Biasanya Kuih Cara perisa pandan je kan? Ha..ni Kuih Cara perisa jagung pula. Siapa yang gemar makan jagung, boleh cuba resipi ni. Pasti anda sukakannya.

KUIH CARA JAGUNG

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur gred A – dipukul
  • 1/2 cawan jagung hiris – bubuh lebih pun boleh. lagi sedap
  • 3 1/4 cawan santan
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanilla- boleh abaikan
  • Perisa jagung
  • Sedikit pewarna kuning telur

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kisar jagung hiris dengan 1 cawan santan. Jangan kisar terlalu halus. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. 
  2. Kemudian satukan bahan-bahan lain dalam bekas berasingan. Gaul rata dan masukkan dalam blender. Kisar hingga sebati.
  3. Tuang ke dalam jag saiz sederhana. Campurkan dengan jagung yang dikisar tadi. Kacau sebati.
  4. Panaskan acuan Kuih Cara menggunakan api perlahan. Oles sedikit minyak.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan. Biarkan sekejap baru dimasukkan sedikit gula. Tutup dengan tudung periuk.
  6. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan di bahagian tepi kuih, boleh angkat dan keluarkan dengan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.
  7. Untuk adunan seterusnya, kacau dulu sebelum tuang ke dalam acuan.
  8. Ulang hingga habis. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zura Zul

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI