Kadang kita makan nasi di kedai mamak atau restoran nasi kandar, kita rasa ayam dia tu sedap betul kan? Nak tau cara masak lauk ayam macam tu? Nah, RASA berikan resipinya. Boleh buat untuk jamu seisi keluarga.
Ads
AYAM STYLE MAMAK NASI KANDAR
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng ayam
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Bahan Kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
4 tangkai cili hijau
3 tangkai daun kari
1 inci halia
Caranya: Kisar semua bahan sehingga lembut.
Bahan Tumis
1 biji bawang holand (hiris bulat)
Rempah 4 sekawan
3 tangkai daun kari
Ads
Bahan Rempah
2 peket kecil rempah kari daging
6 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
3 sudu besar serbuk kas-kas
Caranya: Satukan Bahan Rempah dengan air dan kacau.
Ads
Cara memasak
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak, tumis Bahan Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan bancuhan Bahan Rempah. Tumis lagi sampai pecah minyak.
4. Tambahkan sos tomato dan sos cili 3
5. Tambah air sedikit dan masukkan ayam. Biar mereneh.
6. Hias dengan daun ketumbar. Siap untuk dihidang.
Selalu chicken chop yang salut tepung, kan? Kali ini, kita tunjuk cara buat yang kulit dia rangup, tanpa perlu salut tepung. Malah tak perlu pakai minyak langsung. Bahan pun sikit sahaja.
Menerusi perkongsian resipi daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, dengan menggunakan bahan yang sikit sahaja, boleh menghasilkan menu chicken chop yang sangat sedap.
Jom kita cuba! Oh ya, resipi ini sesuai untuk dua orang makan.
1. Ini bahagian paha dan pinggul ayam. Saya dah belah bahagian bawah (dalam) dan buang tulang dia. Kalau tak pandai buang, boleh suruh penjual ayam potong. Beritahu je “Bang, potong untuk chicken chop!”
2. Ni saya dah buang tulang di hujung paha tu sekali. Ayam ni kena lap dengam tisu supaya dia kurang basah. Lepas tu, tabur garam dan lada hitam secukup rasa.
3. Panaskan kuali leper guna api sederhana selamat 1 minit. Paling sesuai kalau guna “cast iron skillet”. Kalau tak ada, boleh guna kuali yang stainless steel atau non-stick.
4. Kemudian masukkan ayam. Kulit di bahagian bawah. Api sederhana. Tak payah guna minyak. Nanti lemak ayam akan cair dan jadi minyak. Proses ini dinamakan “fat rendering”.
5. Lemak yang cair tu akan turun* ke bawah dan sekeliling ayam. Ia akan kelihatan mengering. Jangan panik. Jangan cuba angkat ayam*. Pada waktu ni, kulit ayam sedang melekat pada kuali.
6. Teruskan masak. Biar sahaja. Proses ini memakan masa 20 minit. Sepanjang ini, guna api perlahan atau sederhana. Jangan risau, ayam tak akan hangus. Jangan risau pasal ayam melekat.
7. Setelah cukup 20 minit, baru periksa sama ada kulit ayam dah lekang dari kuali atau belum. Kalau belum, sambung lagi masak. Ayam akan lekang sendiri bila kulit dia dah cukup rangup.
8. Macam ni. Dia lekang sendiri. Kuis sikit dan angkat je. Mudah sahaja nak tanggalkan dari kuali. Masa ni kulit ayam saya dah rangup. Jadi macam keropok, tapi tak hangus pun walaupun masak selama 20 minit.
9. Terbalikkan, dan masak bahagian bawahnya pula. Ini ambil masa 1-2 minit sahaja. Kalau dah tak merah dagingnya, kira dah masak. Angkat dan rehatkan dalam pinggan.
10. Kerak ayam dalam kuali ni, kita nak buat jadi kuah. Masukkan bawang putih yang disagat dan mentega. Biar mentega cair dan tumis bawang putih dengannya sampai naik aroma.
11. Masukkan air 1-2 senduk, dan cuba kikis kerak ayam ni perlahan-lahan. Ia akan tanggal dengan mudah. Kerak inilah sumber rasa ayam yang padu! Tak payah guna serbuk perasa ayam dah.
12. Kemudian masukkan krim masakan. Gaul rata. Kalau tak ada krim masakan, boleh guna susu sejat atau susu segar. Tambah garam dan gula jika perlu. Ikut citarasa masing-masing.
13. Akhir sekali, masukkan cendawan yang telah dihiris. Gaul sebati. Boleh guna cendawan tin atau cendawan segar. Gunalah cendawan butang, cendawan portabello atau shiitake segar.
14. OK dah boleh hidang! Saya selalu letak kuah di bawah sebab tak nak kulit ayam yang rangup tu jadi lembut sebelum dimakan. Kulit rangup tu mahal. Boleh hidang dengan kentang goreng jika suka.
Ayam goreng kunyit ni kira kesukaan anak anak termasuklah bapak dia sekali senang cepat tapi tetap sedap! Mudah saja membuatnya. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Haja Saleh.
Bahan bahan untuk ayam
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)
Cara memasak:
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Dalam ni haja guna cili padi hijau)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah kisar agak halus bahan di atas,boleh masak sekejap atas api. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi. masak sekejap Dalam 5-8 minit. Siap untuk dimakan. Boleh makan dengan nasi panas-panas renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas BERAPI.
Sebagai anak jati Negeri Sembilan memang tak sah kalau tak makan “masak lomak cili api”.Dalam masakan ini kerap dimasukkan sekali sayuran seperti pegaga,sayur maman,betik muda,pucuk ubi,daun puding hitam.Boleh digulai atau terus jadikan rendang dengan bahan dan cara sama. *harus diingat orang Negeri Sembilan memang sangat ringkas,cukup dengan cili,kunyit dan garam ditumbuk sekali.
GULAI AYAM PEGAGA BAHAN-BAHAN: 1/2 ekor ayam 2 ikat daun pegaga Cili api atau cili padi *ikut tahap kepedasan 1 atau 2 inci kunyit hidup Serbuk kunyit *(saya saja tambah) Lada hitam *kebiasaannya hanya guna lada hitam tapi saya suka tambah biji ketumbar dan jintan manis untuk lebih aroma Biji ketumbar Jintan manis 1 biji kelapa 3 asam keping 3 batang serai diketuk Garam *secukupnya *Boleh juga macam-macam lagi sayuran lain seperti pucuk ubi,daun puding hitam,sayur maman dan sebagainya.
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan dalam kuali/periuk,gaul rata dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan daun pegaga dan masak lagi sehingga kepekatan kuah yang kita nak atau terus jadikan rendang