Jika anda prihatin tentang kesihatan, jom buat sosej homemade versi sihat. Alang-alang dah buat kita letak sayuran kesukaan. Apa yang penting bersih, tiada bahan pengawet dan tiada perasa tambahan. Adunan ni boleh dapat dalam 15 batang sosej. Ikut saiz korang nak macam mana.
Menu bakeri dan pastri dari Hotel Eastin KL kali ini memang cukup popular. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru di antaranya dengan menghasilkan bombolini iaitu donut Itali yang popular dan Cronut gabungan donut dan croissant.
Kalau nak tahu Cronut dicipta di Dominique Ansel Bakery. New York, Amerika Syarikat pada tahun 2013 oleh pemilik bakerinya Dominique Ansel. Dan kini sangat popular di merata dunia.
CRONUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh cronut:
150ml susu segar
10gm yis kering
50gm mentega
35gm gula
350gm tepung roti
6gm garam
1 biji telur
Bahan lapisan cronut :
100 gm pastri marjerin | dicanai nipis
Bahan inti cronut (coklat ganache): 150gm coklat masakan 100gm krim putar 10gm mentega
CARA MEMASAK : Membuat inti : 1. Panaskan krim putar sehingga mendidih sedikit 2. Tuang ke atas coklat dan kacau hingga sebati 3. Masukkan mentega dan sebatikan Membuat cronut : 1. Masukkan tepung, yis, gula, telur dan garam. Gaulkan hingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan uli lama 5 minit sehingga menjadi doh. 3. Masukkan mentega ke dalam doh tersebu dan uli sekali lagi selama 7 minit. 4. Rehatkan selama sejam. 5. Setelah itu mulai memproses lapisan demi lapisan cronut dengan membuat lipatan antara doh dengan mentega tawar yang dilakukan berulang. 6. Bentukkan menjadi doh bersegi, giling hingga tipis dan kemudian sapukan mentega di atas permukaan doh tepat di tengah-tengah dan lipatkan balik dan canai hingga mentega tertutup rapat. 7. Canaikan dan lipat berulang-ulang sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan. 8. Masukkan doh dalam peti sejuk seketika 9. Seteleh dikeluarkan dari peti sejuk. mulai menerap dan membentuk bulat doh dengan acuan donut. 10. Panaskan minyak penuh dalam kuali dan goreng hingga keperangan 11. Paipkan coklat ganache ke dalam cronut 12. Sediakan gula yang digaulkan bersama sedikit serbuk kayu manis..Golekkan cronut dalam gula tadi. 13. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Gabungan donut dan croissant Keistimewaan : Rapuh dan garing dan rasa yang kaya bercoklat
Info Chef :Pemilik bakeri Dominique Ansel, menggunakan doh berupa pasteri lapis atau puff (ala croissant) berinti krim dan rupanya pula menyerupai donut, yang dikenali sebagai cronut.
BOMBOLINI
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung roti
110ml susu segar
1 biji telur
60gm mentega
35gm gula
15gm yis kering
2 gm garam
2 biji kuning telur
Bahan untuk inti (krim kastad) :
100ml susu segar
1 biji kuning telur
20gm gula halus
9gm tepung jagung
1ml esen vanila
30gm krim putar (whipping cream)
CARA MEMASAK : Krim kastad : 1. Didihkan susu di dalam bekas, atas api yang sederhana. 2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan kuning telur dan gula, kacau hingga sebati. 3. Campurkan tepung jagung dan terus kacau hingga sebati 4. Tuangkan larutan susu mendidih tadi ke dalam campuran di dalam mangkuk tadi. Biarkan masak hingga pekat. 5. Biarkan kastad sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam. 6. Pukul krim putar sehingga mencapai ‘stif peak’ (bertanduk). 7. Kaup balik krim putar ke dalam adunan kastad yang telah sejuk hingga sebati. 8. Ketepikan
Bombolini: 1. Masukkan tepung, yis, dula telur dan garam. Gaullkan sehingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan mentega. Uli sehingga menjadi doh. 3. Rehatkan selama dua jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari doh yang asal. 4. Giling sehingga nipis dan terap bentuk bulatan 5. Goreng dalam minyak panas sehingga menjadi warna keperangan. 6. Biarkan sejuk seketika. Setelah itu lubangkan bahagian tengah dan diisi dengan krim kastad. 7. Taburkan gula di atasnya dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Donut Itali Keistimewaan : Gebu lembut dan berkrim
Info Chef: Goreng antara 5- 10 minit sahaja. Kerap dibalik- balikkan supaya masak sekata dan berwarna perang keemasan.
Terima kasih : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor. www.armada.com.my
Buat penggemar keju, ini ada satu lagi resipi yang boleh anda cuba. Nampak sedap dan menarik. Bukan hanya sedap untuk anda, malahan anak-anak pun mesti suka. Sesuai dijadikan hidangan minum petang. Jom kita cuba resipi Roti Basque Burnt Cheese Topping oleh Ida Osman ini.
ROTI BASQUE BURNT CHEESE TOPPING
BAHAN-BAHAN:
100 gram cream cheese
2 keping keju cheddar yang telah disiat-siat
40 gram susu cair
40 gram gula caster
20 gram butter tawar
2 biji kuning telur
1/4 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN:
1. Dengan menggunakan api perlahan, panaskan cream cheese, keju slice dan susu sehingga cair. Sentiasa kacau untuk mengelakkan keju hangus.
2. Kemudian, masukkan gula. Setelah gula larut, masukkan butter. Kacau sehingga butter sebati, barulah masukkan kuning telur.
3. Kacau tanpa henti sehingga adunan pekat seperti kastard. Matikan api dan masukkan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
4. Sapu kastard ini di atas roti. Susun dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 200, kira-kira 1o minit atau sehingga bahagian topping kelihatan hangus.
TIP:
– Jangan bakar terlalu lama. Kastard keju akan mengering.
– Cara menyapu kastard keju bergantung pada selera masing-masing. Lagi tebal kastard, lebih sedap rasanya.
Jika anda sedang mencari MICROWAVE yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
Enaknya kudapan kerepek tempe goreng yang rangup lagi rasa berempah ini. Lebih enak apabila tempe tersebut dihiris nipis-nipis. Lagi bertambah rangupnya sampai ketagih dibuatnya.
Bagaimana nak menghasilkan kerepek tempe yang nipis dan rangup begini? Perkongsian resipi kerepek tempe daripada Eka Zahra ini ada tipsnya untuk menjadikan hirisan tempe ini nipis dan kekal rangup.