Usai menjamu selera puding manis lemak berkrim pastinya melengkapkan sajian makan tengahari atau makan malam anda.
Enak dimakan sejuk dari peti ais, dua puding hasil idea tenaga pengajar dari KDU University College , Chef Fame Taufiq Fakarudin memang istimewa. Lembut dan cair di mulut…aahhh nyaman di tekak. Selamat mencuba.
PUDING SANTAN DAN MOUSSE SANTAN
BAHAN-BAHAN ;
300 gm susu segar @ penuh krim
200gm krim cair
3gm garam @ secukup rasa
Ads
100gm gula kastor
15gm serbuk gelatin
30gm air
50gm daun pandan | dikisar bersama susu
Bahan mousse santan :
120gm santan pekat
300gm coklat putih
15gm serbuk gelatin
35gm air
400gm krim putar manis
3gm gula
CARA MEMASAK :
Puding Pandan:
1. Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
2. Kisar daun pandan bersama susu, tapis dan buang serat pandan
3. Campurkan krim, susu, garam dan gula ke dalam periuk
4. Panaskan kesemua bahan tersebut diatas api yang sederhana dan masak sehingga suam
5. Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
6. Tuangkan adunan pandan ke dalam loyang atau gelas dan simpan di dalam peti sejuk sehingga kental
7. Potong puding mengikut kehendak hidangan
Mousse Santan:
1. Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
2. Cairkan coklat putih di atas air panas yang mendidih
3. Panaskan santan dan garam bahan tersebut di atas api yang sederhana sehingga suam
4. Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
5. Campurkan coklat puti yang cari kedalam adunan tadi
6. Pukul krim putar sehingga kembang
7. Masukkan krim putar tadi kedalam adunan santan, gaulkan sehingga sebati
8. Masukkan kedalam beg piping bersama star nozzle
9. Paipkan mousse santan ke atas puding pandan
SAIZ HIDANGAN : 6- 8 orang
INFO CHEF :
1. Hiaskan bersama kepingan isi kelapa yang dihiris nipis, daun pandan dan juga sedap bersama kepingan coklat
2. Garam akan menaikkan rasa lemak di dalam setiap hidangan yang mengandungi santan, susu dan krim
Ads
PUDING STRAWBERI & KOPI ITALI
BAHAN-BAHAN :
200gm susu segar @ susu penuh krim
500gm krim cair
4gm garam @ secukup rasa
Ads
120gm gula kastor
20gm serbuk gelatin
60gm air
10gm pes strawberi
10gm pes kopi
CARA MEMASAK :
1. Taburkan serbuk gelatin ke dalam air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
2. Campurkan krim, susu, garam dan gula ke dalam periuk
3. Panaskan kesemua bahan tersebut diatas api yang sederhana dan masak sehingga suam
4. Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
5. Bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian dan masukkan pes starwberi kedalam satu bahagian dan pes kopi ke dalam bahgian yang lain
6. Tuangkan adunan strawberi ke dalam gelas yang disengetkan di dalam peti sejuk
7. Sejukkan sehingga kental dan tuang adunan kopi kedalam gelas yang sama dan sejukan sehinggan kental
8. Boleh dihindangkan bersama krim putar yang diletakkan hirisan strawberi, daun pegaga dan coklat ‘shaving’
INFO CHEF :Untuk memberi keenakan yang unik, puding ini boleh dihidangkan bersama sos strawberi
Resipi : Chef Fame Taufiq Fakarudin
Terima kasih : KDU University College, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Di hujung minggu sebegini, memang sesuai sangat kalau cuba masak menu yang luar dari kebiasaan. Bagi anda yang gemarkan sajian dari Timur Tengah, set Nasi Mandy Ayam mudah ni pastinya perlu dicuba. Ringkas dan kena dengan citarasa Melayu. Selamat mencuba!
NASI MANDY AYAM
BAHAN AYAM:
1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa – boleh beli di kedai makanan sunah @ gantikan dengan rempah kurma
2 biji bawang besar-hiris bulat
Sedikit pewarna kuning/saffron
Aluminium foil.
CARA MEMASAK:
Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
BAHAN NASI:
4 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan
3 sudu besar minyak sapi)
4 ½ cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar – hiris halus
3 ulas bawang putih – hiris halus
2.5cm halia – hiris halus
1/3 cawan kismis
Rempah tumis 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.
BAHAN SOS:
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau – hiris
1 tangkai batang ketumbar – halus
Garam, gula
Jus perahan lemon secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan dalam pengisar.
Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
INFO CHEF: Semasa bakar ayam, ia akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air tersebut. Campurkan air dengan saffron atau pewarna kuning.
Tepung Bungkus adalah salah satu kuih tradisional yang jadi kegemaran ramai tak kira tua atau muda. Ramai yang beranggapan, kuih ni susah nak dihasilkan. Mudah je sebenarnya. Boleh cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Pasti anda kagum dengan hasilnya.
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat inti, masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut. Kemudian tapiskan. 2. Masukkan kelapa parut. Masak hingga hampir kering. Kemudian masukkan bancuhan tepung gandum. 3. Dengan api perlahan, kacau rata sehingga intinya lembab-lembap sedikit. Angkat dan sejukkan. 4. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut, jadikan doh. 5. Ambil sedikit doh kemudian masukkan inti secukupnya. Bentukkan lonjong atau bulat-bulatkan doh inti. Buat sehingga habis. Ketepikan. 6. Dalam bekas berasingan, satukan tepung beras, santan dan garam. Sebatikan. Kemudian masak hingga pekat dan meruap. Padamkan api. 7. Sediakan daun pisang, ambil 1-2 sudu makan adunan tepung beras dan ratakan. Kemudian masukkan doh berisi inti tadi.
8. Bungkus dan kemaskan. Lakukan hingga habis adunan.
9. Kukus Tepung Bungkus selama 15 – 20 minit.
10. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Sukatan ini akan dapat dalam 30 biji kuih Tepung Bungkus.
Hujung minggu ni sedap makan tart depan tv ni, Ditemani anak-anak dan suami mau sebalang habis. Apa taknya sudahlah sedap, rapuh dan sedap aje cair di mulut.
Ni min kongsikan langkah membuat kulit @cangkerang tart langkah demi langkah seperti yang dikongsikan oleh Eny Abdullah dari laman webnya www.enyabdullah.com
Ini pula untuk versi kulit pastri untuk tart. Resepi nya lain sikit dan ada campuran gula didalamnya. Sesuai untuk buat mini tart seperti tart cheese, tart telur atau tart buah.
KULIT TART
Bahan-bahan kulit tart :
170gm marjerin atau butter | mestilah lembut sedikit sebab resepi ni perlu mengunakan mixer
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
CARA MEMBUATNYA:
Pukul marjerin/mentega dan gula sehingga sebati. Sebati je, bukan sampai kembang putih macam nak buat kek . Lepas tu masukkan telur dan esen vanila. kacau rata
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan hujung senduk kayu sehingga adunan nampak berketul dan boleh dibentuk
Kemudian guna tangan dan bentukkan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat. Cucuk dengan garfu dasarnya sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
Kulit @ cengkerang tart dah ada jom buat tartnya.
1. NUTELLA CHEESETART
BAHAN-BAHAN:
KRIM CHEESE:
1kg Cream Cheese
1/3 tin susu pekat manis
1 cawan whipped cream
Sedikit esen vanilla
Topping :
Nutella
CARA MEMBUAT: 1 .Pukul mentega dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula atau masukkan dalam mixer (Jangan putar lama sangat). 2. Masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Uli hingga menjadi doh yang lembut. 4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. 5. Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak. 6. Keluarkan cream cheese 20 -30 minit sebelum digunakan. 7. Putar cream cheese dan susu serta whipped cream hingga kental dan masukkan dalam piping bag. 8. Paipkan Nutella dalam cengkerang tart, kemudian picitkan cream cheese dan hias atasnya dengan nutella. 9. Bakar suhu 170C selama 18 minit. 10. Tart sedia dihidangkan, atau simpan dalam bekas kedap udara jika belum sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda sebenarnya boleh sediakan cengkerang tart lebih awal dan simpannya dalam bekas kedap udara. ……… Saiz hidangan: 8 orang. Waktu memasak: 30 minit. Jenis masakan : Pastri Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Enak kaya dengan rasa oreonya.
Resipi tart : DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM . FB / IG:fadzilmdsalleh.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.