Minum petang hari ini kita buat special iaitu bukan roti biasa tapi Mexican Bun. Roti ni kalau hidang cepat jer kena ngap dengan anak-anak. Bau yang harum ketika membakar memang buat tak sabar nak makan. Ikut resipi ini gerenti menjadi. Gebu memang geram nak makan.
Toping 50gm gula 50gm butter 1 biji telur 1 sudu besar nescafe – larutkan dengan 2 sudu besar air panas 60gm tepung gandum 10gm tepung jagung
Cara toping 1.Pukul telur dan butter hingga sebati. 2.Masukkan telur dan air nescafe. 3.Kacau lagi dan masukkan tepung. 4.Masukkan dalam piping bag.
Cara membuat: 1.Satukan semua bahan roti kecuali butter dalam bm/mixer. 2.Bila dah sebati masukkan butter. 3.Uli sampai elastik (yang ni penting supaya roti gebu )
Ads
4.Rehatkan doh dalam satu jam hingga doh kembang
5.Selepas direhatkan, timbang doh dalam 60gm dan masukkn inti (butter+gula) 6.Tutup balik doh dan roundingkan bulat.
Ads
7.Masukkan dalam paper cup dan susun dalam baking tray. 8.Rehatkan doh sehingga naik 3x ganda. 9.Bila doh dah kembang baru paipkan toping roti boy tadi.
10.Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 25 minit atau sehingga roti masak.
Roti Naan ni kalau dihidangkan dengan kuah kari memang padu. Bukan hanya sedap malah buatnya pun mudah. Kalau rasa tak lalu nak makan nasi buat roti nanti pasti berselera nanti.
ROTI NAAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung high protein
1/2 cawan air masak
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
Cara membuat:
1.Uli semua bahan sehingga membentuk doh tak lekat di tangan, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.
2.Bahagikan kepada 3 bahagian, bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.
3.Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua-dua belah keperangan dan angkat.
Kalau tekak tengah craving lauk pedas-pedas power, resipi Ikan Kembung Balado Daun Limau ni memang kena pada masanya. Ikan kembung yang digoreng rangup, disalut pula dengan sambal balado yang menyengat tapi seimbang rasanya. Yang buat lain dari biasa — aroma daun limau purut yang segar dan menaikkan selera.
Menu ni sangat mudah disediakan tapi hasilnya nampak macam lauk restoran. Sesuai dijadikan lauk tengah hari atau makan malam bersama nasi panas dan ulam-ulaman. Jom cuba resipi simple tapi mantap ni, confirm sepinggan nasi tak cukup!
IKAN KEMBUNG BALADO DAUN LIMAU
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam gelugor
4-5 helai daun limau – hiris/siat
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR KASAR:
10 biji cili padi
3 biji cili besar merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Memang terangkat menu ni bila dihidang dengan nasi panas-panas. Ayam masak kandar ni bukan hanya sesuai dengan nasi putih malah makan dengan nasi biryani lagi surr.
Ayam Masak Kandar
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
3 sekawan
3 biji bawang merah
3 batang cili hijau
3 batang cili merah
2 biji tomato
2 batang serai
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
3 sudu makan cili kering-kisar
3 sudu makan serbuk kari ayam
3 sudu makan kicap pekat/karamel
Garam secukupnya
Sedikit lada hitam
Cara memasak:
1.Tumis 3 sekawan,pes halia dan bawang putih dan serai
2.Masukkan bawang dan kacau.
3.Setelah bawang layu,masukkan tomato.
4.Masukkan pes cili kering.
5.Masak sehingga pecah minyak dan masukkan serbuk kari.
6.Kacau rata dan biarkan rempah masak sekejap.Masak dengan api perlahan.
7.Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih sikit.
8.Setelah mendidih,masukkan ayam.
9.Gaul rata dan biarkan sekejap sehingga jus dari ayam keluar.
10.Tambahkan kicap pekat.
11.Gaul rata dan biarkan mendidih lagi.Jika kuah kering boleh tambah sedikit air
lagi.Perasakan dengan garam.
12.Masukkan sedikit lada hitam dan kacau.Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
13.Tutup api dan taburkan sedikit bawang merah yang dipotong bulat,cili hijau
dan cili merah.
14.Sedia dihidang.
Peria katak bukan sekadar sayur pahit — ia penuh khasiat! Ketahui manfaat peria katak untuk kesihatan seperti rawatan kencing manis, tenaga, dan hati, serta cuba lima resipi peria katak yang lazat dan menyihatkan.