Ads

Gulai Lemak Udang Letak Belimbing Buluh Lagi Mantap!

Gulai Lemak Udang letak belimbing buluh, dimasak versi Kelantan. Secukup rasa dan pastinya memikat selera.

Makan dengan nasi, goreng telur dadar gebu ada pula sambal belacan dah cukup untuk buat makan nasi bertambah.

Guna udang segar, kalau ada yang besar lagi sedap. Dengan kepala udang sekali licin. Rasa gulai lemak macam ni cukup menyelerakan. Ada pula belimbing buluh lengkap rasa masin masamnya. Rugi kalau tak cuba!

Gulai Lemak Udang

Gulai Lemak Udang Letak Belimbing Buluh Lagi Mantap!

Bahan-bahan :

15-20 ekor udang sederhana besar

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 cawan santan pekat

1 sdt serbuk kunyit/kunyit hidup

Ads

1 sdb cili boh/cili kisar

1 batang timun

Kacang panjang

7-8biji Belimbing buluh

Asam keping

3 biji lada besar hijau/ lada hijau kelantan

Ads

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit Gula melaka

Gulai Lemak Udang Letak Belimbing Buluh Lagi Mantap!

Cara-cara :

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan kunyit sehingga lumat.Gulai Lemak Udang Letak Belimbing Buluh Lagi Mantap!
  2. Campurkan semua bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama santan. Masukkan asam keping dan gula melaka. Biarkan menggelegak.Gulai Lemak Udang Letak Belimbing Buluh Lagi Mantap!
  3. Masukkan udang, timun, kacang panjang, lada besar hijau, belimbing dan biarkan masak seketika.Gulai Lemak Udang Letak Belimbing Buluh Lagi Mantap! Gulai Lemak Udang Letak Belimbing Buluh Lagi Mantap!
  4. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

Gulai Lemak Udang Letak Belimbing Buluh Lagi Mantap! Gulai Lemak Udang Letak Belimbing Buluh Lagi Mantap!

Tip: Nak kuah lemak cantik tak pecah minyak kena selalu kacau-kacau.

Ads

Kredit: Cik Puan Ain

Anda mungkin berminat dengan

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Udang Goreng Kari, Lauk Udang Yang Lain Sikit. Cubalah

Udang Butter Nestum Menu Mudah Kegemaran Ramai. Ratah Saja Pun Sedap!

Paprik Seafood Ala Thai, Lauk Lengkap Berkhasiat Untuk Keluarga. Meriah Dengan Lauk & Sayuran

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Lepat Labu Menu Autentik Sajian Minum Petang
Paprik Sardin Lagi Sedap Dari Paprik Biasa
Resipi Udang Cili Rangup Menu Mudah Gerenti Sedap
Akok Kedut, Kuih Legend Dari Kelate. Sedak Sengoti!

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Ayam Masak Cili Kering, Resipi Masakan Cina Sedap, Rasa Pedas Masam...

Ayam Masak Cili Kering stail Cina Muslim yang sedap dan mudah dibuat. Gabungan rasa pedas, masam dan manis memang membuka selera makan dengan nasi panas.