Dadih Sususemestinya sangat mudah disediakan. Bahan-bahannya sangatlah simple. Namun bila dilihat dari segi rupanya yang putih mulus, tidak begitu menarik serta membuka selera.
Jangan risau, anda sendiri boleh olahnya dengan menambah sedikit ‘seri’ pada manisan ini. Caranya mudah Sahaja. Hanya tambahkan ‘topping’ pilihan dan lihatlah hasilnya. Seakan ‘dessert’ dari kafe terkemuka.
Dadihmemang sedap lebih-lebih lagi kalau makan sejuk-sejuk. Ada topping, lagilah lebih enak. Menerusi perkongsian saudari Yang Ku Rodzmah, beliau menunjukkan cara-cara menyediakan dadih susu yang diletak topping mangga. Rasanya seakan manisan yang dibeli di restoran.
Wow…Bolehlah cuba nanti. Mudah dan pastinya kena dengan selera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA-CARA MEMBUAT DADIH SUSU HOMEMADE & TOPPING MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 liter air
20gm agar-agar – bagikan kepada 3 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja (anggaran 7gm) – beli online disini
1.Satukan air, agar-agar, gula dan sedikit garam di dalam periuk. Masak hingga semua bahan larut.
2. Bila semua bahan sudah hancur, masukkan susu. Tunggu susu naik wap kemudian barulah padamkan api. Jangan biarkan susu mendidih nanti tekstur jadi tidak cantik.
3. Isikan ke dalam bekas bersesuaian dan bekukan.
4. Bila sudah kental, bolehlah dimasukkan topping dengan secukupnya.
IKLAN
5. Bagi membuat topping, campuran buah mangga yang dipotong dadu bersama pes jus mangga. Gaul sebati dan sedia untuk digunakan tanpa perlu dimasak.
Melihatkan senarai pilihan pemanis mulut pilihan Raja Permaisuri Agung sebagai hidangan di Majlis Santapan Diraja ia sungguh autentik dan menarik perhatian tetamu diraja, Ia bagaikan amembangkitkan nostalgia silam di mana kesemua manisan ini sangat sinonim di majlis-majlis keraian di zaman dulu-dulu. Menariknya kesemua manisan ini sangat mudah disediakan, kepada korang yang teringin mencuba dan merasakan aura autentik, ini dikongsikan resipinya yang boleh dicuba.
.
PUDING RAJA
BAHAN-BAHAN:
4 sikat pisang lemak manis | buang kulit
1 cawan biji gajus | goreng
2-3 genggam jala emas
200gram buah prun | potong empat
Buah ceri merah/hijau
2 sudu makan minyak sapi
Minyak untuk menggoreng
BAHAN KUAH PUDING:
1 tin susu cair
3 biji telur | ambil kuning sahaja
1/2 tin air
1-2 cawan gula | ikut citarasa
Daun pandan | simpul
Esen vanilla
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning.
Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan. Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.
Untuk Kuah Puding. Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih.
Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila.
Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang:Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.
Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
.
KUIH KACAU KELEDEK BAHAN-BAHAN:
1 kg keledek
1 biji kelapa parut | jadikan santan 2 gelas
500gram gula pasir
2 biji telur ayam
1 sudu teh vanilla
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Keledek dibersihkan, rebus dan lecek hingga halus
2. Satukan gula dan santan serta garam. Jerangkan atas api sederhana dan dikacau hingga likat.
3. Telur dipukul lalu dimasukkan kedalam adunan santan gula bersama keledek lecek dan esen vanilla.
4. Masukkan pewarna kuning.
5. Kacau hingga cukup kental, tuang dalam acuan.
.
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN:
350 gram gula pasir
400 ml santan
500 ml air
50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1.5kg labu
5 biji telur | dipukul kembang
2 helai daun pandan
Garam
CARA MEMASAK: 1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat. 2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam. 3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka. 4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan hawa.
CARA MEMASAK: 1. Masakkan santan sehingga pecah minyak, masukkan gula. Kacau perlahan-lahan dan biarkan sehingga gula hancur. 2. Biarkan sehingga pekat, kemudian masukkan pulut. 3. Kacau hingga tekstur adunan kental.
.
WAJIK DURIAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut |rendam
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
10 ulas durian | isi sahaja
Sedikit kapur
Daun pisang
BAHAN AIR GULA:
500 gm gula melaka
300 gm gula pasir
2 cawan air
1 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1. Beras dikukus, setelah masak, angkat dan gaul dengan sedikit santan cair yang dibancuh dengan sedikit garam. 2. Masak gula melaka dan gula pasir dengan dua cawan air. Setelah larut dan mendidih, hendaklah di tapis. 3. Masak semula gula yang ditapis tadi, masukkan daun pandan, secubit garam dan isi durian. 4. Apabila mendidih masukkan santan pekat dan biarkan merenih dalam setengah jam menggunakan api yang kecil. 5. Setelah gula pekat berkilat dan bertali, masukkan pulut yang dikukus tadi. 6. Masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau dalam 30 minit atau sehingga agak kering. 7. Apabila kering dan tak melekat di sudip, keluarkan daun pandan tadi. Tuang ke dalam loyang yang telah di alas dengan daun pisang. 8. Setelah sejuk wajik sedia dihidangkan.
.
BUAH TANJUNG
BAHAN-BAHAN:
10 biji kuning telur
1 kg gula pasir
500ml air
250gm tepung pulut
100gm tepung beras
2 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh pewarna oren | jika suka
CARA MEMASAK:
Satukan tepung pulut dan tepung beras. Kemudian, sangai tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan ketepikan.
Masak gula bersama air hingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga cengkih dan biarkan separuh pekat. Keluarkan daun pandan
Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan ke dalam tepung yang disangai sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut. Cubit adunan menggunakan 3 hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung.
Kemudian masukkan ke dalam air gula sehingga meresap barulah diangkat.
.
KUIH TAHI ITIK
BAHAN-BAHAN:
10 biji putih telur
500ml santan
400gm gula pasir
100gm tepung pulut
150gm tepung beras
Sehelai daun pandan | siat-siat
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
Biarkan sejuk.
Setelah sejuk, bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.
Kuih Tahi Itik sedia dihidangkan.
.
KUIH BUNGA TONJET: BAHAN-BAHAN:
15 biji telur gred A | ambil kuning sahaja
1 kg gula
Daun padan | carik dan simpul
5 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Masukkan gula bersama daun padan dalam air hingga pekat. Angkat dan tapis. 2. Pukul kuning telur hingga kembang, kemudian titikkan telur dalam air gula panas yang masih di atas api. 3. Jika telur itu tidak boleh dibentuk, Kacau atau pukul lagi. 4. Kemudian ambil sesudu teh adunan telur tadi dan tuangkan perlahan ke dalam air gula yang mendidih. Ia akan berbentuk bulat. 5. Ulang proses yang sama hingga adunan telur habis. 6. Biarkan ia masak seketika di dalam air gula sebelum diangkat. 7. Jika air gula menjadi terlalu pekat tambah air panas.
Tat Keju yang sedap & mudah buat pastinya menjadi sebutan ramai. Makan sejuk-sejuk, alahai…sedapnya! Bagi penggemar hidangan ini, anda bolehlah cuba. Istimewanya, hanya dengan resipi pastri yang sama, anda boleh hasilkan dua jenis cheese tart berlainan rasa. Wow!!!!
1. CREAM CHEESE TART
BAHAN KULIT TART
250gm mentega
450gm tepung gandum
100gm gula kastor
BAHAN CREAM CHEESE:
250gm cream cheese
60gm gula kastor
50gm mentega
1 biji telur
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan kulit atau cengkerang tart, campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
Masukkan doh dalam acuan dan bentukkan
Seterusnya, bakar suhu 170C darjah selama 20 minit.
Bagi menyediakan inti, masukkan cream cheese, gula kastor dan mentega di dalam mangkuk adunan. Pukul hingga sebati.
Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga semua bahan sekata.
Masukkan cream cheese ke dalam piping bag dan paipkankedalam kulit tart.
Hias bahagian atas krim dengan sedikit jem blueberi.
Bakar selama 10-15 minit api atas dan bawah suhu 170 C.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF: Sebelum bakar kulit tart, cucuk dengan garpu bahagian dalamnya.
2. CREAM CHEESE NUTELLA
BAHAN KULIT TART
250gm mentega
450gm tepung gandum
100gm gula kastor
BAHAN CREAM CHEESE NUTELLA:
250gm cream cheese
240gm whipping cream
60gm gula kastor
Nutella secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan kulit atau cengkerang tart, campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
Masukkan doh dalam acuan dan bentukkan
Seterusnya, bakar suhu 170C selama 20 minit.
Untuk menyediakan cream cheese Nutella, putar whipping cream hingga kembang. Asingkan.
Dalam mangkuk lain, putar cream cheese bersama gula hingga kembang.
Kemudian campurkan kedua-dua bahan putar tadi dan putar lagi sehingga sebati.
Paipkan cream cheese ke dalam kulit tart.
Seterusnya paipkan pula nutella di atasnya.
Bakar selama 10-15 minit api atas dan bawah suhu 170C.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF:Kulit atau cengkerang jika tidak mahu buat boleh beli sahaja di kedai-kedai bakeri utama.
Bila bercerita pasal kurma, memang baik sangat dijadikan amalan memakannya di bulan Ramadan ini. Tapi rugi kan buah kurma yang banyak khasiat dan kebaikan ini dimakan masa bulan puasa sahaja, sebenarnya ia sentiasa sedap dan berkhasiat sepanjang masa.
Apa yang pasti bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, kurma makanan tinggi serat ini sangat sesuai dan berkhasiat.
Kandungan nutrien makanan ini yang tinggi menjadikan ia makanan yang sewajarnya wajib anda makan untuk menjaga kesihatan. Kurma juga sedap dijadikan sajian pencuci mulut yang hebat.
1.BROWNIES COKLAT KURMA
BAHAN-BAHAN :
128 gm mentega lembut
70 gm coklat gelap
100 gm telur
100 gm gula halus/castor
50 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
50 gm walnut/dicincang halus
50 gm kurma / keluarkan isi dicincang halus
CARA MEMBUAT : 1. Cairkan coklat dan mentega menggunakan teknik ‘double boil’, iaitu dengan memanaskan kuali yang berisi air hingga mendidih dan letakkan loyang bulat atau periuk di atasnya. 2. Setelah cair ketepikan, biarkan adunan sejuk sedikit, 3. Sedia kan bekas dan masukkan telur, esen vanilla bersama gula castor. Kacau laju supaya semuanya sebati, masukkan s glukos cecair. Jangan terlebih kacau, tidak perlu menggunakan ‘mixer’. 4. Masukkdan mula tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit serta serbuk koko. 5. Masukkan walnut dan kurma, dan kaup balikkan sekali. 6. Tuangkan ke dalam loyang pembakar, ratakan adunan 7. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar dalam suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah. 8. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 10 potongan Masa memasak : 45 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Brownies Keistimewaan : Brownie kaya rasa coklat dan manis kurma serta lemak berkacang. Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Brownies dengan ramuan kurma makanan sunnah yang sesuai sebagai pencuci mulut dan moreh.
Resipi : Hotel Sheraton PJ
2. PENGAT KURMA ,DELIMA & BUAH-BUAHAN SUNNAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji delima /diambil isinya
1 biji santan kelapa
15 biji kurma /dibuang biji
10 biji buah tin kering /dipotong
20 biji gajus goreng @ bakar
2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. 2.Masak dengan api yang sederhana. 3.Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.