Anda suka makan Puding Sagu Gula Melaka? Bagi yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan tak guna banyak bahan, perkongsian dari Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Masa memasaknya pun tidak lama. Pasti puas hati. Cubalah. Sesuai disediakan untuk sebarang majlis keraian dan juga boelh dinikmati pada bila-bila. Nak lagi sedap? Makan sejuk-sejuk. Memang nikmat tak terhingga.
CARA MASAK PUDING SAGU GULA MELAKA YANG SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
Kek Gula Hangus atau juga dikenali sebagai Kek Sarang Semut adalah antara kek lama yang sentiasa diburu oleh penggemarnya. Memang tak lekang dek zaman. Dari budak kecil hinggalah ke orang dewasa, memang sukakan kek ni. Bagi anda yang berminat nak buat, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noor Azlina Khalil ni. Comfirm jadi! Geram tengok sarangnya!
KEK SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
2 cawan gula halus | dicairkan
2 cawan air panas | dimasukkan ke dalam gula yang telah cair untuk dijadikan gula hangus
7 biji telur
250gm mentega | dicairkan
1 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung kek
2 sudu makan soda bikarbonat
2 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Pukul telur secara lembut sahaja dan tak perlu sampai berbuih.
Masukkan esen vanilla, susu pekat manis, mentega cair dan tepung kek. Gaul hingga adunan sebati.
Kemudian masukkan gula hangus. Sebatikan.
Tapis adunan dan perap selama 1-4 jam. Boleh juga perap semalaman.
Lapik loyang dengan parchment paper.
Panaskan ketuhar selama 10 minit pada suhu 160C kemudian baru dimasukkan loyang kek. Bakar pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga kek masak.
Semasa membakar, guna api bahagian bawah terlebih dahulu selama 30 minit dan api bahagian atas untuk 15 minit terakhir.
Rupa yang menarik dan cara masak yang tak merumitkan menjadikan apam cornetto ini viral. Sedikit kreativiti boleh mebuatkan kamu menjana pendapatan, selain hobi memasak. Apakata kamu cuba pulak resipi Apam Cornetto ni. Selamat mencuba!
APAM CORNETTO
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur gred A*
1 sudu ovelete*
1 cawan gula halus (saya guna cwn matrik)*
Sedikit Essen vanila*
3 cawan tepung gandum (diayak)
3/4 cawan aiskrim soda.
Pewarna ikut suka
Coklat masakan (apa2 brand pun xpela)
CARA-CARA:
Putar bahan² yang bertanda * sehingga gebu dan likat (speed max lebih kurang 7,8 minit)
Masukkan tepung gandum berselang seli dengan aiskrim soda.
Kemudian bahagikan 3 bahagian dan letak warna kegemaran anda.
Masukkan ke dalam piping bag & paipkan ke dalam acuan kon. Paipkan warna satu persatu. Lebih kurang 3/4 kon sahaja sebab nanti lepas masak apam akan naik.
Kemudian kukus dgn api sederhana selama 15 minit hingga 20minit (pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu).
Sementara itu panaskan coklat masak guna kaedah double boil. Kemudian curahkan coklat masakan diatas apam yang telah masak dan taburkan gula warna/kekacang.
Apam Puteri Ayu Coklat perkongsian Opah Mas Cotek ni memang meukau selera. Nampak gebu dan sedap. Bagi anda yang menggemari keju, pun boleh mengolahnya menjadi Apam Puteri Ayu Coklat Cheese. Bagi yang kurang gemar keju, bolehlah masak apam coklat sahaja. Lengkap resipi dan panduan pembuatannya. Bolehlah cuba untuk sajian minum petang.
CARA MASAK APAM PUTERI AYU COKLAT CHEESE
BAHAN A ( Satukan semua bahan & ayak. Ketepikan.):
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN B ( satukan semua bahan & masak guna api perlahan hingga gula larut.)
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
BAHAN C ( kisar @ pukul):
4 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B. Selang selikan dengan Bahan C. 2. Sebatikan campuran tadi. Ketepikan. 3. Ambil acuan puteri ayu dan oles sedikit minyak. Tuang adunan coklat 3/4 acuan. 4. Kukus selama 5-10 minit atau hingga apam masak. 5. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.
Jika nak buat Apam Puteri Ayu Coklat Cheese, ini adalah bahan-bahannya untuk adunan keju.
BAHAN ADUNAN CHEESE:
250gm cream cheese / krim keju
80gm gula kastor
25ml susu cair (gantikan dengan air pun boleh)
40gm tepung gandum
1 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan adunan keju dan pukul hingga sebati. 2. Masukkan ke dalam piping bag supaya mudah dimasukkan ke dalam acuan. 3. Ambil acuan kuih dan sapu sedikit minyak. 4. Panaskan air dalam periuk kukusan hingga mendidih. 5. Paipkan adunan chese ke dalam acuan (agak-agak nak tebal mana lapisan keju nya). Kukus selama 3 minit. 6. Angkat kemudian tuang adunan coklat hingga 3/4 paras acuan. Kukus lagi selama 5 -10 minit. 7. Angkat dan sejukkan apam. Sedia untuk dihidangkan.
NOTA:
Adunan ini akan menghasilkan 50 biji Apam Puteri Ayu Coklat Cheese
Resipi puding karamel pandan ini diolah tanpa telur namun tetap sedap rasanya. Teksturnya yang lembut bergedik, puding ini sangatlah enak bila makan sejuk-sejuk.Memang terasa...