Betul-betul menarik perhatian dengan roti ni.Roti yang digulung ada telur,mayonis dan chicken floss.Memang terliur bila tengok di bakeri.Boleh jer buat sendiri di rumah. Anak-anak pasti suka dengan menu ni. Boleh hidangkan untuk sarapan mahupun minum petang.
ROTI GULUNG
Bahan-bahan:
Roti
Mayonis
Sedikit susu manis
Telur tambah serbuk perisa
Serbuk lada hitam
Hirisan cili besar
Daun bawang
Chicken floss
Cara membuat:
1.Roti keping digelek nipis.
2.Celup dalam telur yang sudah ditambah perisa dan serbuk lada hitam.
3.Celup biar banyak telurnya. Baru tambah sedap.
4.Baru hias dengan daun bawang dan hirisan lada besar.
5.Masak atas kuali leper, letak minyak sikit.
6.Sebelah bahagian ada telur tu sudah masak, terbalikkan. Yg sebelah masak ala kadar saja.
Ads
7.Roti sudah siap.
8.Sapu mayonis dan sedikit susu manis. Bahagian yang tiada telur. Untuk sebelah dalam.
Terletak di Parit Yusof, Batu Pahat, Johor, kedai bahan kek dan roti, Jihah and The Baking Room Solution memberikan kemudahan bagi penduduk setempat untuk mendapatkan pelbagai produk bakeri. Tidak perlu keluar ke pekan atau bandar berdekatan, penduduk sekitar kampung itu mudah untuk membuat pelbagai jenis kuih dan kek.
Menurut empunya kedai, Nornajihah binti Mohd Noh, idea untuk membuka kedai bahan kek dan roti di dalam kampung itu timbul apabila melihat kelompongan jenis perniagaan itu di kawasan tersebut.
“Di sini memang belum ada lagi kedai bahan kek dan roti. Jika orang kampung hendak membuat kek atau roti, mereka perlu keluar ke pekan atau bandar berdekatan. Hal itu mengambil masa yang agak lama. Jadi, saya buka kedai seperti ini di sini bagi memudahkan orang ramai. Tak perlu nak keluar jauh terutama jika kita cuma perlukan seketul mentega kerana terlupa beli. Boleh datang ke kedai saya,” katanya.
Sejak 3 Januari 2021 Jihah and The Baking Room Solution mula beroperasi sepenuhnya. Alhamdulillah, kedai ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat setempat kerana kewujudannya amat diperlukan.
“Kedai kami mula beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika ini muncul ramai baker baru kerana masing-masing ingin membuat kuih dan mencari pendapatan sampingan ketika PKP. Namun, cabaran kami adalah dari segi harga kerana ketika itu barang-barang naik harga,” katanya lagi.
Pun begitu, Nornajihah cuba memberikan yang terbaik buat semua pelanggannya.
Jihah and The Baking Room Solution
Lokasi: Parit Yusof, Batu Pahat, Johor
Waktu Operasi: 9 pagi hingga 6 petang setiap hari
Scones sangat enak dijadikan sajian ketika minum petang. Pastri lemak masin dan dinikmati pula dengan jem manis, memang padanan yang sempurna. Jika ingin menjadikannya berperisa, boleh tambah bahan-bahan seperti cip coklat, kismis atau apa-apa rasa mengikut pilihan masing-masing. Nak cuba buat? Saudari Zatil Arip ada kongsikan resipi asas scone dan juga cara menjadikan scone pelbagai perisa. Jom cuba!
CARA BUAT SCONES KOSONG (PLAIN) & SCONES BERPERISA
CARA MEMASAK: 1. Parut mentega masuk terus dalam tepung.
2. Ramas sampai jadi serbuk roti. 3. Tambah buttermilk & gaul ala kadar sahaja. 4. Bentukkan jadi doh dan tekan leper setebal 1-2 inci. 5. Tekap guna acuan bulat/gelas tanpa ‘twist’. 6. Susun atas alas bakar dalam loyang. 7. Kacau sebiji telur dan 1 sudu air & sapukan pada permukaan doh. 8. Bakar pada suhu 200°C selama 20 minit atau sehingga keemasan.
Jika sukakan scones pelbagai rasa dan ingin hasilkan 3 perisa berbeza, ini bahan-bahan dan cara-caranya:
BAHAN TAMBAHAN:
Scones Inti Savoury: 2 batang sosej – potong dadu 1/2 biji bawang holland secukupnya– potong dadu (beli online disini) 1 sudu teh cili kisar (beli online disini) Keju cheddar Gula, garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan hingga wangi. Angkat dan sejukkan.
Scones Kismis: Kismis hitam secukupnya
Scones Cip Coklat: Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Parut mentega masuk terus dalam tepung. 2. Ramas sampai jadi serbuk roti. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (1 cawan tepung untuk scones savoury, 1/2 cawan tepung untuk scones kismis dan 1/2 cawan untuk scones cip coklat.)
3. Masukkan bahan tambahan pilihan (savoury/kismis/chocolate chips) ke dalam mangkuk masing-masing.
4. Tambah buttermilk dan gaul ala kadar sahaja. Nisbah sukatan adalah 1/2 cawan untuk Scones savoury dan 1/4 cawan untuk kismis dan cip coklat.
5. Tabur tepung atas dulang dan bentukkan doh.
6. Tekan doh dan tekan leper setebal 1-2 inci.
7. Tekap guna acuan penerap bulat atau gelas. Kalau nak potong2 je pun boleh.
8. Susun atas alas bakar dalam loyang.
9. Kacau sebiji telur dan 1 sudu air dan sapukan pada permukaan doh. Untuk doh savoury, boleh tambah hirisan daun parsli di dalam bancuhan telur.
10. Bakar pada suhu 200°C selama 20 minit atau sehingga keemasan.
11. Scone pelbagai perisa sedia untuk dihidangkan.