Nasi iaitu dari beras basmathi boleh dimasak dengan pelbagai cara masakan. Lebih-lebih lagi nasi dari negara Arab mahupun Mediterranean.
Kalau masak guna basmathi tu jangan lupa direndam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum memasak. Barulah gebu nasi tu.
Ni min kongsikan 4 resipi Nasi dari negara Yemen, Turki, Palestin dan Mesir. Boleh jadikan juadah raya.
1. NASI DAGING YEMEN
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong kiub besar
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
2 biji bawang besar | mayang halus
4 cawan air rebusan daging
3 sudu makan mentega/minyak sapi
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh air rendaman safron
1 sudu teh jus lemon
2 helai daun bay leaf
1 sudu teh biji lada hitam
5 ulas bawang putih
Garam dan gula perang secukupnya
Bawang goreng dan kismis secukupnya
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia |kisar
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi.
3. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak.
5. Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi. Kacau sebati.
6. Tambah bawang goreng dan kismis jika suka.
7. Angkat dan sedia dinikmati.
Ads
Saiz hidangan: 4-5 orang Jenis hidangan : Yemen Keistimewaan : Penuh perisa Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.
2. NASI KOSHARY RINGKAS (MESIR)
BAHAN-BAHAN A:
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
4 cawan air rebusan ayam/daging
½ cawan tomato puri
½ cawan kacang dhal | rebus hingga empuk
1 sudu teh air rendaman safron/pewarna kuning
Garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
2 sudu makan minyak sapi
4 ulas bawang merah |mayang halus
2 ulas bawang putih | mayang halus
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B hingga wangi.
2. Masukkan beras, tomato puri dan air rebusan ayam/daging.
3. Tambah garam, lada sulah, lada hitam dan tanak hingga nasi masak.
4. Renjiskan air rendaman safron/pewarna kuning dan gaul rata.
5. Gemburkan nasi sebelum dihidangkan bersama lauk-pauk yang bersesuaian.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Mesir Keistimewaan : Penuh perisa dan lemak Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Jika ikut resipi asli dari Mesir mereka akan menambah ½ cawan kacang kuda dan ½ cawan makaroni ketika nasi sedang mendidih. Kacang kuda direndam dulu.
3. NASI TURKI KAMBING
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | basuh & toskan
2 cawan air rebusan daging kambing
2 cawan susu cair
300gm daging kambing | potong dadu sederhana & rebus empuk
2 biji ubi kentang |belah empat
2 biji tomato | potong bulat
1 batang lobak merah |potong bulat
3 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Kismis & bawang goreng | untuk hiasan
2 – 3 biji telur rebus | pilihan
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
Ads
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 sudu teh jintan putih
BAHAN-BAHAN C:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan B dan C hingga wangi dan naik bau.
2. Masukkan daging kambing berserta air rebusan, susu cair, beras, garam, ubi kentang dan lobak merah lalu didihkan hingga nasi tanak.
3. Gemburkan nasi menggunakan garpu dan ratakan.
4. Jika suka boleh tambah 2-3 biji telur yang telah direbus ketika cecair telah sejat dan gaulkan sebati. Tabur dengan kismis dan bawang goreng.
5. Angkat dan sedia dinikmati
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Turki Keistimewaan : Rasa daging kambing Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak jika dihidangkan bersama sup dan salad sayuran sebagai tambahan.
4. Nasi Maqlubah Kambing (PALESTIN & SYRIA)
Ads
BAHAN-BAHAN :
1 kg beras basmathi /basuh dan rendam setengah jam
2 kg daging kambing /dipotong kiub 2 inchi@ 5 sm
4 sudu makan rempah Maqlubah
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 liter air stok daging
2 biji bawang besar /dimayang
10 ulas bawang putih/ diketuk
2 batang kayu manis
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
5 biji cili hijau / potong 1 inci@ 2.5 sm
3 biji lobak merah /dihiris dan goreng kuning keemasan
CARA MEMASAK :
1. Daging kambing direbus selama 30 minit, dan ambil air stoknya.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk.
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
4. Masukkan cili hijau bersama rempah ratus kayu manis, cengkih, pelaga, tumis hingga naik bau.
5. Masukkan rempah maqlubah dan serbuk lada hitam . Tumis hingga pecah minyak.
6. Masukkan air rebusan daging kambing dan masukkan garam halus
7. Didih dengan api perlahan selama 45 minit. Angkat asingkan kambing dan masukkan pula beras.
8. Kacau dan ratakan beras, laraskan sukatan air kira-kira 40 mm melebihi paras beras.
9. Biarkan mendidih dengan api sederhana dan tutup api sebelum kering.
10. Sediakan periuk lain, masukkan satu sudu makan minyak masak.
11. Masukkan satu senduk daging kambing, masukkan satu lapisan sayuran yang telah digoreng tadi diikuti satu lapisan beras. Lapiskan sayur, daging dan beras secara berselang seli.
12. Setelah semua dimasukkan keringkan nasi menggunakan api paling kecil selama 20 minit.
13. Setelah masak ambil dulang dan tutup periuk menggunakan dulang. Angkat periuk dan terbalikkan atas dulang tadi dan ketuk perlahan-lahan bahagian luar periuk.
14. Tarik periuk keluar perlahan-lahan dan hiaskan nasi dengan hirisan lemon, daun pudina dan tomato.
Langgan Rasa
Saiz hidangan : 8 -10 orang Waktu memasak : 1 jam 45 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Nasi Arab Palestin dan Syria Keistimewaan : Berbeza dengan nasi Arab yang lain, nasi Maqlubah menggunakan sayur goreng sebagai ramuan. Anggaran kos : RM 70
INFO CHEF: Nasi Maqlubah adalah sajian Arab yang terkenal di Palestin dan Syria. Campuran daging dan sayur menjadikan ia sajian nutrisi lengkap berempah dan lazat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Menu ini lebih kurang menu acar ikan, tetapi ia lebih ringkas. Dulu-dulu menu ini menjadi kegemaran di bulan puasa sebagai pembangkit selera makan kerana masam yang sedap. Kepedasan terpulang kepada anda untuk masukkan cili lebih atau tidak. Kepada yang belum rasa tak rugi cuba menu ni. Sedap sangat ye.
IKAN MASAK ASAM BAHAN-BAHAN: 2-3 keping ikan tenggiri/ikan merah 2 sudu makan pes asam jawa ADABI 5-6 ulas bawang merah | belah dua 5 ulas bawang putih |hiris nipis 3cm halia | hiris nipis kemudian potong memanjang 5-10 biji cili padi titik | masuk bulat-bulat pun boleh Garam gula secukup rasa
CARA MASAK:
Cuci bersih ikan, kemudian gaul dengan sedikit garam kunyit.
Goreng, kemudian ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
Setelah naik bau masukkan air asam yang dibancuh dengan secawan air (jika mahu kuah lebih boleh tambah).
Masukkan cili dan hirisan tomato.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa untuk seimbangkan rasa masam masin dan manisnya.
Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
Teh Pakistan Mashyur. Unik resipi yang dikongsi oleh Cikgu Afy Al Habibi ni. Nama diambil sempena resipi ayng diperolehi dari tauke karpet Pakistan. Minuman ini tidak sama dengan Teh Tarik biasa kerana ada teknik penyediaannya tersendiri. Cubalah… Buat untuk minum petang pun sesuai tau. Memang padu. Selamat mencuba!
Tengok je pai-pai yang disediakan oleh Hazliza dari Twinnespastries memang menggoda rasa. Pendek kata meleleh air liur dibuatnya, bila dah dapat rasa emmm… memang sedap tak terkata. Penggemar pastri pasti dapat membayangkan rasa kulit pai yang rangup dengan pelbagai jenis inti, tidak kira inti manis atau savory, pai bertutup penuh atau terbuka, ia tetap menjadi dessert pilihan ramai dalam setiap majlis keraian. Kalau korang teringin nak buat sendiri, Hazliza telah berkongsi 10 resipi pai dengan RASA, untuk korang ini lima resipi pai manis yang boleh korang cuba. Kalau nak yang savory boleh dapatkan majalah RASA Edisi Januari 2019 Kini di pasaran sekarang.
PAI LABU:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PASTRI :
325gm tepung gandum
210gm mentega|dipotong dadu dan di létak dalam sejuk beku
8 sudu makan air sejuk
Sedikit garam
INTI PAI LABU
Bahan A
400 gram labu | dibuang kulit
Bahan B
110 gm gula merah
120ml whipping cream
3 biji telur gred B
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan kulit pai: Kisar tepung dan mentega beku menggunakan food processor.
Masukkan campuran tepung dengan mentega ke dalam bekas dan tambahkan garam. Gaul rata.
Seterusnya masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh.
Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
Setelah sejuk, canai dan terap doh dalam acuan pai.
Bakar 180C selama 15 minit. Sejukkan pastri.
Untuk menyediakan inti: Kukus labu sampai lembut, kemudian lenyek atau kisar halus tanpa air dan ketepikan.
Campurkan semua bahan B dan pukul hingga sebati.
Kemudian campurkan labu yang telah dilenyek ke dalam adunan B, kacau sebati dan tapiskan.
Tuangkan dalam acuan pastri dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 40 min atau sehingga inti pai di bahagian tengah mengeras.
Hiaskan dengan whipped cream di sekeliling permukaan pai.
Pai sedia dihidangkan.
PAI LIMAU NIPIS
BAHAN CRUST :
200gm biskut Marie atau Digestive
1/4 cawan serbuk serbuk badam
1 sudu makan gula kastor
100gm mentega cair
BAHAN INTI PAI:
4 biji telur
395gm susu pekat manis
160ml whipped cream
5 biji limau nipis | parut kulit dan ambil jusnya.
CARA MEMASAK:
Dengan menggunakan food processor, hancurkan biskut .
Kemudian masukkan serbuk badam dan gula.
Setelah hancur sekata, masukkan mentega cair dan kisar sekali lagi sampai sebati.
Tuang dalam acuan pai siz 10inci atau 20cm springform tin , padatkan ke dinding dan dasar acuan.
Bakar sekejap dengan suhu 150C selama 10-15 minit atau sehingga sedikit coklat keemasan.
Keluarkan curst dari ketuhar dan sejukkan.
Untuk inti: Campurkan semua bahan inti dan whisk sampai gebu dan lembut.
kemudian tuang adunan dalam acuan pai.
Bakar pada suhu 170C selama 40 minit
Sejukkan, kemudian hiaskan dengan whipped cream dan hirisan limau nipis.
Pai sedia dihidangkan.
COKLAT MUD PAI
BAHAN CRUST
300gm serbuk biskut Oreo
75gm mentega
INTI MUD PAI:
85gm dark coklat
85gm mentega
2 biji telur
85gm gula kastor
100ml whipped cream
SOS FUDGE:
150gm dark chocolate
150gm whipped cream
3 sudu makan golden sirap
175gm gula asing| diayak
CARA MEMASAK:
Satukan bahan crust hingga sebati, kemudian tuang dan padatkan ke dalam acuan pai.
Masukkan acuan pai ke dalam peti sejuk selama 30 minit -1 jam.
Untuk sediakan inti: Cairkan mentega dan coklat
Pukul telur dan gula sampai kembang.
Campurkan adunan telur dengan coklat, kacau perlahan.
Seterusnya campurkan pula whipped cream dan kacau sebati.
Tuang ke dalam acuan pai dan bakar dengan suhu 180C selama 40 minit.
Untuk sediakan sos: Satukan semua bahan sos dan cairkan, kacau sampai sebati.
Tuang di atas ínti mud pai yang telah sejuk tadi.
Masukkan pai dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum sedia dihidang.
PAI BANOFIE
BAHAN-BAHAN:
Pai Crust
Caramel
300 ml whipped cream yang dipukul gebu
2 biji pisang | dipotong bulat
1/2 cawan parutan coklat
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan pai crust, 225gram biskut Marie/digestive dihancurkan dan dicampurkan dengan 120gm mentega yang telah dicairkan.
Gaul sebati dan masukkan dalam acuan atau mangkuk casserole dan sejukkan dalam peti sejuk 1 jam.
Sementara itu sediakan karamel: Campurkan 3/4 tin susu cair dengan 1 sudu makan mentega. Masak atas api perlahan menggunakan kuali non stick hingga susu bertukar coklat perang.
Masukkan whipped cream, kacau sebati. Tutup api dan sejukkan.
Tuangkan karamel yang telah sejuk di atas crust.
Susun hirisan pisang di atasnya, kemudian lapiskan dengan whipping cream.
Akhir sekali taburkan parutan coklat di atas whipped cream dan pai sedia dihidangkan.
PAI APPLE
BAHAN KULIT PAI:
325gm tepung gandum
210gm mentega | dipotong dadu dan di létak dalam sejuk beku
1 sudu makan gula kastor
8 sudu makan air sejuk
Sedikit garam
INTI PAI:
6 biji buah epal hijau
80gm mentega
3/4 cawan gula kastor
3/4 cawan gula merah
1/4 serbuk kayu manis
Secubit serbuk buah pala
CARA MEMASAK:
Kisar tepung dan mentega beku menggunakan food processor.
Masukkan tepung dan mentega dalam bekas dan tambah secubit garam dan gula.
Tuangkan dalam mangkuk adunan, kemudian tambah air sejuk sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh.
Balut doh dan masukkan dalam peti sejuk sebentar.
Untuk inti : Panaskkan mentega, masukkan tepung dan kacau.
Seterusnya masukkan air dan kacau rata menjadi pes.
Masukkan gula kastor dan gula merah. setelah mentega cair, masukkan serbuk kayu manis dan buah pala.Kacau sebati.
Setelah sejuk, masukkan epal hijau yang telah dipotong dadu. Tutup api dan sejukkan.
Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
Canaikan kulit pai, masukkan dalam acuan pai, kemudian masukkan inti epal tadi.
Canai kulit pai untuk tutup pai.
Sapu sedikit air di permukaan tepi kulit pai supaya menjadi pelekat pastri.
Buang lebihan kulit pai dan klim pastri. Sapu sedikit air lebiha inti pai ke atas pastri pai.
Tutup pai dengan kertas timah, bakar selama 15 min. kemudian ketepikan kertas timah dan bakar lagi 10 minit atau hingga keperangan.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...