Masakan tomyam memang menjadi pilihan bila pergi makan di restoran. Tapi boleh ke nak buat rasa tomyam sama macam di kedai?

Boleh buat pes tomyam homemade sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsi Myss Deen ini. Senang bila nak masak, terus guna dan masak.

Menurut Myss Deen, pes tomyam homemade ini sesuai untuk digunakan bagi masakan bergoreng lain seperti bihun, sayurm nasi, ikan dan lain-lain.

 

PES TOMYAM HOMEMADE

Buat Sendiri Pes Tomyam, Senang Buat Stok Masak Di Rumah 

BAHAN-BAHAN (DIKISAR):

½ cawan minyak masak (digunakan untuk menggoreng bergilir-gilir sehingga layu/ nàik bau kemudian ditoskan bahan-bahan bertanda  **) – beli online di sini
**Cili kering (RM3) | dibelah 2 untuk buang biji, cuci dan toskan – beli online di sini
**20 biji cili merah segar – beli online di sini
**6 biji bawang merah besar (guna bawang kecil pun boleh tapi letak banyak) – beli online di sini
**2 biji besar bawang Holland | belah 8 – beli online di sini
** 5 pokok ketumbar | keratan pangkal batang dan akar
** Halia sebesar ibu jari – beli online di sini
**Lengkuas sebesar ibu jari – beli online di sini
**2 labu bawang putih – beli online di sini
** 8 batang serai gemuk | hiris kasar – beli online di sini
15 helai daun limau purut (dikira bercantum) | dibuang urat tengahnya untuk mengelakkan rasa pahit (daun saya lebar-lebar)
1 sudu besar belacan (lebih sikit pun okay) | disangai/bakar – beli online di sini

(KESEMUA bahan di atas dikisar tanpa air, hanya gunakan baki minyak menggoreng tu je)

IKLAN

Buat Sendiri Pes Tomyam, Senang Buat Stok Masak Di Rumah 

TONTON Makaroni Ulam Bakar – Projek Air Tangan Emas Bersama Maggi

TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

BAHAN TAMBAHAN:

1 mangkuk saiz sup ikan bilis kering | dibasuh dan disangai/bakar kemudian dikisar halus – beli online di sini
1 mangkuk saiz sup udang udang kering | dibasuh dan disangai/bakar kemudian dikisar halus – beli online di sini
4-6 sudu besar gula Thai (boleh juga guna gula lain)
1 bekas penuh pes asam jawa – beli online di sini
1 – 1½ cawan sos ikan (perlu terasa lebih masin dari kebiasaan kita masak lauk) – beli online di sini
2 ketul kiub ayam (jika suka) – beli online di sini
2 biji limau nipis (ambil jusnya) – beli online di sini

Buat Sendiri Pes Tomyam, Senang Buat Stok Masak Di Rumah 

IKLAN

CARA MASAK:

1. Kesemua bahan di atas dimasak dalam kuali hingga betul-betul naik minyak dan berbau wangi dan warna berubah gelap. Rajin-rajinlah gaul balikkan dengan api sederhana.
2. Kemudian masukkan pes asam jawa, gula thai, sos ikan, kiub ayam dan jus limau nipis.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

Buat Sendiri Pes Tomyam, Senang Buat Stok Masak Di Rumah 
3. Masakkan lagi sehingga kesemuanya sebati dan sudah betul-betul matang. Kemudian boleh disimpan dan digunakan mengikut cara yang anda suka.

*Ini adalah cara melalui RnD dan pengalaman saya. Diharap ada kebaikan perkongsian ini. Maaf jika tidak bersetuju.

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Buat Sendiri Pes Tomyam, Senang Buat Stok Masak Di Rumah 

Kredit resipi: Myss Deen

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Resipi Red Velvet Oreo Cheesecake Tanpa Perlu Kukus

Resipi Ayam Madu Yang Super Sedap, Tapi Mudah Je Nak Buat 

Resipi Sambal Tempe Rangup Versi Petai Yang Mudah & Cepat

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI