Kuah kacang enak dimakan bersama nasi impit, sate, ataupun cucur udang. Ada juga yang dimasukkan ke dalam lontong. Hidangan pada Hari Raya juga seakan-akan tidak lengkap tanpa adanya kuah kacang.
Kali ini, resipi kuah kacang turun temurun yang telah puluhan tahun diwarisi daripada ibu kepada Yatt Ismail ini kini dikongsikan pula kepada kita. Menurutnya, resipi ini ibunya peroleh daripada seorang Chef di hotel dan pernah membuat rancangan memasak di kaca tv suatu ketika dahulu.
Jom cuba resipi kuah kacang yang terlajak sedap ini.
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang tanah (disangai atau dipanggang dalam oven)
Bila ada mangga muda tentulah lawannya ada pencicah yang boleh boleh buat kecur liur. Jom buat serbuk colek yang mudah. Pedas berdesing dengan rasa udang kering dan juga belacan.Meleleh semua air yang ada bila gigit ni.
SERBUK COLEK
Bahan-bahan:
Gula pasir secukupnya
Cili kering
Udang kering
Belacan
Sedikit garam
Cara membuat:
1.Sangai lada kering, udang kering, belacan. Sangai sekejap kemudian biar ia sejuk dulu.
2.Dah sejuk, boleh masuk dalam pengisar dan kisar kering.
3.Tengok warnanya merah menyala.
4.Kemudian masukkan gula dan sedikit garam. Gaul sampai sebati. Nak letak banyak mana? Agak-agak cita rasa masing-masing.
5.Tak tahan makan ni. Tak boleh berhenti. Masam, manis, masin, pedas semua bergabung.
Masakan yang menggunakan rempah yang baru dibuat memang mempunyai rasa yang lebih enak. Memang berbeza rasanya jika dibandingkan dengan pes yang dibeli. Salah satu rempah yang anda boleh hasilkan sendiri ialah pes tomyam. Tak susah pun. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan bakar
3 sudu makan cili kering kisar
Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.
Orang kata, ikan bilis ni menu sementara menunggu gaji masuk. Kini tidak lagi. Ikan bilis pun mahal ye harganya. Jika dah bosan atau tak ada selera makan, ikan bilis ni boleh jadi lauk penyelamat. Dengan nasi panas je pun dah cukup berselera. Jom cuba!
1. SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan. 2.Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan. 3.Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar. 4.Kacau sehingga wangi dan pecah minyak. 5.Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata. 6.Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 7.Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing. 8.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
2. SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan. 2.Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan. 3.Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. 4.Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit. 5.Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi. 6.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 7.Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak. 8.Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
3. SAMBAL GORENG JERING BERSAMA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
300gm jering tua | hiris melintang
200gm ikan bilis | kopek
1 biji bawang besar | hiris
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan pes asam jawa
3-4 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3 biji cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan. 2.Seterusnya goreng jering hingga garing, angka dan ketepikan. 3.Menggunakan kuali yang sama tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. 4.Kacau hingga pecah minyak. 5.Masukkan air asam jawa, diikui dengan ikan bilis dan jering goreng tadi. 6.Kecilkan api, kacau rata lebih kurang 2-3 minit. 7.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 8.Apabila sambal sudah kelihatan kering dan warna coklat kehitaman, tutup api. 9.Sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jering selain goreng boleh juga rebus dahulu, jika tidak mahu ia terlalu keras.
4. SAMBAL IKAN BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. 2.Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. 3.Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. 4.Masukkan air asam jawa gula secukupnya. 5.Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat. 6.Masukkan pula hirisan bawang besar. 7.Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api. 8.Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
INFO CHEF: Gunakan ikan bilis saiz sederhana dan putih kerana ia lebih ranggup.
5. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan. 2.Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. 3.Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus. 4.Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi. 5.Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. 6.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain terung pipit boleh juga gunakan lobak jeruk manis atau masin. Tetapi potong dadu kecil.
6. SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1.Cuci ikan bilis dan toskan. 2.Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar. 3.Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk. 4.Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu. 5.Gaul rata, dan sedia dihidangkan. 6.Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
INFO CHEF: Selain tomato, boleh juga gunakan belimbing buluh (hiris nipis atau tumbuk bersama ikan bilis).
7. SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar . 2.Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering. 3.Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing. 4.Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula. 5.Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis. 6.Tutup api angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Isi ikan masin talang juga enak dimasak seperti ini tetapi ia perlu didadu kecil sebelum dijadikan sambal dan dicampurkan telur.