
Nak cuba makan jagung rebus versi lain dari biasa? Cuba resipi Jagung Susu Cheese perkongsian saudara Muhammad Azhari ni. Pasti anda sukakannya.
BAHAN-BAHAN:
- Jagung – dibuang kulit dan dibersihkan
- 1 cawan air rebusan jagung
- 1 tin susu cair
- 3-4 sudu makan susu pekat manis
- Mentega sesedap rasa
- Gula dan garam secukupnya
- Keju cheddar secukupnya – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan jagung dan masukkan air ke dalam periuk. Rebus selama 10 minit.
2. Angkat jagung dan ketepikan seketika.
3. Untuk membuat kuah, ambil secawan air rebusan jagung tadi. Selebihnya boleh dibuang.
4. Kemudian nyalakan api. Masukkan susu cair.
5. Masukkan juga susu pekat manis. Jika mahukan rasa yang lebih manis, lebihkan jumlahnya.
6. Seterusnya tambahkan mentega sesedap rasa.
7. Tambahkan gula dan sedikit garam. Kacau rata.
8. Setelah direneh selama 10 minit, masukkan semula jagung yang telah direbus tadi. Biarkan seketika.
9. Setelah rasa dah puas hati, padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
10. Tabur parutan keju sewaktu nak dinikmati. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Muhammad Azhari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Garlic Bread Homemade Sedap

Anak-anak kecil sedang membesar memang kuat makan. Bila tengok anak suka mengunyah, kita sebagai ibu pastinya ‘excited’ nak bagi kan? Tapi kena tengok-tengok juga jenis dan kandungan bahan makanan yang diberi. Untuk lebih selamat, anda boleh hasilkan sendiri kudapan buat si kecil anda. Salah satu yang boleh dicuba ialah Garlic Bread @ Roti Bawang Putih perkongsian Puan Aya Zuki. Resipi ni beliau olah untuk dijadikan kudapan anaknya. Hanya menggunakan 4 bahan mudah, finger food ini tentunya lebih sihat, bersih dan yang paling penting adalah air tangan ibu sendiri. Jom cuba!
GARLIC BREAD SEDAP & MUDAH UNTUK ANAK-ANAK
BAHAN-BAHAN:
- Roti gardenia (potong panjang-panjang)
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit Parsley flakes
- Unsalted butter / mentega tanpa garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih sampai lumat.
2. Unsalted butter dah habis. So Aya beli yang ni. Sebaiknya, beli unsalted butter ye.
3. Tumis bawang putih dengan mentega tadi. (Nota RASA: untuk 1 ulas, anggaran 1 sudu teh lebih kurang.)
4. Tumis sampai macam ni. Jangan sampai hangit pula.
5. Campurkan tumisan bawang putih tadi dengan ( Nota RASA: jumlah emntega bergantung pada roti yang anda guna.)
6. Gaul sampai sekata.
7. Letak sikit parsley flakes. Jangan banyak sangat.
8. Gaul sampai macam ni.
9. Sapu dekat roti.
10. Bakar dalam oven/ pemanggang ajaib hingga garing. ( Nota RASA: Kalau guna ketuhar, suhu antara 160C dan bakar dalam 5 minit atau hingga roti nampak keperangan.)
11. Taraaaa siap! Sedia di hidang untuk si kecil anda!
INFO: Kalau ada sup cendawan, memang lagi sedap.
Kredit resipi & foto: Aya Zuki
Peanut Butter Ball Yang Mengasyikkan

Sedap buat kudapan bebola ni. Namanya dipanggil sebagai Peanut Energy Ball. Apabila digigit, terasa mentega kacang yang manis-manis. Sedap sangat. Boleh try buat di rumah ye. RASA berikan resipinya.
PEANUT ENERGY BALL
BAHAN-BAHAN
160 gram mentega kacang
100 gram oat
2 sudu kecil madu
60 gram chocolate chip
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas besar, masukkan mentega kacang, oat, madu dan chocolate chip.
2. Gaul sehingga semuanya sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Keluarkan dari peti sejuk. Bulatkan adunan ikut saiz yang disukai. Ulang sehingga adunan habis.
Selamat mencuba!
Sajian Barat Kesukaan Rakyat Malaysia. Homemade Lagi Sedap Lagi Jimat.

Makanan barat ni sebenarnya ringkas aje buatnya. Terutama menu snek dan kudapan, punyalah sedap boleh kenyang sampai ke malam. Tapi hati-hati tak boleh makan selalu nanti gemuk la pulak.
Apa pun sajian sebenarnya memang tak boleh ‘terlebih’makan. Okay, ni dia resipi ori dari barisan tenaga pengajar Chef Muhammad Aizat Sha’rani dan team chef Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jln Kasipillay, Kuala Lumpur.

Buat sendiri kan lagi jimat…
1. MAC N CHEESE PRAWN
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm makaroni
- 50 – 80 gm mentega
- 2 sudu makan tepung gandum
- 500ml susu segar
- 250 gram keju parut (shredded)
- 6 ekor udang | dibuang kulit
- Setangkai daun parsli | dicincang
- Garam secukup rasa
- Lada sulah atau lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masak makaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk.
2. Udang direbus. Angkat dan tos.
3. Cairkan mentega di di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan.
4. Perlahan-lahan tuang susu sambil kacau.
5. Masukkan udang dan cendawan.
6. Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh selama 2 minit. Tutup api.
7. Masukkan keju dan kacau sehingga ianya cair dan sebati.
8. Tuangkan sos keju ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata
9. Tabur garam dan lada hitam secukup rasa
10. Masukkan daun parsli dan kacau rata.
11. Teruskan hidang sementara masih panas.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 25 hingga 30 minit
Cara memasak: Rebus dan reneh
Jenis masakan: Sajian barat
Keistimewaan: Rasa yang begitu enak berkrim dengan udang segar.
Info Chef : Selain udang anda boleh menggantikan dengan makanan laut yang lain atau pun ayam
2. BELGIUM WAFFLES
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji telur gred A
- 1 cawan tepung serbaguna @gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 3/4 cawan susu segar
- 1/2 cawan mentega | dicairkan
- 1 1/2 sudu makan gula kasterr
- 1/2 sudu teh esen l vanilla
CARA MEMASAK :
1. Panaskan pembakar waffle (waffle maker). Ayak tepung bersama baking powder.
2. Pukul telur hingga betul-betul kembang.
3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
4. Apabila pembakar waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan bater dan ratakan.
5. Tutup penutup pembakar (waffle maker) dan masak sehingga waffle masak.
Saiz hidangan: 4 0rang
Waktu memasak:15 hingga 20 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Waffle Belgium
Keistimewaan: Sedap dimakan dengan krim dan buah-buahhan
Info chef: Waffle juga enak dimakan dengan madu, mentega, coklat , jem dan sirap maple.
3. FUNNEL CAKE FRIES
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung serba guna
- 1sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- 2 biji telur
- 4 cawan gula putih
- ½ cawan susu
- 1 sudu teh esen vanilla
- 4 cawan minyak masak
- Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk.
2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih.
3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Letakkan adunan di dalam beg piping.
6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F.
7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan.
8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A)
Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef : Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
4. CALZONE
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk doh :
- 300gm tepung gandum
- 6 gm yis
- 20 gm mentega
- 10 gm gula halus
- 1 sudu teh bread improver
- ¼ sudu teh garam
- 1½ sudu makan madu
- 170ml air
- 1 sudu makan mayonis
Bahan untuk inti ayam :
- 1 cawan isi ayam | dicincang halus
- 1 biji bawang besar | dihiris dadu
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 2.5 sm halia | ditumbuk halus
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan rempah kari daging
- ½ sudu makan sos tomato
- Sedikit daun bawang | dihiris halus
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 5 biji cili padi
- ¼ batang lobak merah
- Sedikit parutan keju cedar
- Sedikit air
CARA MEMASAK :
Doh:
1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
2. Tambah mentega dan terus meNggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.Kemudian bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
Inti ayam :
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing.
5. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat.
6. Perasakan dengan garam dan secubit gula.Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
Calzone :
7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bahagikan pada 4 bahagian sama besar, bulat-bulatkan.
8. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper.Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti.
9. Letak daun salad 1/4 bahagian inti ayam dan taburkan parutan keju, kemudian lipat dua dan tekan hujungnya biar bercantum. Buat hingga siap pada baki adunan.
10. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu
11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan:4 orang
Waktu memasak:30 hingga 40 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Sajian berasal dari Itali
Keistimewaan: Inti yang lazat dengan kulit yang lembut
Info chef : Doh juga boleh dikelim seperti karipap di kelilingnya
5. SLOPPY JOE
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging cincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 biji bawang besar holland |dicincang
- 1 cawan sup tomato
- 1 cawan puri tomato
- ½ cawan sos cili
- 1/3 cawan gula perang
- 3 sudu besar kicap
- 2 sudu makan | boleh letak lebih jika suka
- 12 biji bun burger
CARA MEMASAK :
1. Tumis bawang besar, bawang putih hingga sedikit garing.
2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga masak.
3. Campurkan semua bahan-bahan lain dan reneh 20 minit. Kacau sekali sekala
4. Sudukan daging cincang di atas roti burger.
5. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 12 biji burger
Waktu memasak:30 hingga 35minit
Cara memasak: Tumis
Jenis masakan: Burger
Keistimewaan: Tidak menggunakan kepingan daging burger sebaliknya daging cincang yang dimasak lazat
Info chef : Berbeza dengan burger daging biasa, sloppy joe burger hanya dilapisi daging cincang yang dimasak tanpa perlu meletakkan bahan lain. Anda boleh menambah keju jika suka.
RESIPI : CHEF MUHAMMAD AIZAT SHA’RANI, CHEF NADZIRAH ABDUL RAZAK DAN CHEF FARIBUS ANAK KANDAU
TERIMA KASIH : MR PRABHA, SG ACADEMY, Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan