Puding awan nano ilham Mr Ali tak dinafikan sangat cantik. Kalau dah buat memang terasa sayang nak makan. Tapi puding ini perlu dinikmati kerana ia bukan sekadar cantik, malah sedap kerana diperbuat dari air kelapa dan bunga telang yang penuh khasiat. Segar dan menyejukkan bila lalu ditekak.