Sedapnya Apam Kampung Gula Merah resipi perkongsian saudari Norhasnita Zainudin ni. Bahan-bahannya ringkas malah senang nak sukat sebab guna sukatan cawan je. Bolehlah cuba buat untuk sarapan atau minum petang. Jom lihat cara-caranya.
Botok botok adalah hidangan istimewa terutama masyarakat di Batu Pahat, Johor. Hidangan sangat mudah disediakan cuma mencari pucuk ulam ulaman kampung agak mencabar. Namun, terpulang kepada selera masing masing untuk menambah seberapa banyak jenis ulam.
Botok botok menjadi kegilaan bagi yang sukakan ulam ulaman dan sayur. Selain itu, botok botok yang baru keluar dari kukusan dan dihidangkan panas panas mengeluarkan aroma herba yang amat menggoda selera. Hanya yang pernah merasai keenakkan botok botok akan tau betapa nikmatnya hidangan ini.
Pakcik sediakan resepi di bawah. Cubalah!
Nota: Ini adalah hidangan kegemaran arwah mak saya. Mak akan guna ikan kembung saiz kecil yang manis isinya. Satu bungkus botok botok, mak masukkan dua ekor ikan. Seronok kami sekeluarga makan nasi lauk botok botok panas panas berasap. Rindu pada arwah mak .
Botok Botok Johor
Ikan Kembung / Tenggiri
gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam halus
10 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar rempah soto (jika suka)
1 sudu kecil serbuk cili
sedikit kerisik (jika suka)
sedikit air asam
air suam
sedikit garam
gaulkan sehingga menjadi pes, jangan terlalu cair.
Ulam ulaman
Pucuk ubi
Pucuk puding kuning
Pucuk puding mangkuk
Daun selasih
Daun kunyit (racik halus)
Pucuk tenggek burung
Pucuk belinjau
Pucuk betik (muda)
Daun pegaga
Daun pucuk bebuas / buas buas (susah dapat)
Pucuk gajus
Pucuk sekentut
Pucuk ulam raja
Daun Pisang untuk membungkus (layurkan atas api sehingga lembut dan tidak pecah ketika membungkus)
Cara membuat:
1.Selang selikan daun ulam atas daun pisang.
2.Letakkan 2 sudu pes rempah atas ulaman.
3.Letakkan ikan, taburkan daun kunyit yang telah diracik.
4.Tambah sesudu pes rempah di atas daun kunyit.
5.Tutupkan dengan daun ulam ulaman.
6.Bungkus kemas.
7.Kukus dengan api yang sederhana selama 30-45 minit.
8.Botok botok akan mengeluarkan air rempah setelah masak, hati-hati ketika mengangkat keluar dari pengukus.
9.Hidangkan panas bersama nasi.
Resipi dari : Pakcik Salleharon Ahmad
Ada yang nak menukar periuk nasi? Boleh beli online DI SINI
Ramai ke peminat Ayam Goreng Korea di sini? Kalau tengok dalam drama Korea, wah, bukan sedap lagi tengok mereka makan kan.
Tapi, nak buat Ayam Goreng Pedas ala Korea mudah je sebenarnya. Menerusi perkongsian saudara Mohamad Arymin, ada teknik rahsia untuk kekalkan tekstur crispy ayam tersebut. Teknik ini dipanggil double frying, orang Korea selalu buat.
Jom tengok resepi Ayam Goreng Korea by Abam Jambang Korea ni.
1. Potong ayam kepada 2, perap dengan sebiji telur, serbuk blackpepper dan sedikit perasa. Perap dalam 30 minit pun dah okay.
2. Bedak-bedakkan ayam tu dengan tepung bestari. Biar salut semuanya.
3. Gorengan pertama ni guna api sederhana je, sampai ayam nampak kuning keemasan dan isi dalamnya masak. Angkat dan rehatkan dalam 15-20 minit.
4. Ini rahsianya ayam kekal rangup, iaitu dua kali goreng. Goreng kali kedua ni guna api yang besar dan suhu minyak yang lagi tinggi. Goreng dalam 2-3 minit saja dan warnanya keperangan.
5. Sediakan bahan untuk sos pedas. Boleh adjust sukatan ikut tahap kepedasan korang.
6. Kisar bawang putih dalam chopper. Sekejap dah beres.
7. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih tadi.
8. Lepastu masukkan cili boh, kacau sampai agak garing. Masukkan sos cili dan sos cili & cendawan. Kacau rata.
9. Masukkan madu dan bahan perasa secukupnya. Akhir sekali masukkan ayam dan biji bijan. Gaul rata semuanya. Siap dan sedia untuk dihidang.
Menu Arab memang kesukaan rakyat Malaysia. Aromanya yang berempah dan cukup wangi tu dari jauh dah boleh bau. Dah nikmati makanan berempah tu dibalas pulak dengan pencuci mulut lemak berkrim, terbaiklah.
Manisan Arab lemak berkrim dan manis itu kaya dengan rasa susu, mentega dan krim masakan yang lazat. Resipi dah ada dah ni, jomlah cuba asah skil masak menu Timur Tengah dulu, mesti famili anda teruja.
1. MANAKKISH
BAHAN-BAHANNYA :
CARA MEMASAK : 1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan. 2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi. 3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi. 4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
2. LAMB SHANK BUKHARY
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Rebus daging sehingga 30 minit 2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan. 3. Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit. 4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi. 5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan. 6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak. 7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato 8. Masukkan air rebusan kambing 9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminium 10. Bakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 – 6 orang Waktu memasak : 1jam 40 minit Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar Jenis hidangan : Lauk utama Arab Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab
INFO CHEF: Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.
3. AYAM HANITH PANGGANG
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Campurkan dan gaul rata rempah hanith, garam dan pewarna saffron. 2. Ayam yang telah dibersihkan ditabur rata dengan rempah 3. Lapik lapisan aluminium di atas dulang, dan susun ayam di dalam dulang pembakar. 4. Taburkan bawang holland dan susun hirisan lemon di atas ayam. 5. Bakar dalam oven yang dipanaskan dengan suhu 250 darjah celcius selama 2 jam 6. Ayam masywi sedia dihidang
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Bakar Jenis hidangan : Lauk utama Arab Keistimewaan : Jus ayam yang terhasil bercampur rempah sungguh lazat
INFO CHEF: Ayam biar diperap dengan bahan-bahan ramuan agar rasanya lebih sebati dan meresap ke dalam daging
4. BASBOSA
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Campurkan semolina dengan serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula hingga sebati. 2. Masukkan mentega yang dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja. 3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar. 4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dalam dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja. 5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dalam suhu bilik, sebelum ia dibakar ( boleh juga dibuat pada sebelah malam untuk dibakar esoknya) 6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pada permukaan. 7. Masukkan dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius. 8. Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm) 9. Sambung bakar dalam suhu yang sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan. 10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi. 11. Basbosa siap dihidang.
Saiz hidangan : 35 keping Masa memasak: 1 jam 40 min Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yang manis dan berkacang dengan aroma kayu manis .
INFO CHEF: Untuk mendapatkan rasa yang lebih ‘kaya’ berkrim anda boleh menambahkan dua sudu makan susu tepung.
5. MOHALABIA MILK PUDDING
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Campurkan susu dan vanila ke dalam periuk, nyalakan api. 2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau hingga gula larut dalam susu. 3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit. 4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit. 5. Perlahankan api selama lima minit. 6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan. 7. Setelah itu alihkan periuk dari api, dan tuangkan mohalabia panas ke dalam bekas sesuai. 8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dengan pistachio dan kulit kayu manis di atas 9. Simpan dalam peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu) Masa memasak : 1 jam 30 min Jenis masakan : Puding Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dalam peti sejuk Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yang enak
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan biskut mentega sebagai lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dalam susu jika anda mahukan rasa bercoklat.
6. UMM ALI
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven ke suhu 190 C, bentangkan gulungan pastri dan letakkan di atas kertas minyak yang dialas atas dulang pembakar. Bakar selama 15 minit atau sehingga perang. 2. Campurkan kesemua bahan-bahan hingga sebati dan masukkan di dalam satu bekas/kuali dan panaskan hingga suam. 3. Kemudian potongkan puff pastri yang dibakar kepada ketulan kecil dan masukkan di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan campuran susu tadi ke atas puff pastri, biarkan direndam selama beberapa minit 4. Masukkan ke dalam bekas pembakar. 5. Masukkan ke dalam oven yang dipanaskan, dan bakar secara ‘steam bake’(meletakkan bekas berisi air di bawah loyang pembakar puff pasti tadi). 6. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 1 jam 35 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Puding tradisional negara Timur Tengah Keistimewaan : Lemak berkrim dan manis berempah
INFO CHEF : Boleh juga diletakkan kekacang seperti pistachio atau badam ke dalamnya. Umm Ali adalah pencuci mulut berasal dari Mesir. Ia seakan puding roti.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!