Untuk juadah minum petang, sedap dapat makan cucur kucai bersepah rangup di luar lembut di dalam.
Lagi-lagi bila di dapur ada banyak lagi sayur kucai, bolehlah masukkan daun kucai secukup. Jom kita buat cucur kucai dengan resipi mudah oleh Umi Watie.
2. Campurkan 1/4 cawan tepung gandum dan 3/4 cawan air panas menggelegak. Air panas tadi jangan masuk semua sekali tau. Isi sikit-sikit. Dia memang bergentel bila bubuh air panas. Kiranya kita masak tepung gandum tu. 3. Bila dah siap bahan base, masukkan tepung gandum, daun kucai, udang ikut kemampuan, lobak merah ikut selera, bawang merah ikut suka dan garam untuk perasa.
Sotong juga sedap dibuat kerabu selain dimasak sambal atau gulai. Ditambah dengan mangga muda, memang cukup segala rasa. Anda boleh cuba buat di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Khadijah Jaafar ini. Selamat mencuba.
KERABU SOTONG
BAHAN-BAHAN:
6 ekor sotong saiz sederhana
2 biji buah pelam muda | diracik halus
1 batang daun ketumbar | dihiris kasar
1/2 biji bawang besar merah | dihiris nipis
1/2 biji bawang besar holland | dihiris nipis
1 biji cili merah/4 tangkai cili padi merah | dihiris
1 biji cili hijau/4 tangkai cili padi hijau
10 biji tomato ceri | dibelah dua
1 peket kecil suhun
BAHAN SOS:
3 sudu besar sos ikan
1 1/2 sudu besar gula perang
2 biji limau nipis | diambil jus
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celurkan sotong dalam 5 minit. Angkat dan toskan supaya sotong kering.
2. Dalam air rebusan yang sama, celurkan suhun sehingga lembut. Angkat dan toskan.
3. Kemudian, hiris pelam muda, batang daun ketumbar, bawang merah, bawang holland, cili padi dan cili besar.
4. Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar supaya mudah dikacau.
5. Satukan bahan sos dan tuangkan ke dalam bekas.
6. Rasa dan sesuaikan mengikut selera anda. Sedia untuk dihidangkan.
Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya kerepek dan kudapan tradisi. Kerepek Bawang, Kuih Siput dan Putu Kacang adalah antara yang masih menjadi pujaan penggemarnya tidak kira tua atau muda. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat resipinya.
1. KEREPEK BAWANG
BAHAN DOH BAWANG:
500gm tepung gandum
100gm bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
3 sudu makan pes cili kering
125ml air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DOH MARJERIN:
500gm tepung gandum
180gm marjerin
1/2 sudu teh garam halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bagi menghasilkan doh bawang, kisar bawang merah, bawang putih dan serai bersama air sehingga halus. Tapiskan. Jangan buang air kisaran bawang.
Satukan tepung gandum, bawang yang ditapis, udang kering dan juga garam. Gaul rata.
Masukkan air kisaran bawang tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.
Tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
Bagi menyediakan doh marjerin, gaul tepung bersama marjerin dan garam. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh seakan doh bawang tadi.
ahagikan doh bawang dan doh marjerin menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan canai hingga nipis.
Tindih doh bawang dan doh marjerin. Gulung dengan kemas.
Hiris gulungan doh dengan nipis menggunakan pisau tajam dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
Angkat dan toskan minyak. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Semasa menguli, masukkan air sedikit demi sedikit bagi memastikan doh tidak terlalu lembik.
2. KUIH GUNTING
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
5 ulas bawang merah | dihiris dan digoreng garing
2 ulas bawang putih | dihiris dan digoreng garing
1 sudu makan jintan manis | dikisar halus
2 sudu makan serbuk kari
50gm udang kering | direndam dan ditumbuk halus
250ml air
125ml minyak masak | dipanaskan
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumbuk bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng garing hingga hancur. Ketepikan seketika.
Satukan tepung gandum, udang kering, jintan manis dan serbuk kari ke dalam mangkuk.
Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
Seterusnya, tuang minyak masak panas dengan berhati-hati. Gaul rata.
Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi sebati serta tidak melekat pada bekas. Biarkan doh seketika.
Canai doh hingga nipis dan potong mengikut saiz yang bersesuaian. Goreng dalam minyak yang panas bersama daun kari sehingga menjadi warna keemasan.
Angkat dan toskan minyak. Simpan di dalam bekas kedap udara.
3. KUIH SIPUT
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
250ml minyak masak
180ml air
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan minyak masak. Gaul hingga rata.
Kemudian masukkan air yang telah dilarutkan dengan garam dan gula. Tuang sedikit demi sedikit.
Uli doh sehingga sebati dan tidak melekat pada bekas. Bahagiakan doh kepada beberapa bahagian kecil dan uli memanjang.
Potong doh yang diuli tadi secara kecil dan bentukkan doh menggunakan acuan siput.
Panaskan minyak dan goreng kuih siput hingga garing. Masukkan daun kari ketika kuih siput hampir masak.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Doh dipotong kecil bagi mendapatkan saiz kuih siput yang sama besar.
4. POPIA SIMPUL
BAHAN POPIA:
Kulit popia bersaiz kecil secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SERUNDING IKAN:
1kg ikan sardin | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
500ml santan
20 tangkai cili kering | dikisar
20 ulas bawang merah | dikisar
10 ulas bawang putih | dikisar
7 batang serai | dikisar
5cm halia | dikisar
Garam dan gula secukup rasa
120ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Asingkan isi ikan dan tumbuk halus. Ketepikan seketika.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
Kemudian masukkan isi ikan dan tambahkan santan sedikit demi sedikit.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Kacau sehingga serunding menjadi kering.
Bagi menyediakan popia simpul, potong kulit popia menjadi tiga bahagian.
Letakkan serunding di tengah-tengah kulit popia. Gulung dan simpul dengan berhati-hati.
Panaskan minyak dengan banyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Info chef: Biarkan popia sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan popia menjadi lemau.