Kadang mulut rasa nak mengunyah je kan? Nak buat kudapan di rumah, kena cari satu resipi yang simple. RASA kongsikan dua resipi snek yang pasti buat anda sukar nak berhenti mengunyah.

FRESH SPRING ROLL

Spring Roll, Piza Paratha, Dua Menu Mantap Sambil Minum Kopi O

Bahan-bahan
4 biji bawang merah (tumbuk halus)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
Sedikit udang kering (tumbuk halus)
2 biji telur ayam
1 biji sengkuang (hiris)
1 biji lobak merah (hiris)
Garam secukup rasa
Kulit popia secukupnya
Sedikit bijan
Minyak masak untuk menggoreng

IKLAN

Cara memasak
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering. Tumis sehingga naik bau. Kemudian pecahkan telur ke dalam tumisan tadi dan kacau.
2. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Perasakan dengan garam. Masak sehingga layu. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika
3. Bentang kulit popia. Letak inti sayur ke atas kulit popia dan taburkan sedikit bijan ke dalam inti tadi.
4. Lipat dan gulung sehingga ketat dan lenserkan dengan telur untuk melekatkan kulit popia tadi.
5. Kemudian, gorengkan popia dengan api yang perlahan dan menggunakan minyak yang banyak.
6. Setelah kuning dan garing, angkat dan toskan. Sedia dimakan bersama sos cili.

PIZA PARATHA

Spring Roll, Piza Paratha, Dua Menu Mantap Sambil Minum Kopi O

IKLAN

Bahan piza
2 sudu makan minyak masak
1/2 biji bawang besar merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji tomato (dikisar)
1 tin kecil tomato puri
4 helai daun bay
1 sudu makan oregano kering
3 sudu makan gula
1 sudu teh garam

IKLAN

Bahan inti
1 keping roti paratha
1 tin nanas kiub (dihiris)
5 batang sosej ayam (dihiris)
250 gram keju mozarella (diparut)

Cara memasak
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan tomato puri dan masak atas api sederhana kira-kira 20 minit.
3. Masukkan daun bay, oregano kering, gula dan garam. Masak lagi selama 10 minit hingga sos pekat dan berbau harum.
4. Setelah masak, angkat dan sejukkan sos.
5. Sapukan sos di atas roti paratha dengan secukupnya. Taburkan bahan-bahan inti dan diakhiri dengan parutan keju mozarella.
6. Bakar selama 20 minit sehingga masak pada suhu 200C.
7. Angkat dan nikmati segera.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI