
Sesekali makan menu daging memang berselera. Tambah pula jika digoreng biasa pun laju juga menambah. Lebih berselera buat sambal daging cili api ni. Rencah yang digunakan pun tak banyak. Buat yang suka pedas, buatlah menu simple ni. Pasti licin sepinggan.
SAMBAL DAGING CILI API
**Bahan kisar A
**15-20 ulas cili api merah
**3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Bahan bertanda ** kisar hancur dulu, baru kisar bawang merah sekejap aje, supaya tak hancur sangat.
1 inci halia-dihiris
**B
Garam
Gula (saya guna gula perang)
1 – 2 sudu besar kicap pekat manis
1 – 2 sudu besar sos tiram
4 – 5 sudu besar sos cili
**C
Bahan hiris
Bawang besar
Kacang panjang
Cili merah dibelah dua
**daging yang telah siap digoreng.70% masak. (sekilo daging)
** gaul dengan garam dan serbuk kunyit
Cara memasak:
1.Tumis bahan kisar A sampai pecah minyak.
2.Masukkan bahan B.
3.Selepas sebati dan cukup rasa, masukkan daging.
4.Akhir sekali masuk bahan hiris.
Kredit: Ziera Xiera
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Paprik Sardin & Telur Dadar Gebu, Lauk Simple Tapi Sedap!
Resipi Baby Pancake Viral. Mudah Je, Dah Sejuk Pun Masih Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Timur Tengah Berasaskan Daging, Aromanya Sahaja Sudah Membuka Selera.

Masyarakat Arab memang suka dengan sajian daging. Sajian seperti kebab dan shawarma ada sahaja dijual di restoran Arab di negara kita. Tetapi sebenarnya ada banyak lagi menu berasaskan daging yang cukup popular dari negara Timur Tengah ini.
Jom kita cuba masakan Arab yang sedap menyelerakan ni, Min kongsikan resipi dari Chef Suhaili Mohd Noor. Rugi kalau tak cuba.
1.BEBOLA DAGING KAMBING KEBAB DAN CENDAWAN BUTANG
BAHAN-BAHANNYA :
- 500 gm daging kambing kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 biji telur | dipecahkan telur dan kacau
- 300 gm serbuk roti
- 2 ulas bawang merah| dicincang
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 10 cendawan butang segar- dihiris dua atau empat
- Garam secukup rasa
- Sedikit perasa
Bahan perapan :
- Setangkai herba thymes | dilurutkan daunnya
- Setangkai herba rosemary | dilurutkan daunnya
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan serbuk paprika
CARA MEMASAKNYA:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas adunan seperti daging kisar, jintan manis, jintan putih, serbuk etumbar, herba thymes, rosemary, serbuk roti, bwang merah, bawang putih, garam dan
perasa.
2 .Gaulkan dengan sebati dan masukkan telur tadi sebagai bahan pelekat supaya mudah dijadikan bebola.
3. Setelah disebatikan jadikan daging tadi sebagai bebola dan bakar di dalam oven dalam suhu 180 c, selama lebih kurang 15 minit. Masak separuh sahaja.
4. Kemudian setelah masak perap bebola daging kambing dan cendawan sebentar dengan bahan pemerap thymes dan rosemary. Cucukkan bebola daging berselang seli cendawan.
5. Kemudian bakar lebih kurang 1o mint dan sedia untuk dihidangkan bersama yogurt kambing.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Kebab
Keistimewaan : Daging berjus dan gabungan cendawan segar nyata lazat
Info Chef : Anda boleh juga mencucukkan tomato ceri, timun, bawang jika mahukan variasi dalam sajian kebab ini.
2. SHAWARMA DAGING
BAHAN-BAHANNYA :
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh paprika
- 1 sudu teh serbuk cili
- 2 ulas bawang merah | dicincang
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- 2 sudu makan minyak untuk menumis
- 5 keping roti Arab | untuk digulung
BAHAN (tambahan inti) :
- 1 biji tomato | dihiris
- Sedikit daun salad | dihiris
- 2 biji jeruk timun
- 50 gm buah zaitun | dihiris
- Sedikit kentang goreng yang telah digoreng.
- 2 sudu makan mayonis
- 1 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Setelah sejuk, sediakan roti arab, masukkan daging, salad, tomato, jeruk timun, buah zaitun, kentang goreng mayonnaise dan sos cili.
6. Gulungkan ia dan masukkan ke dalam kuali leper atau dapur pemanggang dan biarkan ia masak.
7. Biarkan ia masak lebih kurang 3 minit dan balikkan kedua dua belah.
8. Setelah masak boleh dihidangkan bersama kentang goreng.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Ala sandwic
Keistimewaan : Inti daging berempah dengan gulungan roti Arab yang enak
Info Chef : Resipi yang sama boleh juga digunakan untuk inti ayam. Jika ikut cara tradisional Arab, boleh diletakkan batu berbalut aluminium untuk menindih atas pemanggang supaya ia lebih mampat
dan cepat masak.
3. MUTTABAQ
BAHAN-BAHANNYA :
Bahan Inti Muttabaq:
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 biji cili benggala hijau | dipotong dadu
- 2 biji telur
- Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan roti :
- 1 1/2 cawan marjerin
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 1 1/2 cawan air
CARA MEMASAK :
Inti daging Mutabbaq
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, daun pudina, cili benggala hijau garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Masukkan 2 biji telur untuk jadi pelekat.
Cara-cara membuat lapisan Mutabbaq
1. Masukkan kesemua bahan lapisan muttabaq.
2. Uli doh itu tadi sehingga lembut.
3. Biarkan rehat seketika.
4. Uli doh dengan penguli doh dan leperkan menjadi bulat sehinga menjadi betul-betul nipis.
5. Kemudian masukkan inti daging tadi dan lipatkan menjadi 4 segi.
6. Masak di dalam kuali leper dengan sedikit minyak.
7. Balikkan apabila ia menjadi keperang-perangan.
8. Masak sehingga ia betul masak di kedua belah..
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng dengan minyak sedikit
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Inti daging berempah dengan ramuan daun pudina
Info Chef : Boleh dimakan dengan yogurt atau sos tomato dan cili cili. Inilah nama asal murtabak, iaitu Muttabaq yang bermaksud dibungkus. Inti daging yang dibungkus.
4. SHISH TAWOOK
BAHAN- BAHAN :
- 3 keping dada ayam | dipotong dadu
- Tomato ceri secukupnya
- Cili benggala hijau secukupnya | dipotong dadu besar
- Lidi untuk pencucuk
Bahan perapan:
- 2 sudu makan yogurt
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makanserbuk cili
- 1sudu teh gula
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1. Campurkan kesemua bahan-bahan perapan di dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian perapkan ayam yang telah dipotong dadu tadi selama lebih kurang ½ jam.
3. Apabila telah diperapkan cucuk kepingan ayam tadi berselang seli dengan tomato dan cili benggala.
4. Gril di dalam tempat gril atau bakar selama lebih kurang 10 minit atau sehingga masak dan keperang-perangan.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Panggang /gril
Jenis masakan : Ala sate
Keistimewaan : Isi ayam berjus tambah lazat dengan tomato ceri dan lada benggala bakar.
Info Chef : Boleh dihidangkan bersama salad dan sos bbq
5. KIBBEH
BAHAN-BAHAN :
- 300 gm daging kisar (inti)
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan untuk lapisan luar :
- 300 gm bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak
- 3 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Ketepikan sebentar
3. Kemudian campurkan bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak tadi, tepung ke dalam daging kisar untuk dijadikan bahagian lapisan luar.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gaul sebati.
5. Bentukkan lapisan luar dengan bentuk bujur kemudian masukkan inti daging tadi ke dalam bentuk bujur tadi.
6. Jadikan ia bentuk bujur dan goreng ke dalam minyak penuh.
7. Goreng sehingga warna bertukar coklat.
8. Angkat dan toskan.
9. Boleh dihidangkan dengan yogurt.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Inti yang berjus dengan lapisan kulit rangup
Info Chef : Kibbeh keras di luar dan lembut di dalam. Sesuai dimakan dengan yogurt atau mayonis.
Sedapnya Hirup Kuah Singgang Tulang!

Singgang tulang ni istimewa sebab kuahnya sungguh segar. Sangat sesuai kalau nak dihirup ketika cuaca sejuk atau hujan. Tak cukup semangkuk rasanya. Rasanya masam-masam sedikit sebab ada tomato. Sedap dimakan dengan nasi panas. RASA berikan resipinya untuk korang semua cuba masak.
SINGGANG TULANG LEMBU
BAHAN-BAHAN
1 kg tulang lembu | direbus
5 ulas bawang merah | hiris
1 labu bawang putih | hiris nipis
2 inci lengkuas | hiris nipis
2 cm halia | hiris nipis
1 sudu besar ketumbar biji | tumbuk kasar
5 keping asam keping
4 tangkai cili kering | dipotong
6 tangkai cili padi merah | dipotong
Garam
CARA MEMBUAT
1. Rebus tulang sehingga dagingnya separuh masak.
2. Setelah separuh masak, baru masukkan semua bahan lain ke dalam periuk.
3. Jika kuahnya kurang, boleh tambah air.
Selamat mencuba!
Dalca Kambing Bersama Sayuran Istimewa

Selalunya lauk dalca daging lebih enak jika kita gunakan bahagian daging kambing yang dicampur dengan tetel ataupun daging rusuk. Dalca akan lagi sedap kita nikmati selepas simpan semalaman kerana kuahnya lebih mesra.
DALCA KAMBING BERSAMA SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kambing bersama tulang | direbus hingga empuk terlebih dahulu
- 500ml santan pekat
- 1 liter santan cair
- Air secukupnya
- 6 sudu makan serbuk kari
- 3 sudu makan cili kisar
- 1 keping asam gelugur
- Garam, gula dan gula Melaka secukup rasa
- 2 biji ubi kentang | dipotong kecil
- 4 tangkai kacang panjang | dipotong pendek
- 1 batang lobak merah | dipotong
- 2 biji cili merah | dipotong
- 2 biji bawang besar | dikisar halus
- 5 biji bawang merah | dikisar halus
- 3 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1 inci halia | dikisar halus
BAHAN TUMIS:
- 4 biji bawang merah | dimayang halus
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
- Bancuh bahan kisar halus bersama serbuk kari. Gaul rata dan jadikan seperti pes.
- Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan tumis. Masak hingga wangi.
- Kemudian masukkan cili kisar. Masak lagi sehingga garing.
- Tambahkan bancuhan pes kari tadi. Masak lagi hingga garing.
- Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Biarkan seketika barulah dimasukkan santan cair dan air. Biarkan mendidih.
- Setelah kentang sedikit empuk, masukkan daging dan tulang kambing yang telah direbus empuk.
- Masukkan asam gelugur, kacang panjang, cili merah dan santan pekat.
- Perasakan dengan garam, gula dan gula Melaka dengan secukupnya. Biarkan mendidih dan angkat.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika kurang menggemari daging kambing, boleh diganti dengan daging lembu.
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Kuah yang tidak terlalu pekat dan tidak berbau.
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis