
Hari ni jom cuba menu masakan Thai yang simple tapi sedap, memang kena dengan selera orang Malaysia. Pedas cili padi memang mengujakan, ditambah pula dengan araoma daun selasih. memang sekali makan tak puas. Kena ulang masak, jadi selepas cuba simpan risipi ni ye…
AYAM CILI DAUN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam | potong kecil
- 15 helai daun selasih
- 2 batang serai
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 5 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
- 2cm belacan | jika suka
- 4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Gaul rata dan ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinnggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan ayam dan daun selasih, gaul rata.
- Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis.
- Kecilkan api dan terus kacau hingga rata.
- Tutup api, ayam selasih sedia dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sup Tulang & Sambal Kicap Paling Power

Isi Kandungan
Toggle
Sup tulang ni sedap dimakan dengan nasi atau juga mi. Tak kisah sama ada mi kuning atau mihun. Lagi sedap kalau dimakan lengkap dengan sambal kicap. Resipi ni memang sedap betul. Sup tu rasa segar. Sambal kicap pulak sesedap rasa. Cubalah.
SUP TULANG
BAHAN SUP TULANG
1 kg tulang lembu
1 peket sup bunjut
Minyak masak untuk menumis
Rempah 3 sekawan
5 ulas bawang merah kecil (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
1 Kiub pati lembu
3 biji limau kasturi (perah jusnya)
BAHAN HIASAN
Sedikit daun sup (hiris)
2 biji tomato (belah 4)
Taugeh
Tauhu (dipotong kecil dan digoreng)
CARA MEMBUAT SUP TULANG
1. Dalam periuk, rebus tulang lembu bersama sup bunjut sehingga empuk. Biarkan mendidih.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumis rempah tiga sekawan, bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
3. Siap tumis, masukan tumisan ke dalam periuk berisi tulang lembu tadi.
4. Masukkan kiub pati lembu dan air perahan limau kasturi.
5. Masukkan garam dan biarkan mendidih lagi.
6. Letakkan bahan hiasan selepas dihidang dalam mangkuk.
SAMBAL KICAP
BAHAN SAMBAL KICAP
Cili api (kuantiti terpulang tahap kepedasan yang dimahukan)
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
1/2 bawang besar
Kicap pekat
Kicap manis
Secubit garam
Sedikit gula
2 biji limau kasturi (diperah jusnya)
CARA MEMBUAT
1. Kisar cili api, bawang putih dan halia. Kemudian masukkan dalam kuali.
2. Letakkan kicap pekat, kicap manis, garam, gula dan perahan limau kasturi.
3. Masak semuanya seketika. Matikan api.
Kredit Resipi: SuiSan Aliezsha
Ikan Masin Sambal Petai Yang Ohsem. Makan Pun Bertambah-tambah Dibuatnya.

Ikan masin boleh dipelbagaikan gaya masakan bagi menjadikan rasanya lebih enak.Kepada yang kurang berselera makan tu, kalau terbau masakan ikan masin, pasti dapat membuka selera. Ni satu lagi sambal ikan masin yang boleh dibuat. Jangan terkejut habis nasi seperiuk dengan satu lauk ni je.
BAHAN-BAHAN:
- 100 gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu
- 100gm isi petai
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 3 ulas bawang merah | dikisar kasar
- 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan sos cili
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyajk.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Petai digoreng terlebih dahulu untuk mengurangkan bau dan ia lebih sedap.
Kuih Tradisional Daripada Pulut, Menu No 5 Tu Tapai Sedap Melampau

Isi Kandungan
ToggleBila disebut kuih Melayu Tradisional, tepung dan beras pulut memang di antara bahan ‘popular’ terkandung dalam ramuannya. Pulut menjadikan kuih mengenyangkan dan sesuai disajikan waktu sarapan esok mahupun petang.
Jom kita cuba warisan resipi zaman berzaman. warisan budaya usah dilupa
PULUT INTI MANIS
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
- 50 gm gula merah
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- 300 gm kelapa parut | diambil putih sahaja
Bahan pulut : - 100 gm beras pulut | direndam 3- 4 jam toskan
- 100 ml air
- 50 ml santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
2. Masak hingga gula larut.
3. Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati.
4. Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.
CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN :
1. Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
2. Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap. Angkat dan ketepikan.
3. Ambil sedikit beras pulu yang sudah masak tadi, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap.
4. Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas
5. Sedia dihidang
Saiz hidangan : 2-3 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
2 .TEPUNG GOMAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan salutan :
- 500 gm kacang hijau
Bahan inti : - Air secukupnya
- 200 gm gula Melaka
- 1/2 cawan gula pasir
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1 biji kelapa parut
Bahan Kuih: - 500 gm tepung pulut
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak bahan salutan:
1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau, angkat dan sejukkan
3. Kisar kacang hijau hingga halus seperti tepuk. Ayakkan dan ketepikan.
Cara masak inti :
1. Masak gula Melaka, gula pasir, garam dan daun pandan.
2. Biarkan gula larut, angkat dan tapiskan
3. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam air gula.
4. Kacau hingga inti masak dan sebati.
5. Angkat dan sejukkan dahulu.
6. Bulat-bulatkan dan ketepikan
Cara memasak :
1. Bancuh tepung pulut dengan garam dan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan kental.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan.
3. Masukkan inti dan leperkan dengan kemas.
4. Masak air, selepas mendidih masukkan kuih. Masak hingga kuih timbul dan angkat.
5. Gaul atau golekkan dengan bahan salutan, siap dihidangkan
Saiz hidangan : 30- 40 orang makan
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kenyal dan kaya rasa kacang hijau
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis boleh juga menggunakan inti kacang hijau yang dicampur kelapa parut dan gula Melaka. Cuma inti kelapa manis gula Melaka memberi variasi rasa.
3.KUIH BOM
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 cawan air
- Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
- 1 biji kelapa parut/ putih sahaja
- 1 cawan gula merah atau gula Melaka
- 2 sudu makan gula pasir
- 2 helai daun pandan /disimpul
- Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3. Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6 .Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
4.TAPAI PULUT
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg beras pulut | basuh bersih dan rendam selama tiga jam
- 1/2 biji ragi
- Daun pisang atau daun getah untuk membungkus
CARA MEMASAK :
1. Tanak pulut hingga masak. Sukat pulut menggunakan 5 cawan air panas untuk 5 cawan pulut. Boleh gunakan periuk elektrik
2. Selepas pulut masak letakkan dalam dulang dan sejukkan.
3. Ayakkkan ragi di seluruh permukaan pulut, terbalikkan dan ayak lagi di atas bahagian sebelah.
4. Bungkus pulut dengan daun getah atau daun pisang dan peram selama dua hari dalam periuk besar bertutup yang sudah dialas dan ditutup dengan daun pisang.
5. Sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Tanak dan peram
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Peram selama 48 jam untuk dapatkan hasil tapai yang cukup rasa manis dan masaknya.
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Jangan masukkan tapai yang belum cukup tempoh peraman ke dalam peti air kerana ia akan membantutkan proses menapainya. Sedap dimakan sejuk.