
Kuih putu kacang hijau atau biasa dikenali sebagai kuih koya memang teramat legend. Kuih warisan tradisi zaman berzaman ni bahan-bahannya paling ekonomi dan jimat hanya dua aje bahan ramuannya. Di kalangan anak muda mungkin kurang mengenali kuih tradisional ini.

Menurut catatan saranur74.blogspot.com resipi kuih ni paling ringkas bahannya iaitu berasaskan kacang hijau dan gula . Tapi yang renyahnya cara nak menyediakannya. Kalau nak mudah boleh aje beli kacang hijau yang telah dibuang kulitnya. Cuma perlu rendam, tos dan kemudian disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak keperangan.
Lepas tu tumbuk hingga hancur dan diayak/tapis menjadi seperti tepung barulah digaul bersama gula halus. Tekan dalam acuan kayu dan akhir sekali jemur kuih tu bawah panas matahari..Jangan lupa tutup dengan kain kasa putih di atasnya.

Nanti kuih ni lembut dan peroi kejadiannya cair dimulut. Kalau makan ni jangan bercakap dekat dengan orang nanti abuknya ‘terbang’ pulak. Jom cuba buatnya…ni resipinya.
KUIH PUTU KACANG HIJAU @ KUIH KOYA

BAHAN-BAHAN :.
- 1 kg kacang hijau
- 1/2 kg gula mesin halus
CARA MEMASAK :
1. Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
2. Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung atau kisar . Kalau tiada lesung guna kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya dan ikut cara kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
3. Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit
4. Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung.
5.Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi mengisar kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
6.Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati
7. Ambil segenggam segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu.

8. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.

9. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit di bawah panas matahari mengeringkannya sambil ditutup dengan kain kasa atau selendang jarang untuk menghalang habuk.
10. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih.
Nota : Anda boleh juga bakar dalam oven selama 10 min dengan suhu 100-120 darjah celcius. Jika tak mahu jemur
Sumber : FB :Pen Hitam Dot Com
.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedap Terangkat! Resipi Ikan Bawal Sambal Hijau Memang Membangkit Selera Betul.

Masak cara paling cepat dengan bahan yang mudah didapati. Peminat ikan bawal goreng dan suka makan pedas boleh cuba resipi ni. Sangat sesuai untuk hidangan malam mahupun tengahari. Selamat mencuba!
RESIPI IKAN BAWAL SAMBAL HIJAU

Bahan-Bahan:
- 2 ekor ikan bawal
- 2 ulas bawang putih – ditumbuk
- 3 biji bawang merah – ditumbuk
- 1 biji cili merah – kisar
- 7 biji cili hijau – kisar
- 1 sudu teh gula
- garam secukup rasa
Cara Memasak:


- Lumur ikan gn kunyit. gorengkan ikan hingga rangup dan berwarna kuning keemasan.
angkat dan ketepikan. - Tumis bawang sehingga kekuningan.
- Masukkan kesemua cili, masak sampai terbit minyak.
- Masukkan garam dan gula secukupnya, tuang atas ikan.
Kongsi resipi: DaporMummyJah
https://www.facebook.com/malaysiaviralstory/videos/872298096290591/
https://www.facebook.com/malaysiaviralstory/videos/872298096290591/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pilihan Kuih Muih Minum Petang Yang Sedap & Mudah Buat.

Ingin kelainan untuk hidangan minum petang, korang boleh cuba tiga menu kuih yang dikongsikan ini, nampak menarik dan mudah disediakan. Kalau mak-mak buat mesti anak-anak suka sebab sedap dan boleh juga djadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah selain sesuai sebagai hidangan munum petang.

APAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN 1:
- 180gm gula pasir
- 100ml air pandan | jus pandan + sedikit pes pandan
- 1/4 sudu the garam halus
- Campurkan semua bahan, didihkan hingga gula larut. Sejukkan.
BAHAN 2:
- 250gm tepung gandum
- 125gm tepung ubi | ayak
- 250ml santan pekat
- 1 sudu teh yis segera
BAHAN TABURAN:
- Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan dikukus dengan daun pandan.
CARA MEMASAK:
- Siapkan loyang saiz 20 X20, oleh dengan minyak, alas dengan plastic dan olehkan semula dengan minyak.
- Campurkan semua bahan 2, adun menggunakan whisk.
- Tuangkan air pandan, adun rata dan tidak bergentel.
- Tuang dalam loyang yang telah dipasang dengan pemyekatnya sekali..
- Biarkan lebih kurang satu jam.
- Panaskan pengukus, bila pengukus sudah panas, kukus selama 35 minit dengan api sederhana.
- Angkat dan sejukkan, keluarkan dari loyang, potong-potong dan taburkan dengan kelapa parut yang telah diperasakan dengan sedikit garam dan telah dikukus.
Resipi & pic : @dhora_kusumadewi

APAM BALIK MINI BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 140ml susu cair suam
- 30gr gula pasir
- 1/2sudu teh serbuk yis segera
- 1 biji telur | saiz A
- 125gm tepung serbaguna
- Secubit garam
- 30gm mentega yang telah dicairkan
BAHAN INTI:
- Keju parut
- Susu kental manis
CARA MEMASAK:
- Masukkan susu suam, yis segera dan gula pasir dalam mangkuk, adun rata, biarkan selama 15 minit. Kemudian tambahkan telur, kacau rata dan ke tepikan.
- Dalam mangkuk adunan masukkan tepung gandum, haram dan susu cair, kacau rataa, tambahkan mentega yang telah dicair. Adun rata.
- Tutup adunan dengan plastic wrap, biarkan selama 15-20 minit.
- Panaskan kuali dengan api sederhana.
- Menggunakan senduk bulat sebagai acuan tuangkan adunan dalam kuali.
- Biarkan hingga ia masak dan bersarang.
- Letakkan toping, lipat dua dan angkat.
- Sedia dihidangkan.
By @miaharmoniati.putri –

CHOUX CRAQUELIN
BAHAN-BAHAN:
TOPPING:
- 35gm guka pasir |kisar
- 30gm mentega
- 30gm tepung gandum protein sederhana
- ½ sudu teh serbuk coklat
BAHAN CHOUX:
- 60gm mentega
- 1/4 sudu teh garam halus
- 120ml air
- 70gm tepung protein sederhana
- 2 biji telur
BAHAN INTI VANILA:
- 35gm tepung jagung
- 1biji kuning telur
- 350ml susu cair
- 1 sudu teh esen vanilla
- 55gm gula pasir
- 1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat topping, masukkan serbuk coklat, mentega dan gula pasir.
- Gaul rata, masukkan pula tepung gandum dan gaul lagi.
- Balutkan doh dengan plastik warap. Kemudian canainya menjadi lebar dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Untuk adunan kulitnya/chouxny. Panaskan air bersama mentega dan sedikit garam. Masak hingga mendidih.
- Tutup api dan masukkan tepung gandum, gaul rata.
- Pasang semula api dapur, masak lebih kurang 2-3 minit atau hingga timbul gelembung-gelembung putih di bahagian bawah periuk.
- Tutup semula api dan pindang adunan ke dalam mangkuk adunan, sejukkan.
- Sementara itu, pecahkan telur kacau rata dan tuang ke dalam adunan tadu, adun rata menggunakan spataula kayu. Hingga sebati dan berkilat.
- Masukkan dalam piping beg yang telah diper nozel bulat. Untuk resipi ini ia menggunakan nozel bulat saiz 2A.
- Paipkan dalam loyang yang telah dilenser dengan marjerin.
- Letakkan topping di atasnya, kemudian bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan. Dengan suhu 200 C selama 20 minit dan 180 C selama 10 minit.
- Angkat dan sejukkan.
- Akhir sekali isikan inti Vanila dari bahagian bawah.
- Untuk menyediakan filling vanilla, campurkan semua bahan kecuali mentega. Masak hingga meletop-letop dan pekat.
- Masukkan mentega, kacau hingga ianya cair. Tutup api dan masukkan dalam piping bag dan paipkan ke dalam Choqx Craquelin.
Pix &Resipi :@dhora_kusumadewi
INGIN MENCARI MIXER DAN MESIN MEMPROSES MAKANAN, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA VIDEO MASAKAN INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aneka Pencuci Mulut/Manisan Berasaskan Durian..Penggemar Durian Wajib Cuba!

Selain boleh dimakan begitu sahaja, durian juga boleh menghasilkan pelbagai hidangan pencuci mulut/manisan yang pastinya enak! Jom kita cuba resipi-resipi ni..Boleh dihidangkan ketika minum petang bersama keluarga dan kawan-kawan..Selamat mencuba!
MUFFIN DURIAN

BAHAN-BAHAN
- 1 cawan isi durian
- 1 cawan susu segar
- 1 cawan mentega (cair dan sejukkan sebentar)
- 3 butir telur
- 1 cawan gula halus
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
CARA PENYEDIAAN
- Ayakkan tepung bersama soda dan baking powder sebanyak 3 kali.
- Pukul telur dan gula sehingga kembang.
- Dalam mangkuk yang lain satukan mentega cair, isi durian dan susu.
- Campurkan tepung berselang seli dengan bancuhan isi durian ke dalam adunan telur yang dipukul tadi.
- Kacau sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 18-25 minit.
Kredit resipi & foto: izahdaut
DURIAN CREPE

Bahan-Bahan
Kulit/Crepe (18-20 keping)
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar tepung ubi kayu
- 1 sudu besar tepung ubi kentang
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 1/2 sudu besar tepung hong kong
- Sedikit garam
- 2 sudu besar gula icing
- 2 biji telur saiz B
- 1 sudu besar minyak jagung
- 3/4 cawan air (210ml)
- 1/2 cawan susu segar (130ml)
- Sedikit esen vanila
- Beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk (isi sikit sahaja)
Filling Kastard + Durian
- 2 sudu besar gula
- 20 gm tepung kastard
- 250 ml susu segar
- 2 biji kuning telur
- Isi durian yang dihancurkan
Filling Whipping Cream
- 500gm whipping cream
- 2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)
Cara Penyediaan
Kulit/Crepe (cara nak mendapatkan crepe yang nipis)
- Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu.
- Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan sahaja kemudian tapis.
- Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana.
Sapu sikit pan dengan minyak. Apabila pan sudah panas, angkat sebentar dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan. - Lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan. Kemudian letak semula atas dapur. Tidak perlu lama untuk mengelakkan hangus. Kulitnya tidak perlu diterbalikkan kerana ianya nipis.
- Ulangi sehingga habis. Boleh ditindih-tindih kulitnya.
Filling Kastard + Durian
- Dalam periuk non stick, masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telur,dan susu segar dalam 4 sudu dahulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi.
- Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. Tutup api dan sejukkan kastard filling.
- Isi durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag.
- Masukkan ke dalam peti ais supaya ia tidak cair.
Filling Whipping Cream
- Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream tawar.
- Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam piping bag dan letak di dalam peti ais sekejap supaya tidak mencair.
Sekarang masa utk “membantalkan durian crepe”
- Sediakan kulit, letak whipping cream dahulu, kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.
- Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal.
- Sudah siap, masukkan ke dalam peti ais dalam sejam atau dua jam supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru kluar dari peti ais keras, biar pada suhu bilik dahulu (tidak lembut tidak keras sangat) dan boleh dimakan.
Kredit Resepi: Tahrunnisah Jali
PUFF DURIAN

BAHAN-BAHAN
Bahan Pastry
- 100g butter
- 250ml air
- 150g tepung gandum – diayak
- 3 biji telur gred A – jika gred B 4 biji
- Secubit garam
Bahan Inti Kastad Durian
- 2 sudu besar tepung kastad
- 4 sudu besar gula
- 1 cawan @ 250ml susu segar
- 1 biji telur
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar isi durian – jika suka boleh lebihkan
CARA PENYEDIAAN
Inti Kastard Durian
- Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati. Masak di atas dapur dengan api perlahan sehingga pekat dan likat. Matikan api dan sejukkan.
- Dalam periuk lain satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair.
- Masukkan tepung dan kacau pantas sehingga menjadi doh. Angkat dan ketepikan sehingga suam.
- Panaskan oven suhu 200C. Lengser dulang pembakar dengan mentega atau alas dengan baking paper.
- Masukkan doh ke dalam mixer dan masukkan telur satu persatu sambil memukul dengan kelajuan sederhana hingga menjadi pes yang lembut.
- Masukkan adunan ke dalam piping beg dan menggunakan nozel bintang, Paipkan di atas dulang.
- Bakar 20 minit atau hingga keperangan. Sejukkan di atas redai.
Puff Durian
- Belah puff tanpa putus.
- Masukkan/paipkan inti kastad, buat sehingga habis dan boleh lah dihidang.
Kredit resipi & foto: Hana
KEK KEJU DURIAN

BAHAN BAHAN
- 200 gm biskut digestive
- 100 gm butter di cairkan (Hancurkan biskut dan masukkan butter cair)
- Tekan pada dasar loyang size 7 x 7 (resipi ini guna loyang bulat saiz 24cm)- simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit
- 250 gm krim keju
- 250 gm non dairy whipping cream
- 230 gm isi durian
- 100 gm gula castor
- 2 sudu makan madu
- 2 tbsp gelatin halal
- 60 ml air panas
CARA PENYEDIAAN
- Putar whipping cream hingga kembang dan kental. Simpan di dalam peti sejuk sebentar.
- Putar krim keju, gula dan isi durian hingga kembang dan lembut.
- Cairkan gelatin dengan air panas. Kacau hingga gelatin larut.
- Masukkan gelatin ke dalam adunan keju.
- Campurkan adunan keju dan krim putar tadi dan kacau sebati dengan kaedah kaup balik perlahan.
- Tuang adunan ke dalam loyang ‘ loose tin ‘ yang bole dibuka bawahnya.
- Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam hingga kek mengeras dengan sempurna.
Kredit resipi & foto: Nieza Ramli
PENGAT DURIAN

BAHAN-BAHAN
- 7-8 ulas durian
- 2-3 cawan santan sederhana pekat
- 1 keping gula melaka-saya guna yang besar
- 2 sdm gula pasir-boleh tambah /kurangkan
- 1 sdt garam
- 1 helai daun pandan dicarik-carikkan dan simpul
CARA PENYEDIAAN
- Durian yang difrozenkan dikeluarkan dan biarkan pada suhu bilik.
- Satukan santan, gula melaka, daun pandan, garam dalam periuk. Masak sehingga nampak mendidih, kemudian masukkan durian.
- Bila sudah mendidih,sesuaikan rasa dan tutup api.
- Enak dicicah dengan roti.
Kredit resipi & foto: Sharifah Aini
SERAWA DURIAN DENGAN PULUT

BAHAN KUAH SERAWA
- 1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
- 700 ml santan kelapa segar
- 500 ml air (atau secukupnya)
- 1 ketul gula melaka, potong kecil*
- 1/2 cawan gula pasir*
- 1 helai daun pandan, disimpul*
- 1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
- 1 helai daun pandan, disimpul
- 1 1/2 camca besar tepung gandum (resipi kali ni tidak letak tepung)
- 3 camca besar air
- Secubit garam
- Gula -jika perlu
BAHAN PULUT
- 1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
- 700 ml santan cair
- 1 camca teh garam (atau secukup rasa)
- 1 camca teh minyak masak
- 1 helai daun pandan, disimpul
CARA PENYEDIAAN
Pulut
- Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci.
- Letak beras pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan.
- Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian gemburkan dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul-betul masak. Ketepikan.
Kuah Serawa
- Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk.
- Masak hingga mendidih. Kacau selalu.
- Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika okay boleh matikan api.
Serawa Pulut Durian
- Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai.
- Tuang kuah serawa dan hidangkan.
- Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi
Kredit resipi & foto: MAMA DEE
KUIH SERI MUKA DURIAN

BAHAN-BAHAN
Lapisan Bawah
- 2 cawan pulut
- 2 1/2 cawan santan cair (1 santan kotak & 1 1/2 cawan air)
- 1 sk garam (dan tambah secubit lagi)
- Sedikit minyak masak (esp kalau guna santan kotak)
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan dalam 20 minit atau sehingga masak .
- Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. Atau boleh juga menggunakan loyang yang sama.
- Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
INFO: santan perlu dikurangkan supaya pulut tidak terlalu lembut
Lapisan Atas
- 4 cawan santan pekat (2 santan kotak & 2 cawan air)
- 1 cawan gula tebu/perang (resipi ini guna gula kaster)
- 1 cawan durian
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastad
- 1 s/b gula pasir
- 1 s/k garam
- Pewarna kuning (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan santan, gula, garam dan durian dalam blender dan kisarkan.
- Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
- Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.
- Masukkan pewarna. Kacau rata.
- Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar. Terus tuang atas lapisan pulut tanpa dipanaskan terlebih dahulu
- Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
- Bila telah masak, sejukkan betul betul [dalam 4 -5 jam] baru dipotong menggunakan pisau plastik dan dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Azie Kitchen
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

