Kek Strawbery Susu Cheese Limpah Viral buat terliur nak makan.Limpahan cheese pada kek ni memang tak boleh bawa bincang. Sekali makan memang buat ketagih. Simpan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak.
STRAWBERY SUSU CHEESE LIMPAH VIRAL
Bahan A:
1/4 cawan susu kotak perisa strawbery panaskan
BAHAN B:
Cairkan 150g butter
BAHAN C:
6 biji telur
1 sudu besar ovalate
1 cawan gula halus
3 sudu besar susu tepung
2 cawan self rising/tepung gandum ayak dengan 1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar perisa strawbery pilih yang clear
2 sudu kecil pewarna rose pink
Masuk sekali dalam 1 bowl mix sampai kembang
Slow kan mixer masuk kan bahan A wajib masih panas
Mix sebati
Masukkan bahan B dalam keadaan panas atau suam
Balik-balikkan pakai spatula sahaja. Adunan kek siap
1.Sediakan loyang terpulang loyang apa nak guna.Boleh guna loyang atau
tray besar industri atau loyang 9×9 dapat 3 loyang.Jangan buat
tebal-tebal sangat sekadar bila masak dalam anggaran 2 hingga 3cm tebal.
2.Suhu 180-170 api atas bawah cuma kene tengak loyang besar mana anda guna.
3.Potong 6×4 atau ikut bekas yang sesuai.
Topping unik sikit sebab kene ada dua sebab nak yang pekat dan nak yang cair juga
sebagai dressing kelilingnya.
Ads
Topping:
1kg cheese
3/4 tin susu pekat nak guna 1/2 tin pun boleh
1 cawan whipping non dairy gold whip vanila
1 cawan full cream
1.Blender sebati.
2.Tuang dalam bekas dan masuk chiller 1 jam
*Bila keluar,dah pekat baru toping atas kek kena rata-ratakan guna belakang
senduk.Tujuan supaya lapisan cheese tak nipis dan kalau cheese cair ia akan
meleleh ke bawah bekas jadi permukaan kek akan jadi nipis cheesenya.
*Untuk bahagian tepi
Ambil 3-4 senduk cheese yang sama tambah full cream dan kacau sampai cheese tak kental sangat. Boleh tuang tepi-tepi bekas supaya nampak cheese banyak dan tak ada ruang kosong.
*Parut cheddar atas kek dan tabur crumb cake tadi
Sana sini orang bercakap kek ni, tak pernah bosan. Buat kek ni kena betul betul ikut langkahnya agar kek yang dibuat nanti menjadi. Jangan memandai pula, karang jadi lain pula. Kek ni simpan dalam peti sejuk lagi enak dinikmati.
Cara memasak:
1.Pukul telur dalam mixer selama 20 saat
2.Masuk cream cheese mix selama 30 saat
3.Campur kedua-dua bahan di atas sekali lagi selama 30saat.
4.Masukkan gula dan adun selama 1 minit
5.Mixer whipping cream selama 30saat
6.Akhir sekali masukkan tepung dan adun selama 5 minit,sampai semua bahan-bahan tersebut halus
7.Sediakan bekas kek,sapu mentega,letak baking paper di keliling bekas kek,kalau boleh tinggi kan baking paper Lebih dari permukaan,kerana adunan akan naik bila mula masak.
8.Letak adunan dalam loyang kek,tutup dengan baking paper Di tengah-tengah loyang supaya cantik bahagian tengahnya bila dah masak.
9.Kemudian di luar loyang kek, letak kain dikelilingnya supaya kek tak tumpah ,akhir sekali bakar pada suhu 200c dan selama 1 setengah jam.
Kek dan mousse adalah sajian pencuci mulut yang melengkapkan nikmat sajian. Menyudahi hidangan dengan pilihan dessert lemak, manis berkrim yang mampu amenceriakan seisi keluarga.
Hotel Royale Chulan Kl menyediakan 5 hidangan kek dan mousse istimewa yang gebu dan lembutyang manis dan enak. Ikuti resipi dan menu olahan Chef Pastri, Abu Hamidy Abu Samah dari Hotel Royale Chulan, KL
1.CHOCOLATE CHIP COOKIES CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN :
Bahan biskut (based cookies) :
850gm mentega
360gm gula aising
4 biji telur
1290gm tepung kek (self raising flour) | diayak
200gm cip coklat
100gm quaker oats
10gm serbuk kulit kayu manis
Bahan kek keju @ cheese kek :
790gm krim keju
450gm susu pekat manis
370gm krim
5gm garam
10 biji telur
5ml esen vanila
CARA MEMASAK :
Cara memasak biskut :
Pukul mentega bersama gula aising hingga rata sampai sebati.
Kemudian masukkan telur, dan kacau.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti dengan serbuk kulit kayu manis dan kacau hingga adunan sebati.
Kemudian masukkan cip coklat dan oat, gaul rata.
Biarkan di dalam ‘chiller’ peti sejuk selama 2 jam.
Keluarkan dari peti sejuk dan canaikan doh dan terap .
Panaskan oven dahulu, kemudian bakar di dalam oven bersuhu 170 darjah celcius selama 16 minit atau hingga keperangan.
Cara memasak kek keju :
Satukan krim keju, susu dan krim dan kacau
Masukkan telur diikuti dengan garam dan esen vanila. Masukkan dalam tin pembakar.
Panaskan oven dalam suhu 150 darjah celcius, bakar dengan teknik water bath (mengalas tin kek dengan bekas berisi air)
Bakar selama 45 min dan keluarkan
Letakkan kek keju di atas biskut, dan hias ikut citarasa anda
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1jam setengah
Cara memasak : Bakar, water bath
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Kek keju yang lembab dan rasa berkrim dan biskut coklat cip rangup.
INFO CHEF : Pastikan air mencukupi dan tidak kering semasa membakar kek keju. Kehadiran air menjadikan ia masak lembab sempurna.
2. RED BERRIES RUBIES (MOUSSE)
BAHAN-BAHAN :
Bahan mousse :
500gm puri raspberi
150gm gula aising
35gm serbuk gelatin + 110ml air sejuk
900gm krim putar
Bahan agar-agar raspberi (jelly) :
150gm gula halus
800gm puri raspberi
20gm serbuk gelatin
150ml air
Bahan buah-buahn beri compote :
450ml air
400gm gula kaster
3 keping kulit kayu manis
100gm kanji jagung + 40ml air
200gm blueberi
200gm blackberi
200gm raspberi
CARA MEMASAK :
Cara masak mousse :
Satukan dan campurkan puri raspberi dengan gula aising.
Dalam bekas lain, campurkan serbuk gelatin dan air.
Masukkan larutan gelatin ke dalam campuran puri raspberi dan gula aising tadi.
Akhir sekali masukkan krim putar (yang dipukul sederhana). Ketepikan mousse ini.
Cara masak agar-agar @jeli raspberi
Campurkan gula dan puri raspberi bersama.
Dalam bekas lain, larutkan serbuk gelatin dengan air
Masukkan larutan gelatin ke dalam campuran raspberi dan gula tadi.
Masukkan dalam ‘freezer’ selama 2 jam.
Ambil mousse letakkan compote dan diikuti dengan jeli.
Cara masak compote :
Dalam bekas lain campurkan kanji jagung dengan air.
Air dan bahan-bahan yang lainnya dicampurkan dalam periuk dan dimasak bersama
Akhir sekali masukkan kanji jagung dalam campuran
Sejukkan dalam peti sejuk. Keluarkan masukkan di dalam mousse
Saiz hidangan : 7 orang
Waktu memasak : 1jam
Cara memasak : Chill
Jenis masakan : Pencuci mulut,
Keistimewaan : Boleh juga disediakan hidangan mousse ini dalam gelas .
INFO CHEF :Mousse sedap dimakan sejuk. Setelah siap disediakan, biarkan mousse sejuk dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
3. CHOCOLATE SALTED CARAMEL
BAHAN-BAHAN :
Bahan chocolate ganache:
900gm krim segar
100gm glukos
100gm gula halus
850gm coklat gelap | dipotong kecil
100gm mentega
Bahan salted caramel:
500gm gula halus
250gm krim
15gm garam laut (berbentuk kristal)
80gm mentega
Bahan kek coklat (rich chocolate cake):
500gm mentega
800gm coklat gelap | dipotong kecil
500gm gula kaster
10 biji telur
250gm tepung kek (self raising) | diayak
150gm yogurt
CARA MEMASAK :
Cara masak coklat ganache :
Didihkan krim.
Campurkan glukos dan gula halus, kemudian tuangkan dalam coklat gelap.
Masukkan mentega, kacau rata
Cara masak salted caramel :
Masakkan gula di atas api sederhana, kacau hingga gula larut dan mendidih..
Dalam bekas lain panaskan krim.
Masukkan krim panas ke dalam karamel
Masukkan mentega, diikuti dengan garam laut.
Karamel disapukan di antara lapisan kek.
Cara masak kek coklat :
Cairkan mentega bersama coklat gelap
Masukkan gula dan telur ke dalam campuran coklat ini
Diikuti dengan tepung (sedikit demi sedikit) dan yogurt, kaup balikkan.
Bahagikan adunan kepada 4 tin pembakar (jika 4 lapisan) .
Bakar dalam oven yang dipanaskan dalam suhu 170 darjah celcius, selama 30 minit hingga masak.
Setelah masak susunkan lapisan kek , dan sapukan karamel di tengah setiap lapisan
Saiz hidangan : 8 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kaya dengan rasa coklat berlemak dan manis karamel
INFO CHEF : Pastikan krim mendidih baru dituang dalam coklat untuk mendapat coklat ganache yang sempurna.
4. PINEAPLLE UPSIDE DOWN CAKE
BAHAN-BAHAN :
Bahan karamel:
800gm gula
360ml air
* Panaskan air dengan gula, di atas api sederhana, hingga mendidih. Kacau perlahan-lahan setelah gula cair dan bertukar warna keperangan, segera tutup api.
Bahan kek lembab :
560gm mentega
480gm gula kaster
8 biji telur
600gm tepung kek | diayak
20gm serbuk penaik
150ml susu penuh krim
Nenas dalam tin secukupnya (potongan gegelang bulat)
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula kaster, hingga kembang dan gebu.
Masukkan telur satu persatu sambil terus kacau/pukul hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu penuh krim,
Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan serbuk penaik. Sediakan tin pembakar kek, griskan dan tuangkan karamel. Susunkan gegelang nenas
Tuangkan adunan kek.
Panaskan oven dengan suhu 170 darjah Celcius selama 30 minit hingga masak.
Saiz hidangan : 8 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Rasa masam manis dari nenas yang enak
INFO CHEF : Biarkan kek sejuk baru diterbalikkan supaya nenas tak hancur
5. PANDAN MANGO MAGNUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan mango cremeux:
780 gm puri mangga
200gm gula aising
100gm kuning telur
80gm gula kaster
980gm krim
25gm serbuk gelatin
* Biarkan beku dalam ‘freezer’ peti sejuk selama 2 jam.
Rasa penuh bercoklat mampu menjadi terapi minda setelah penat dengan urusan kerja dan rutin seharian. Manis dengan rasa Milo yang enak.
Resipi ini tidak menggunakan tepung gandum dan bahan-bahan pun ringkas sahaja. Selain Milo boleh aje menggunakan minuman koko yang lai seperti Ovaltine atau Vico.
Kadang-kadang bila badan penat, mood nak masak tu ada, tapi malas sangat nak keluar beli barang. Jangan risau, dapur kita sebenarnya penuh dengan bahan ‘tersembunyi’ yang boleh jadi menu sedap.