Kuih Tepung Kapur adalah sejenis kuih tradisional yang popular dikalangan penduduk Pantai Timur. Memang sedap rasanya. Bagi anda yang teringin nak rasa atau dah lama tak makan kuih ni, Opah Mas Cotek ada kongsikan resipi dan cara-cara membuatnya. Cukup mudah dan senang dihasilkan sendiri di rumah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA BUAT KUIH TEPUNG KAPUR

Resipi Kuih Tepung Kapur Sedap & Mudah Buat Untuk Minum Petang

BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum (beli online disini)
1 cawan gula merah (beli online disini)
2 cawan air
3 sudu makan gula pasir @ jumlah secukupnya
1 sudu makan air kapur (beli online disini)
Daun pandan
Kelapa parut – gaul dengan sedikit garam

CARA MEMASAK:

IKLAN

1.Satukan gula merah, gula pasir, air dan dan pandan. Masak hingga larut kemudian sejukkan. Tapis.
2. Dalam bekas berlainan, satukan tepung gandum dan air kapur.
3. Tuang air gula merah yang telah disejukkan tadi sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan sehingga tiada bintil tepung (Opah tapis supaya lebih mudah).
4. Sediakan loyang bersaiz 8 inci yang telah disapu sedikit minyak.
5. Tuang adunan kuih Tepung Kapur ke dalam loyang.
6. Kukus kuih selama 40 minit atau sehingga masak.
7. Sejukkan kuih terlebih dahulu kemudian barulah dipotong nipis.
8. Gaul kepingan kuih Tepung Kapur dangan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.

Resipi Kuih Tepung Kapur Sedap & Mudah Buat Untuk Minum Petang
9. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi Kuih Tepung Kapur Sedap & Mudah Buat Untuk Minum Petang

IKLAN

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Kek Apam Karamel Kukus. Lembut, Gebu & Memang Sedap

IKLAN

Sedap. Ini Resipi Ayam Madu Mudah, Tak Guna Banyak Bahan.

Resipi Bengkang Ubi Pandan. Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Tat Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakeri. Ini Cara Mudah Hanya Guna 6 Bahan.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI