Resipi Roti Pizza Sosej Mini homemade resipi perkongsian saudari Natasha Jeffrey ni nampak mudah dan sangat sedap. Toppingnya ringkas sahaja seakan pizza bajet yang biasa dibeli di kedai-kedai roti. Ada hirisan sosej, sayur sejuk beku dan keju. Sos hanya mengguna sos cili biasa. Sedap! Anak-anak memang suka pizza begini. Jom belajar buat sendiri. Memang jimat. Sesuai sangatlah dihidangkan pada bila-bila masa. Si kecil anda pasti makan tak henti.
1. Campurkan gula dan susu pekat manis ke dalam bekas berisi air suam. Kemudian masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi. 2. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum, marjerin, garam dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi seakan serbuk roti. 3. Kemudian masukkan campuran yis yang telah kembang tadi. Tuang sedikit demi sedikit. 4. Uli doh sehingga tidak melekat di tangan. Kemudian tutup doh menggukan kain atau plastik dan biarkan selama 20-30 minit supaya doh naik 2 kali ganda.
CARA MEMASAK: 1. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. 2. Susun atas dulang, sapu sos dan letak topping ikut cita rasa masing-masing. 3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga masak (empunya resipi guna oven kecil). Waktu memasak mungkin berebza mengikut ketuhar masing-masing.
Sekarang ini, musim demam roti jala. Pelbagai corak, warna dan juga rekaan yang timbul sehinggakan begitu meriah apabila juadah roti jala diletakkan dalam bekas.
Sangat mudah untuk membuatnya. Perkongsian daripada Nor Al Fatihah ini diharapkan dapat membantu mak-mak di luar sana menceriakan anak-anak.
ROTI JALA AISKRIM PADDLE POP
BAHAN-BAHAN ROTI JALA:
3 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 sudu teh garam halus 1 biji telur gred B 3 sudu besar minyak masak – beli online di sini ½ cawan susu cair/santan – beli online di sini 2 ½ cawan air Pewarna pink, biru, kuning & oren Manik warna (optional) Botol roti jala muncung 3
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan di dalam bekas adunan. Kacau sebati dan kisar hingga halus 2. Bahagikan kepada 4 bahagian dan campur pewarna setiap satu. Masukkan semua ke dalam botol roti jala muncung 3.
3. Jalakan adunan pink dulu di atas non stick pan menggunakan api kecil. Bila sudah kering dalam 30 saat, angkat, tak payah diterbalikkan dan gulung. Cubit-cubit menjadi ketulan-ketulan kecil.
*Buat cara yang sama untuk warna kuning dan biru. 4. Jalakan adunan oren pula sebagai kon aiskrim. Jalakan melintang panjang dulu, kemudian menegak.
5. Bentangkan roti jala oren. Letak beberapa biji roti jala pink, biru dan kuning di atasnya. Balut dengan roti jala oren tadi hingga kemas.
6. Tabur manik warna di atas aiskrim. Kalau tak nak letak pun boleh saja. Hanya untuk hiasan dan untuk cantikkan lagi.
Satukan semua bahan di dalam periuk. Kacau dulu baru buka api. Masak dan kacau sentiasa di atas api sederhana hingga kuah pekat. Hidangkan roti jala bersama kuah manis
Labu kuning mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh kerana kaya akan kandungan vitamin dan mineral. Labu kuning kaya khasiat seperti kalium, antioksidan dan vitamin. Nutrisi dalam satu cawan labu kuning rebus tanpa garam antara lain 49 kalori, 1,76 gram protein, 0,17 gram lemak, 12 gram karbohidrat, 2,7 gram serat dan 5,1 gram gula.
Makan secawan labu kuning dapat memenuhi kepeluan vitamin A lebih dari 100 persen, vitamin C 20 persen, vitamin E, riboflavin, kalium, tembaga dan mangan hingga 10 persen, dan lima persen untuk thamin, B6, folat, asam pantotenat, niasin, besi, magnesium dan fosfor.
Jika dengan dimasak labu kuning dapat memberikan manfaat sedemikian besar, tentu labu segar akan memberikan lebih banyak manfaat.
Berikut ini beberapa manfaat labu kuning untuk kesihatan:
Rendah kalori dan tinggi serat
Jika anda sedang cuba menurunkan berat badan, labu kuning boleh menjadi pilihan yang tepat untuk dijadikan makanan diet. Selain rasanya yang enak, mirip ubi jalar, labu kuning juga membantu anda menurunkan berat badan kerana rendah kalori dan karbohidrat.
Tidak hanya itu, makan labu kuning akan membuat anda merasa kenyang lebih lama. Hal ini kerana labu memiliki kandungan serat yang cukup tinggi yang berfungsi untuk memlambat kan proses pencernaan. Dengan merasa kenyang lebih lama, maka anda dapat terhindar dari berbagai kudapan yang membuat anda gemuk.
Menajamkan penglihatan
Kandungan beta-karoten yang terdapat di dalam labu, menjadikan buah ini kaya akan vitamin A. Beta-karoten, yang akan diubah menjadi vitamin A di dalam tubuh, berfungsi untuk membantu retina menyerap dan memproses cahaya. Penurunan fungsi retina boleh menyebabkan buta jika tidak ditangani dengan baik.
Selain itu, labu kuning juga mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua antioksidan yang boleh membantu mencegah katarak.
Mencantikkan kulit
Manfaat labu kuning lainnya adalah merawat kecantikan kulit. Labu kuning kaya akan pelbagai vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang diperlukan tubuh agar tetap sihat dan muda. Lebih dari itu, buah yang satu ini juga mampu menjadikan kulit selalu anjal dan lembut.
Kandungan beta-karoten dalam labu menghasilkan antioksidan yang baik untuk menangkis radikal bebas dan mencegah radiasi dari sinar UV. Itu sebab itu makan makanan yang kaya akan beta-karoten dapat membuat anda lebih awet muda. Pelbagai menu boleh disediakan dengan menggunakan labu kuning. Kami kongsikan tiga resipi yang boleh anda cuba.
PUMPKIN CAKE WITH BUTTERSCOTCH SAUCE
PUMPKIN CAKE
BAHAN-BAHAN:
200gm puri labu
300gm tepung gandum
250gm gula perang
½ sudu teh esen vanila
2 sudu teh serbuk penaik
150gm marjerin
3 biji telur
150gm cip coklat
BAHAN UNTUK SOS BUTTERSCOTCH:
250gm krim putar
120gm gula perang
50gm mentega
BAHAN UNTUK HIASAN:
Kepingan badam secukupnya
Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kek puri labu; Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk.
Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati.
Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul lagi hingga adunan sekata.
Masukkan cip coklat dan gaul sebati.
Tuangkan ke dalam Loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan Loyang 10×10.
Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan.
Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit.
Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan.
Cara membuat sos:
Untuk membuat sos butterscotch; Cairkan mentega dan masukkan gula perang di dalam kuali leper kecil.
Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat. Tutup api dan angkat.
Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek. Sedia dihidangkan.
Info chef Untuk membuat puri labu; Buang biji dan kulit labu, potong kepada ketulan kecil dan rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan labu tadi dan kisar hingga menjadi halus.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Rasa manis butterscotch
Jenis Penyediaan: Kek
Cara Memasak: Bakar dan reneh
Anggaran harga: RM20
PAI LABU
BAHAN-BAHAN KULIT PAI:
12gm tepung gandum
55gm mentega
40ml air
Secubit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam dan mentega dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
Bentukkan kulit pai di dalam acuan pai bersaiz 16 cm.
Cucuk dengan garpu di bahagian tengah pai dan bakar pada suhu 180˚C selama 20 minit.
Angkat dan ketepikan.
BAHAN INTI:
65gm gula
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
½ sudu teh garam
100gm puri labu
100gm susu segar
1 biji telur
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
Tuangkan ke dalam kulit pai yang dibakar tadi dan bakar semula pada suhu 180˚C selama 50 minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk menjimatkan masa, boleh membeli pastri segera yang sedia terjual di pasaran.
Saiz Hidangan: 6-7 orang
Waktu Memasak: 1 jam 30 minit
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Aroma kayu manis yang bangkit selera
Jenis Penyediaan: Pastri
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20
ROASTED PUMPKIN WITH ITALIAN HERBS
BAHAN-BAHAN:
5 potong labu
1 labu bawang putih | cincang halus
2 sudu makan jus lemon
3-4 sudu besar minyak zaitun
Sedikit serbuk Thyme
Sedikit serbuk Oregano
Sedikit Daun bay kering
Lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
Langkah penyediaan:
Susun labu di dalam Loyang dan tuangkan minyak zaitun di atas dan sekeliling labu.
Taburkan bawang putih cincang dan taburkan herba-herba Itali iaitu Thyme, Oregano dan daun Bay.
Taburkan lada hitam, garam diikuti jus lemon.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200˚C selama 35 hingga 40 minit hingga labu empuk.
Setelah labu masak sepenuhnya, bolehlah keluarkan dan dihidang.
Info chef: Cara memastikan labu sudah empuk, cucuk dengan garpu.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Aroma aneka herba yang menambah rasa dalam masakan
Jenis Penyediaan: Pencuci mulut
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20
Kredit resipi: Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Bersarapan dengan waffle memang kesukaan anak=anak. Gebu dan cair di mulut siapa tak suka. Yang penting ada acuannya.
Panaskan dulu acuan sebelum tuangkan bancuhan. Boleh dicuba dengan memasukkan bermacam perisa kesukaan. Resipi perkongsian dari Nafishah Nan ni elok sangat dicuba.
WAFFLE MUDAH GEBU
BAHAN-BAHAN :
3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
3/4 cawan minyak masak
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilaa
2 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan penuh serbuk penaik
Hujung sudu baking soda
CARA MASAK :
1. Panaskan acuan,
2. Satukan semua bahan, kisar atau mixer sahaja kesemua bahan.
3. Kemudian tuangkan dalam acuan.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...