Rasa: Jelajah Rasa Nusantarasekali lagi membawa anda menjelajah negara seberang; Indonesia bersama Adam Didam dan Ili Sulaiman untuk belajar cara-cara menghasilkan hidangan Lumpia yang sangat sedap dan enak. Lumpia ini sekali pandang seakan-akan Popia. Adakah sama Popia yang ada di Malaysia dengan sajian Lumpia ni. Kalau nak tahu, jom lihat resipi dan cara-cara penghasilan kedua-dua hidangan ini
1. POPIA
BAHAN-BAHAN:
2-3 ulas bawang putih | cincang
2-3 keping tauhu | cincang halus
1 batang lobak merah | potong julienne
½ biji sengkuang | potong julienne
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popia bulat secukupnya | boleh beli di pasaraya
Minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Kemudian masukkan tauhu. Goreng lagi hingga tauhu keperangan.
Ads
3. Tambahkan lobak merah dan sengkuang. Masak hingga lembut namun tidak terlalu lembik.
4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
5. Ambil kulit popia, sudukan inti dan gulung dengan kemas. Goreng hingga garing.
6. Angkat dan sapukan sos pada popia dengan secukupnya. Tabur bawang goreng serta daun bawang untuk rasa lebih enak.
2. LUMPIA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tauge
2 cawan parutan lobak merah
8 helai daun bawang | hiris halus
4 keping tauhu | dipotong halus
4 keping telur dadar | hiris halus
1 keping dada ayam rebus | carik isinya
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng
2 sudu makan tepung gandum | bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam
CARA MEMASAK:
1. Dalam bekas yang besar, satukan tauge, daun bawang, tauhu dan lobak merah.
Ads
2. Masukkan garam serta gula secukup rasa.
3. Seterusnya tambahkan hirisan telur dadar dan isi ayam carik. Gaul hingga sekata.
4. Ambil kulit Lumpia dan sudukan inti dengan secukupnya.
Ads
5. Gulung Lumpia dengan kemas dan sapu bancuhan tepung untuk melekatkan kulit lumpia di bahagian hujung.
Langgan Rasa
6. Goreng hingga garing. Sedia untuk dinikmati bersama sos.
Anda suka makan Kuih Lopes Pulut? Bagi yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan tak guna banyak bahan, perkongsian dari Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Pasti puas hati dengan hasil dan rasanya. Memang terbaik. Sangat sesuai dijadikan sajian minum petang.
CARA MASAK KUIH LOPES PULUT
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras pulut
Air pandan secukupnya
Sedikit pewarna hijau
1 biji abuchang @ khee – boleh gantikan dengan kapur
BAHAN AIR GULA MELAKA:
3 keping gula melaka
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 ½ cawan air
BAHAN-BAHAN LAIN:
Daun pisang untuk membungkus
Tali atau getah untuk mengikat
Kelapa parut putih – gaul dengan sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Rendam beras pulut bersama air pandan dan abuchang. ( jika beras pulut biasa, rendam 1 malam. Jika guna pulut susu, rendam 4 jam sudah memadai.) 2. Kukus pulut selama ½ jam. 3. Bungkus pulut dalam daun pisang, kemaskan dengan mengikat menggunakan tali atau getah.
4. Rebus bungkusan pulut tadi selama 1 jam.
5. Sejukkan, potong dengan benang.
6. Gaul kepingan lopes bersama kelapa dan hidangkan dengan air gula melaka.
7. Untuk membuat air gula melaka, masak semua bahan hingga larut. Sejukkan dan tapis.
Buat lempeng kelapa ketika sarapan atau minum petang, dicicah pula dengan sambal tumis memang sedap. Minum pula teh atau kopi panas. Nikmatnya.
Buatnya pun tak sukar. Ada kelapa muda memang terus rasa nak buat. Rasanya memang lembut dan sedap menggunakan resipi daripada Azizah Ali ini. Makan begitu saja pun dah sedap. Terasa betul parutan kelapa mudanya. Jom buat.
Sajian kuih tradisional seperti Kuih Lepat Liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi perkongsian saudari Linda Md Yusofni. Sangat mudah rupanya nak buat kuih ni. Bahan-bahannya pun tidak susah dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawansahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.
BAHAN-BAHAN LAIN: Daun pisang Kelapa parut + sedikit garam (inti) Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1.Masak bahan-bahan yang bertanda (*). Tidak perlu hingga mendidih, cukup sekadar sampai gula larut. Tapis dan sejukkan. 2. Masukkan air gula ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. 3. Sediakan daun pisang yang sudah dibersihkan dan disapu dengan sedikit minyak masak. 4. Ambik doh dalam 2 sudu besar dan leperkan atas daun pisang tadi. 5. Letakkan inti kelapa dengan secukupnya dan bungkus Kuih Lepat Liat dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan. 6. Susun kuih dalam periuk kukusan dan kukus selama 30 – 40 minit.
7. Bila sudah masak, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...