Roti jala kalau buat dalam jumlah yang banyak, pasti agak sukar nak tentukan jumlah bahan-bahannya. Tapi menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara-cara serta sukatan bahan untuk buat roti jala yang sempurna dan pasti menjadi. Mudah je rupanya! Enak dimakan bersama kuzi atau kari ayam. Selamat mencuba. Boleh hidang untuk tetamu di hari raya nanti.
SUKATAN ADUNAN ROTI JALA YANG ‘PERFECT’
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tepung gandum
- 1 sudu makan marjerin
- 1 sudu makan garam halus
- 1 sudu teh pewarna kuning telur
- 1.7 liter air biasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.
3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Azwa Mohtar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biskut Kering Goreng Dengan Telur, Menu Unik Tapi Sedap Untuk Kudapan
Selalunya biskut kering kita cicah dengan kopi O atau teh O. Hidang waktu hujan, memang nikmat. Tapi hidangan biskut kering yang dikongsi oleh Adizul Semerbak agak rare.
Biskut kering ini digoreng bersama telur hingga menjadi hidangan yang menyelerakan. Memang unik, katanya menu biskut telur ini sesuai dijadikan makanan untuk mengalas perut sebelum waktu makan utama.
Menurut AdiZul lagi, hidangan tersebut enak dinikmati begitu sahaja tanpa perlu dimakan bersama nasi atau roti. Biskut telur ini sangat sedap dimakan ketika masih panas.
Menu biskut kering unik, goreng jadi biskut telur
Bahan-bahan
10 biji telur
1/2 kg biskut petak kecil
Bawang besar/bawang merah
Cili hijau/merah
Sedikit garam
4 sudu makan minyak masak
Sedikit marjerin
Cara membuat
1. Hiris bawang dan cili.
2. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam. Campurkan dengan bawang dan cili yang telah dihiris tadi.
3. Seterusnya masukkan biskut, gaul-gaul dan biarkan seketika.
4. Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Apabila minyak telah panas, kecilkan api dan masuk biskut tadi.
5. Balik-balikkan supaya semua biskut masak sekata. Boleh juga tambah sedikit marjerin di dalam kuali semasa membalik-balikkan biskut. Siap untuk dihidangkan.
Sumber: Adizul Semerbak ( Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official)
Buat Sendiri Beef Prosperity Burger Sedap Ni. Comfirm Puas Makan
Bila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina, hidangan Burger Prosperity Daging atau Beef Prosperity Burger ini antara yang ditunggu-tunggu. Keenakan daging serta sos lada hitamnya memang memukau. Tapi, jika keluarga besar, agak tinggi kos yang perlu dibelanjakan untuk sajian satu keluarga. Jadi, bagi anda yang nak cuba buat sendiri burger ni secara homemade, saudari Aida Haron ada kongsi resipinya. Mudah dan lebih jimat. Jom cuba.
CARA MASAK BEEF PROSPERITY BURGER / BURGER PROSPERITY DAGING HOMEMADE
BAHAN PATTY DAGING (untuk 11 keping):
800gm daging kisar
2 sudu makan perencah cukup rasa
Parsli/oregano/mix herbs (apa sahaja herba yang ada di rumah)
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Kemudian timbang setiap ketulan daging seberat 80gm. Jika tiada penimbang, boleh agak-agak sahaja. Bulatkan daging kemudian leperkan seperti daging burger. Pastikan bahagian tengah daging ditekan lebih supaya bila dimasak ia tidak mentah.
3. Bila sudah siap, susun kepingan daging diatas parchment paper supaya tidak melekat.
4. Untuk memasak, goreng daging menggunakan kuali non-stick tanpa menggunakan minyak. Nanti daging akan mengeluarkan minyak sendiri.
5. Bilad aging sudah masak, angkat dan sediakan sos pula.
BAHAN SOS BLACK PEPPER
2 sudu makan mentega – beli online disini
1 biji bawang besar – potong dadu
2 sudu makan tepung gandum – beli online disini
3 sudu makan serbuk lada hitam kasar (coarse black pepper) – beli online disini
Daun bay (optional) – beli online disini
1 cawan air
1 kiub pati daging/ayam – beli online disini
2 sudu makan kicap manis – beli online disini
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Cairkan mentega kemudian masukkan bawang yang dipotong dadu. MAsak hingga bawang kelihatan lutsinar.
2. Seterusnya masukkan tepung gandum. Kacau hingga menjadi warna coklat kekuningan. Pastikan tidak hangus ya.
3. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, air , kiub daging, daun bay, kicap dan sos tiram. Kacau ikut kepekatan yang anda suka.
4. Bila sudah masak, celup daging burger yang digoreng tadi.
5. Letak diatas roti burger dan tabur hirisan bawang holland.
6. Beef Prosperity Burger sedai untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aida Haron
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Sendiri Ayam Panggang Blackpepper Sedap Guna Resipi Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kulit Limau Mandarin Oren Kering, Snek Tahun Baru Cina Yang Mudah
Mudah je rupanya nak buat snek Kulit Limau Mandarin Oren ni. Hanya perlu sediakan tiga bahan sahaja dah menjadi snek mudah ni. Bila menjelang Tahun Baru Cina memang tiba-tiba banyak stok limau mandarin di rumah kan? Kulitnya boleh disimpan buat snek dengan langkah mudah yang akan dikongsikan dibawah. Boleh cuba di rumah sahaja tak perlu beli lagi.
Resipi penuh telah dikongsikan oleh Christine’s Recipe. Jom kita cuba!
KULIT LIMAU MANDARIN KERING
BAHAN-BAHAN:
Anggaran 10 biji limau
Garam
Air
CARA PENYEDIAAN:
1. Buang kulit limau, kalau boleh kulit dia tu kupas sekali atau 2 kali kopek je.. sebab kan limau ni mudah lekang dari isinya kan.. senang nak cuci nanti nak buang putih kat dalam kulit limau tu
2. Sediakan air dalam mangkuk yang boleh tenggelamkan kulit limau dan masukkan garam.. agak-agakla garam tu ya.kacau sikit biar garam dan air tu sebati sikit
3. Rendam kulit limau dalam air bergaram nak bagi hilang wax kat kulit limau tu.. gosok-gosok sikit cuci nak guna dengan berus gigi pun boleh..
4. Rendam dalam 30 minit, bila dah nampak urat putih kat kulit limau dah mula serap air tu boleh la mula mengikis guna sudu .. buang yang urat putih tu pahit..
5. Masa proses merendam ni urat putih senang nak buang.
6. Bersihkan kulit limau dan mula atur atas dulang dan jemur dalam 3- 4 hari dan pastikan kulit limau betul-betul kering sebelum disimpan dalam bekas kedap udara
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA: