Sambal belacan mentah ini tak susah pun cara nak membuatnya. Tapi, ken hati-hsti. Boleh buat makan nasi bertambah-tambah ni!
Sambal belacan ni sesuai dimakan dengan macam-macam masakan lain seperti ikan goreng, ikan bakar, ulam-ulaman dan macam-macam lagi.
Pendek kata, kebanyakan masakan memang ngam bila digandingkan dengan sambal ini. Tambah pula bila belacan dibakar dulu sebelum ditumbuk. Peh..semerbak harum sambal belacan mentah itu nanti.
Simple saja membuatnya. Ikuti perkongsian daripada puan Mas Zelika
Ads
Sambal Belacan Mentah
Bahan-bahan:
8-10 biji limau kasturi – belah dua dan buang bijinya 6-8 batang cili besar – potong kecil 20-30 biji Cili Padi – tambah lagi kalau nak lebih pedas – boleh beli online di sini Sedikit air Asam jawa – sebaiknya gunakan air suling untuk membuat air asam jawa kalau mahu membuat stok untuk simpan di peti ais – boleh beli online di sini Sedikit Gula – boleh beli online di sini
Bakar dahulu belacan untuk menaikkan lagi aroma sambal belacan nanti. Ketepikan.
Masukkan semua bahan di dalam pengisar. Tambahkan gula dan garam. Kisar hingga sebati dan jangan terlalu lumat. Kena ada tekstur kasar sikit supaya makin sedap sambal ini.
Siap. Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk untuk dijadikan stok. Mudah kan?
Sos black pepper sering digunakan untuk hidangan makanan barat seperti chicken chop, beef steak dan lain-lain lagi. Kalau nak sedap, cuba buat sos black pepper sendiri. Tentu anda lebih puas hati bila makan hasil air tangan sendiri. Tak susah pun sebenarnya nak masak sos ni, cukup mudah dan confirm menjadi jika anda menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Afy AL Habibi. Jom kita lihat bahan-bahan serta cara penyediaannya.
Kali ni RASA kongsikan resipi daripada seorang ibu anak empat, Norsahida Mohamad Said. Melayan kerenah anak-anak bercuti sekolah, hidangan ringkas iaitu bubur nasi dan sambal tumbuk disediakan untuk menjamu selera. Jom tengok step by step sambal tumbuk yang dibuat. Simple, tapi nampak sedap!
SAMBAL TUMBUK
Bahan-Bahan
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar
Segenggam ikan bilis
Cara membuat
Tiga bahan tadi iaitu cili besar, bawang besar dan ikan bilis digoreng. Tak perlu goreng sampai garing. Cukup sekadar layu saja.
OK, dah siap goreng semua bahan. Nampak sedap kan? Belum siap lagi ni. Sila ke step seterusnya.
Guna lesung batu, tumbuk sedikit demi sedikit semua bahan yang sudah digoreng tadi. Kena guna lesung tau. Kalau guna blender, tak jadi. Hilang keasliannya. Barulah namanya sambal tumbuk!
Sedap dimakan dengan bubur nasi. Tapi kalau makan dengan nasi panas pun sedap gak ni. Cubalah!
Walupun baunya kurang menyenangkan namun ulam bernama Petai mempunyai tarikan tersendiri hingga ia menjadi menu berasaskannya menjadi hidangan membuka selera, penyedap makan. Hari ini RASA ingin kongsikan dua resipi berasaskan petai, yang gerenti sedap, sekali makan pasti tambah lagi. Tak percaya cubalah…
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.