi Kalau Tak ‘Try’
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap yang anda boleh cuba sempena cuti Hari Merdeka di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Daging Masak Asam. Menu Mudah, Sedap & Wajib Cuba
![](https://cdn.rasa.my/2022/04/451855.jpeg)
Wow…Menu Daging Masak Asam ni memang nampak menyelerakan. Sesuai sangatlah kalau sediakan untuk sajian keluarga pada bila-bila masa. Mudah, tak perlu masa yang banyak dan paling penting, sangat membuka selera. Bagi anda yang masih berfikir menu, cubalah lauk perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Sangat sempoi. Kalau nak lagi sedap, guna daging batang pinang. Barulah tak perlu rebus lama. Selamat mencuba.
CARA MASAK DAGING MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging – hiris nipis
2 biji bawang besar – hiris
6 ulas bawang putih – hiris
Halia sebesar ibu jari – hiris
2-4 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – dicarik
1 cawan air asam jawa sederhana pekat
1 sudu besar jintan manis – tumbuk halus (empunya resipi kisar dengan air asam jawa) – beli online disini
1/2 sudu makan garam
1 sudu teh gula
Sedikit bahan perasa jika suka
1 sudu makan serbuk kunyit – beli online disini
2 1/2 cawan air
3 senduk minyak masak
Sedikit cili padi atau cili merah(untuk hiasan)
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, masukkan serai. Bila serai sudah agak garing, masukkan bahan-bahan hiris. Tumis hingga layu.
2. Masukkan daging. Masak guna api sederhana perlahan hingga air daging kering dan naik minyak.
3. Bila daging sudah elok naik minyak, masukkan serbuk kunyit dan air asam jawa. Biarkan mendidih dan naik minyak.
4. Masukkan air. Bila kuah sudah mula kering, masukkan daun kunyit, cili besar, garam, gula dan bahan perasa(jika perlu).
5. Masak hingga pekat elok. Jika suka berkuah, boleh tambah 1/2 cawan air.
6. Daging Masak Asam siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kari Ikan Siakap. Masak Macam Ni Memang Terlajak Sedap
Buat Sendiri Kuih Tepung Gomak Yang Sedap Guna Resipi Mudah Ni
Resipi Solok Lada Kukus & Solok Lada Rebus Yang Sedap, Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Variasi Sajian Korea Yang Sesuai Dengan Tekak Kita, Pedas & Sedap
![](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/07/225442.jpeg)
Sekiranya anda teringin makan makanan Korea, boleh buat sendiri di rumah. Tak perlu ke kedai lagi. Asalkan ada bahan yang cukup, semuanya jadi. Kami kongsikan lima resipi makanan Korea untuk anda.
1. RESIPI JJAJANGMYEON
BAHAN KUAH ALA BLACKBEAN:
- 3 sudu gula putih
- 3 sudu besar taucu
- Air setengah cawan
- 1 sudu besar tepung gandum
- Kicap lemak manis
CARA PENYEDIAAN PES BLACKBEAN:
- Mula-mula, buat karamel pekat daripada 3 sudu gula putih untuk kita dapatkan rasa pahit-pahit hangus.
- Kemudian, 3 sudu besar taucu ditumbuk hancur untuk dijadikan pes.
- Sediakan satu mangkuk besar berisi air setengah cawan, masukkan 1 sudu besar tepung gndum, pes taucu yang ditumbuk tadi, kicap lemak manis (lagi banyak lebih bagus) dan akhir sekali karamel. Kacau hingga sebatu.
- Masakkan kuah campuran tersebut di dalam kuali dan kacau sehingga kuah menjadi likat seakan-akan dodol.
- Setelah itu, tuang dalam bekas kaca untuk digunakan sebagai pes blackbean.
BAHAN-BAHAN JJAJANGMYEON:
- Daging ayam
- TImun
- Kentang
- Bawang holland
- Pes blackbean
- Bancuhan tepung jadung
- Garam
- Kicap pekat
- Serbuk lada hitam
- Mi lidi atau mi kuning
CARA PENYEDIAAN JJAJANGMYEON:
- Sediakan daging ayam, timun, kentang dan bawang holland. Semua bahan dipotong dadu.
- Tumiskan semua bahan dengan sedikit minyak masak. Kacau sehingga masak.
- Kemudian, masukkan 3 sudu pes blackbean ke dalam masakan, kacau sehingga rata.
- Tuang sedikit air untuk kuah dan campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Boleh letak sedikit gara, kicap pekat dan sedikit serbuk lada hitam untuk menambah rasa.
- Mi pula saya gunakan jenis mi lidi yang perlu direbus dahulu kemudian ditoskan. Anda juga boleh gunakan mi kuning biasa.
- Masukkan mi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah blackbean ke atasnya. Hiaskan dengan hirisan timun.
- Sedia untuk dimakan. Jangan lupa kacau dahulu mi tersebut sebelum makan.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
2. RESIPI RABOKKI
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket ramen samyang (saya guna yang plastik hitam)
- 1 sudu besar gochujang (beli di Shopee jenama Ommason)
- 1 sudu besar gochugaru (beli di Shopee jenama Ommason)
- 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
- Sedikit kicap (jika mahu)
- 4-5 ketul kuih beras Korea (rice cake) – boleh beli di AEON Big/Hero ada yang halal
- 1 keping fishcake
- 2 batang sosej (guna sosej yang ada cheese lebih sedap)
- Kobis
- 1 biji telur
- Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan air, gochujang, gochugaru, bawang putih, kicap, rencah sos ramen ke dalam periuk.
- Masukkan fishcake, sosej, kobis, ramen dan rice cake. Masak sehingga mendidih.
- Biarkan sehingga pekat, masukkan sebiji telur. Tutup api.
- Akhir sekali, taburkan rumpai laut. Beli yang big bang punya. Letak lagi banyak lagi sedap.
- Anda boleh juga letak sekeping cheese di atas jika suka cheese. Sedap dimakan panas-panas.
Kredit resipi & foto: Sharinaz Redwan
3. RESIPI DAGING BULGOGI
BAHAN-BAHAN:
- 400- 500 gram daging
- Daun kucai (dihiris)
- Bawang (dihiris)
- Lobak merah (dihiris)
- Daun bawang (dihiris)
- 2 sudu minyak bijan
- 1 sudu bijan
BAHAN PERAP:
- 3 sudu besar gula perang
- 1 sudu besar minyak bijan
- 8 sudu besar kicap
- 1 sudu besar minyak sayur/minyak zaitun
- 2 sudu kecil bawang putih cincang
- 2 sudu kecil halia cincang
- 1 buah pir yang telah diparut
- 1/2 sudu kecil lada hitam
CARA PENYEDIAAN:
- Sediakan bahan perap – campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran. Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.
- Biarkan daging diperap seketika selama satu malam atau satu jam.
- Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan kucai.
- Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit bersama sayur. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.
- Anda boleh juga masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.
- Siap!
Kredit resipi & foto: Steak and Teeth
4. RESIPI JAPCHAE
BAHAN-BAHAN:
- Soon Korea/soon Malaysia pun boleh (rebus sebentar)
- Daging
- 4 ulas bawang putih 4
- Lobak merah
- Bayam
- Cili benggala merah
- Daung bawang
- Bawang holland
- Cendawan shitake
- Kicap cair
- Brown sugar
- Minyak masak
- Minyak bijan
CARA PENYEDIAAN:
- Perap daging dengan brown sugar, bawang holand dan kicap. Ketepikan dahulu.
- Kemudian, tumis bawang putih dengan sedikit minyak masak dan minyak zaitun.
- Masukkan daging yang diperap dan masukkan sayur.
- Bila sayur dah agak layu, masukkan soon.
- Siap! Hiaskan dengan bijan tabur.
Kredit resipi & foto: Iesya Abu Hasan
5. RESIPI TTEOKBOKKI/TOPOKKI
BAHAN-BAHAN RICE CAKE:
- 400 gram tepung pulut
- 3 sudu tepung beras
- Sedikit garam
- Sedikit minyak
- Air
CARA PENYEDIAAN:
- Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
- Buat panjang-panjang dan rebus.
- Angkat dan rendam dalam air sejuk sebelum potong pendek-pendek.
BAHAN-BAHAN SOS:
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 3 sudu besar Gochujang
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu teh gula
- 1 sudu madu
- 1 sudu serbuk cili
- 1 kiub ikan bilis
- Garam secukup rasa
- Sedikit cuka
- 2 gelas air (untuk kuah)
- Bijan
- Daun bawang
- Sosej
- Crab stick
- Fish cake
- Mi ramen/maggi
- Cendawan enoki
CARA PENYEDIAAN:
- Campurkan sos Gochujang bersama sos cili, serbuk cili, bawang, gula dan madu. Gaul hingga sebati.
- Kemudian, panaskan air dan masukkan kiub ikan bilis. Campurkan juga pes yang telah digaul sebati tadi.
- Bila sudah mendidih, masukkan sosej, crab stick, fish cake.
- Masukkan gula, garam dan cuku sedikit jika tidak cukup masam.
- Selepas itu, masukkan rice cake dan cendawan enoki sebelum api ditutup.
- Hiaskan dengan telur, daun bawang dan bijan. Jika mahu dimakan bersama ramen, letak ramen di dalam mangkuk anda.
Kredit resipi & foto: Siti Faizah Mohamad Nawi
Jika anda sedang mencari RICE COOKER yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
SUMBER: KOLEKSI RESIPI ISTERI
Artikel menarik yang boleh dibaca:
Resipi yang boleh dicuba di rumah: