Sahur nanti rasa nak masak lauk yang paling simple tapi mengenyangkan sekeluarga. Buatnya pun mudah dengan bahan -bahan sedia ada. Anak pun boleh bantu buat.

Sup Ayam telur Kacau

Hidangan untuk 4-5 orang

IKLAN

Bahan:
2 isi dada ayam
seinci halia – hiris
segenggam daun sup
1 sudu besar lada putih biji
3 cawan air / stok
4 biji telur – kacau rata
1 sudu besar tepung dilarutkan dengan 3 sudu besar air
1 sudu besar minyak bijan

Cara memasak:
1.Goreng isi dada ayam dengan sedikit minyak  sehingga keperangan. Kemudian masukkan air/stok tadi, daun sup, hirisan halia dan biji lada putih. Renehkan 30 minit atau ayam masak.
2.Keluarkan isi dada ayam tadi, siatkan dan ketepikan.
3.Tapis sup renehan tadi untuk dapatkan sup yang jernih dan buang daun sup, hirisan halia dan biji lada putih kerana tidak akan digunakan lagi.
4.Reneh semula sup dengan api perlahan dan tuangkan telur yang telah dipukul sambil dikacau perlahan untuk dapatkan tekstur seperti reben. Habiskan kesemua telur tadi. Masukkan sebahagian siatan isi dada ayam tadi.
5.Masukkan tepung yang telah dilarutkan tadi untuk memekatlan sedikit sup sambil dikacau perlahan.
6.Perasakan garam dan lada sulah. Tutup api dan akhir sekali taburkan sedikit minyak bijan. 7.Hias dengan daun sup dan lebihan siatan isi ayam. Sedia untuk dihidang.

Kredit: fb Nor Aishah

Buat Sendiri Bingka Jagung, Makan Sahur Best Nih…