Sedapnya Puding Lumut Santan ni. Resipi orang dulu-dulu tidak dapat disangkal lagi keenakannya. Bahan mudah tapi rasanya memang terbaik.
Bagi anda yang menggemari Puding Lumut Santan, resipi perkongsian saudari Zura Zul ni harus dicuba. Sangat mudah dan dijamin menjadi. Kalau makan sejuk-sejuk, lagi nikmat. Jom lihat cara-cara pembuatannya.
CARA MASAK PUDING LUMUT SANTAN SIMPLE
BAHAN A (LAPISAN PUTIH):
10gm agar-agar tali – beli online disini
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan santan sederhana pekat
3 helai daun pandan – simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
2.Kemudian masukkan gula. Kacau rata hingga larut.
3.Tuang santan, daun pandan dan juga secubit garam. Kacau lagi hingga sebati dan biarkan masak seketika.
4. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8. Biarkan sederhana beku.
BAHAN B (LAPISAN HIJAU):
10gm agar-agar tali
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan santan sederhana pekat
1 cawan jus pandan (kisar 6 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Tapiskan)
1 biji telur (pukul dulu)
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau – beli online disini
Sedikit esen vanilla – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gula. Kacau rata.
2. Masukkan santan, jus pandan, telur, garam, esen vanilla dan pewarna hijau. Kacau sampai sebati.
3. Bila adunan mendidih membuak, perlahankan api. Biar ia masak jadi ketulan lumut.
4. Tutup api. Kacau lagi untuk pecahkan ketulan lumut tadi supaya jadi halus.
5. Tuang adunan perlahan-lahan atas lapisan puding yang putih tadi. Biarkan beku & boleh letak dalam peti sejuk.
6. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Guna agar-agar tali yang 20gm. Potong@gunting dua. Petua untuk agar-agar cepat larut bila dimasak adalah rendam dulu dalam air selama 30 minit hingga 1 jam sebelum dimasak.
Puding roti sandwic memang biasa, tapi kalau buat puding guna roti croissant nampak lain sikit kan? Jika ada tetamu istimewa nak datang ke rumah, sesuai sangatlah buat manisan ni. Ada pula penambahan aneka buah beri. Memang nampak mewah. Padahal kosnya murah je. Boleh guna aneka buah beri sejuk beku yang ada dijual di pasaraya.
Walaupun terdapat pelbagai resipi kek moden dikongsi, namun kek tradisi serta lama tetap punya peminatnya yang tersendiri. Kali ini, RASA bawakan aneka kek tradisi yang pastinya menarik, enak bahkan mudah disediakan. Pasti Aidlfitri anda kali ini berbeza dengan yang sebelumnya. Selamat mencuba. Ini baru betul-betul raya!
1. KEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
370gm marjerin
380gm gula halus
500gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
8 biji telur
Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
2 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga adunan menjadi putih.
Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata.
Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu denganpewarna merah, hijau dan kuning.
Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.
Bakar adunan dalam ketuhar pada suhu 160C selama 45 minit.
Info chef: Minyakkan acuan dan tabur sedikit tepung agar kek tidak melekat dan senang dikeluarkan dari acuan.
2. KEK UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
280gm cawan marjerin
285gm cawan gula halus
5 biji telur
185gm cawan tepung gandum
1 sudu makan serbuk penaik
3 cawan parutan ubi kayu | diperah airnya
130gm susu pekat
1/2 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti parutan ubi kayu. Gaul rata.
Masukkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu pekat. Kaup balikkan.
Akhir sekali, masukkan esen vanilla diikuti pewarn akuning. Kacau hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan kek. Ratakan.
Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit atau sehingga kek masak.
Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Info chef: Selain marjerin, boleh juga menggunakan mentega.
3. KEK BAHULU
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
285gm gula halus
5 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
90gm minyak masak
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna merah dan kuning
CARA MEMASAK:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, minyak masak dan esen vanila. Kaup balikkan hinga semua bahan sebati.
Asingkan adunan kepada dua bahagian dan warnakan dengan pewarna pilihan.
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli.
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 160C.
Info chef: Guna minyak masak yang baik dan berkualiti untuk mendapatkan hasil kek yang sempurna.
4. KEK BUAH KERING
BAHAN-BAHAN:
250gm tepun gandum | diayak
190gm gula perang
185gm mentega
180gm campuran buah-buahan kering | digaul dengan sedikit tepung gandum
40gm kulit limau campuran
60gm ceri | dipotong kecil
5 biji telur | asingkan kuning dan putih
1 sudu makan golden syrup
CARA MEMASAK:
Ayak tepung dan campurkan dengan buah-buahan kering, kulit limau dan ceri. Ketepikan.
Pukul putih telur hingga kembang seperti meringue. Ketepikan.
Putar gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil memutar adunan.
Masukkan tepung berisi buah-buahan kering dan meringue secara berselang seli. Kaup balikkan hingga rata.
Tambahkan golden syrupdan kaup balikkan lagi hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 160C.
Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Kek ini lebih enak dinikmati selepas satu hari.
5. KEK MARBLE KUKUS
BAHAN-BAHAN:
150gm gula halus
185gm tepung gandum
4 biji telur
3/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu makan ovalette | jika suka
1/4 sudu teh garam
7 sudu makan susu sejat
1 sudu teh esen vanilla
60gm minyak jagung
3 pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk kukusan, griskan loyang dan alas menggunakan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul gula dan telur. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, ovalette, garam, susu sejat dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.
Masukkan minyak dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
Tuang adunan berwarna secara berselang seli ke dalam loyang. Tutp permukaan loyang menggunakan aluminium foil.
Kukus kek selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
Info chef: Minyak jagung boleh digantikan dengan marjerin yang dicairkan.
6. KEK LAPIS PRUN
BAHAN-BAHAN:
310gm tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung
230gm mentega
190gm gula halus
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
260gm susu pekat manis
80gm buah prun | dicincang kasar
Pewarna merah dan hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
Putar gula dan mentega sehingga kembang.
Masukkan susu pekat manis dan telur sambil memutar adunan.
Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kaup balikkan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau manakala satu bahagian lagi diwarnakan merah dan dimasukkan buah prun.
Masukkan sedikit adunan merah ke dalam acuan berukuran 20cm. Kukus selama 20 minit.
Kemudian masukkan sedikit adunan hijau dan kukus lagi selama lima minit. Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
Akhir sekali, kukus keseluruhan kek selama satu jam. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Guna senduk yang sama ketika menceduk adunan merah dan hijau jika ingin mendapatkan ketebalan lapisan kek yang sama.
7. KEK SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung gandum | diayak
190gm gula pasir
90gm mentega | dicairkan
180ml air suam
1/2 bungkus yis segera
5 biji telur
3 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
Gaul tepung bersama yis dan air suam. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit atau sehingga mengembang.
Pukul gula, telur, telur kuning dan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 35 minit atau sehingga masak.
Info chef: Pastikan adunan tepung dan yis benar-benar kembang sebelum dimasukkan bahan-bahan lain.
8. KEK BATIK
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
230gm mentega
260gm susu pekat
380gm gula
375 tepung gandum
85gm serbuk koko
310gm milo
Biskut jejari secukupnya | anggaran 100-150gm
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali biskut jejari ke dalam periuk. Gaul sebati.
Panaskan bahan-bahan tadi di atas api sehingga masak dan nampak cair.
Padamkan api dan masukkan biskut jejari ke dalam adunan. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk. Simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama dan mudah untuk dipotong.
Potong kecil dan hidangkan buat tetamu.
Info chef: Selain biskut jejari, boleh juga menggunakan biskut marie atau biskut keju yang dipatah-patahkan menjadi kepingan kecil.
9. KEK SPAN
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung gandum
130gm susu pekat
90gm marjerin
5 biji telur
190gm gula pasir
250ml air
1 sudu teh soda bikarbonat | diayak bersama tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Bagi menghasilkan gula hangus, goreng gula pasir di dalam kuali. Apabila gula cair dan berwarna agak kecoklatan, tuang air. Masak sehingga pekat. Ketepikan.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan marjerin , susu pekat dan esen vanilla. Pukul sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan gula hangus sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul seklai lagi hingga semua sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.
10. KEK PERMAISURI
BAHAN-BAHAN:
230gm marjerin
190gm gula halus
1/4 sudu teh garam halus
4 biji telur
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu makan susu tepung
1 sudu teh esen ros
Sedikit kismis | hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sekata.
Kemudian masukkan esen ros, susu tepung dan garam. Tambahkan tepung gandum dan kaup balikkan dengan menggunakan senduk kayu.
Susun acuan kertas di atas dulang pembakar, masukkan adunan dan letakkan kismis di bahagian atas kek.
Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
Info chef: Selain dimasukkan ke dalam cawan kertas, boleh juga dibakar di dalam loyang biasa.
Bingka labu ini ada peminat tersendiri. Terasa lemak-lemak madu. Bingka ada bermacam jenis bingka. Ada yang memang suka bingka labu ni tapi nak buat sendiri tak berani. Takut tak menjadi.
Jangan risau, Guna saja resipi yang dikongsikan oleh puan Eniza M. Salim ini. Kuih bingka masak dengan cantik dan permukaan garing dengan elok guna resepi di atas. Selamat mencuba.
Kisar semua bahan di atas, kecuali bijan.Tuang ke dalam acuan Loyang (guna loyang 6′ yang telah disapu majerin). Taburkan bijan.
Kemudian bakar di dalam Air Fryer menggunakan suhu 160 selama 25 minit. Pada 5 minit akhir, tambah suhu 180 untuk dapatkan kesan garing di bahagian atas. Tapi bergantung pada AF masing-masing juga ye.
Jika dicucuk dengan lidi belum masak. Tambahkan lagi masa bakar dan rendahkan suhu.