Penyaram gula apong ini memang sedap. Selain penyaram, ia juga dipanggil cucur jawa atau kuih topi. Rasanya yang lemak manis memang meminat selera.
Salah satu kuih orang lama tapi hingga kini masih lagi disukai ramai. Bila makan, menggamit nostalgia zaman kecil.
Boleh cuba buat sendiri kuih ini. Baru boleh diubahsuai ikut selera kita sendiri. Ikut resipi yang dikongsikan oleh puan FransCisca FransCylia ini ye.
Panyeram Gula Apong
Bahan-Bahan:
250gram atau 2 cawan tepung gandum 250gram atau 2 cawan tepung beras teratai 500gram atau 2 cawan air panas (supaya ggula pasir dan gula apong cepat larut) 250gram atau secawan gula pasir (kalau nak kurang manis, boleh kurangkan kepada 190gram atau ¾ cawan) 250gram atau 1 cawan gula apong/gula merah
Cara Memasak:
Satukan tepung-tepung, gula psir dan gula apong ke dalam satu bekas.Tuangkan sikit-sikit air panas sambil gaul sebati adunan tersebut.
Ads
Pastikan adunan betul-betul sebati dan tapiskan adunan untuk elakkan tepung berketul-ketul.
Rupa adunan tak pekat dan tak cair. Kalau nak perap semalaman pun boleh atau dalam 3-4 jam pun boleh. Kalau tak nak perap dan terus goreng pun boleh. Tapi kalau nak perap, pastikan perap dalam peti ais. Bila nak guna, biarkan dalam suhu bilik dulu. Kalau adunan nampak pekat boleh tambah sikit air. Tapi jangan banyak takut makin cair adunan nanti.
Untuk menggoreng, panaskan minyak dalam kuali. Pegang chppstick kayu letak kat tengah mnyak. Pastikan api dibuka. Bila hujung chopstick dah berbuih banyak, kecilkan api dan boleh tuang adunan ke dalam minyak.
Goreng satu demi satu menggunakan api yang perlahan dan minyak sedikit. Kalau minyak dah kurang boleh tambah minyak lagi sikit. Tip: Kalau tuang je adunan pada bahagian tepi terus jadi lper dan tak naik brsarang itu maksudnya minyak belum cukup panas. Kalau tuang je adunan dan bahagian tengah terus brlubang itu mksudnya api dah sangat panas. Jangan biarkan kuih terlalu lama dalam minyak, nanti kuih jadi liat dan keras.
Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
Siap!
Ads
Ektra Info:
* Guna air panas supaya gula pasir dan gula apong cepat larut. * Kalau adunan nampak pekat sangat, boleh tambah air sikit-sikit sebab kadang ada gula apng jenis yang dalam paket keras dan kering di bahagian bawah ada yg cair. Keluarkan gula apong paket lepas tu gaul dulu supaya sebati barulah timbang masuk dalam adunan. * Saya guna tepung gandum (sauh), tepung beras (cap 3 gajah), minyak msak (cap tukang masak).
Siapa tau KUIH SALAT? Ia adalah nama lain bagi kuih Seri Muka. Ada juga yang panggil Kuih Seri Muka Nyonya. Chef Sue kongsi salah satu versi resipi kuih salat yang menggunakan air perahan bunga telang sepenuhnya untuk lapisan bawah (pulut). Selalunya versi kuih salat nyonya akan menggabungkan pulut putih & pulut biru telang. Jika tiada bunga telang, boleh je biarkan pulut tu berwarna semulajadi.
KUIH SALAT
Bahan-bahan A (lapisan bawah):
1 cawan beras pulut (rendam 4-6 jam bersama air rebusan bunga telang & toskan)
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam halus
Daun pandan secukupnya
Bahan-bahan B (lapisan atas):
400ml santan pekat
100ml air perahan daun pandan (20 helai daun pandan kisar lumat dengan air lalu tapis)
Untuk lapisan bawah; sediakan loyang (saya guna loyang bulat 11 inci) lalu sapu keseluruhan bahagian dalam dengan minyak. Tuang beras pulut yang dah direndam tadi dan letak beberapa helai daun pandan di atasnya lalu kukus hingga pulut agak lembut.
Sementara itu satukan santan dan garam (dari bahan A) dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang berisi pulut yang dah dikukus separuh masak tadi dan gaul rata. Kukus semula pulut hingga benar-benar masak.
3.Angkat loyang berisi pulut lalu buang daun pandan. Tekan pulut hingga mampat. Ketepikan.
4.Di dalam mangkuk, satukan santan, gula, air perahan daun pandan dan telur. Letak secubit garam. Kacau rata dan sebati. Masukkan pula tepung gandum dan tepung ubi. Kacau lagi hingga semua bahan sebati.
5.Tapis bancuhan tadi ke dalam kuali. Panaskan atas api yang kecil sambil dikacau hingga bancuhan sedikit pekat. Tutup api lalu tuang bancuhan ke dalam loyang berisi pulut tadi.
6.Kukus kuih selama 40 minit atau hingga kuih benar-benar masak (cucuk lidi ke atas kuih untuk test dah masak ke belum).
7.Sejukkan kuih beberapa jam baru dipotong. Untuk mendapat potongan yang licin, gunakan pisau plastik untuk memotong kuih.
Bagi penggemar seaweed, korang boleh cuba buat cucur. Bunyi mungkin macam pelik tapi rasanya sedap. Boleh cuba buat untuk anak-anak yang cerewet makan. Kiranya, ini salah satu alternatif untuk korang sediakan juadah sarapan atau minum petang untuk seisi keluarga. Asyik buat cucur bilis atau cucur bawang je kan? Nah, kali ni kita buat cucur seaweed pulak.
RASA kongsikan resipi daripada facebook Anne Natashya D’Ismail.
CUCUR SEAWEED
.
BAHAN-BAHAN
Tepung gandum
2 biji telur ayam
Seaweed (yang diguna untuk balut shushi)
Garam secukup rasa
Air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
.
1. Masukkan tepung gandum dalam bekas. Kemudian pecahkan telur ayam.
2. Hancurkan seaweed dan masukkan dalam bekas tadi.
3. Masukkan garam dan tuang air sedikit demi sedikit.
4. Bancuh sebati. Jangan cair sangat sebab nanti tak sedap.
.
2. Bancuh agak-agak boleh jadi bebola.
3. Panaskan minyak masak. Goreng bancuhan 1 sudu besar setiap satu. Goreng sampai kekuningan. Angkat, toskan dan sedia dimakan.
Sajian kuih tradisional seperti Kuih Lepat Liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi perkongsian saudari Linda Md Yusofni. Sangat mudah rupanya nak buat kuih ni. Bahan-bahannya pun tidak susah dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawansahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.
CARA MEMASAK: 1.Masak bahan-bahan yang bertanda (*). Tidak perlu hingga mendidih, cukup sekadar sampai gula larut. Tapis dan sejukkan. 2. Masukkan air gula ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. 3. Sediakan daun pisang yang sudah dibersihkan dan disapu dengan sedikit minyak masak. 4. Ambik doh dalam 2 sudu besar dan leperkan atas daun pisang tadi. 5. Letakkan inti kelapa dengan secukupnya dan bungkus Kuih Lepat Liat dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan. 6. Susun kuih dalam periuk kukusan dan kukus selama 30 – 40 minit.
7. Bila sudah masak, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Resipi Lobster Butter Cheese ini sesuai dihidang untuk hari-hari istimewa dengan keluarga seperti anniversary, hari jadi dan sebagainya.Sekali sekala makan mewah apa salahnya kan......