Tauhu Telur merupakan antara menu yang paling cepat dan mudah untuk disediakan. Kebiasaannya Tauhu Telur akan dimasak sup atau lebih kepada menu ala Chinese Style.
Kali ini, boleh cuba resipi Tauhu Telur Berlado yang telah diolah oleh Roha Adrinna. Memang enak, lebih-lebih lagi jika dimakan bersama nasi panas. Jom kita lihat resipinya.
TAUHU TELUR BERLADO
BAHAN-BAHAN:
2 paket tauhu telur | dipotong
Ikan bilis | digoreng hingga garing
3 sudu besar tepung jagung
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
8 batang cili api
3 batang cili merah
1 biji tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukupnya
Gula secukupnya
2 sudu air asam jawa
Sedikit air
Minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Salutkan tauhu telur dengan tepung jagung dan goreng dengan minyak yang telah dipanaskan sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Ads
2. Kisar kasar bawang besar, bawang putih, cili merah, cili api dan tomato.
3. Di dalam kuali, tuangkan sedikit minyak masak dan bahan kisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Kemudian, tambahkan air asam jawa, gula, garam dan sedikit air. Gaul sebati.
5. Tunggu sehingga kuah berlado masak dan pekat. 6. Masukkan ikan bilis dan tauhu telur yang telah digoreng ke dalam kuali. Gaul sebati.
Nak buat hidangan lauk untuk keluarga, kadang-kadang buntu juga mak-mak ni ye.
Kalau masih tercari-cari lauk simple dan cepat siap, boleh cuba resipi masak telur tomato ini.
Resipi yang dikongsikan Siti Zanariah Khalit ini, boleh dicuba dan mesti anak-anak suka.
TELUR TOMATO SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur 2 biji tomato (pilih yang besar dan merah) – beli online di sini Garam secukup rasa Serbuk perasa (jika suka) Gula (perlu ada untuk hilangkan rasa masam dan maung tomato) Minyak masak – beli online di sini
1. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak. 2. Pecahkan telur dan kacau guna garpu. Kemudian masukkan dalam kuali. Bila telur kelihatan setengah masak, gaulkan.
3. Bila telur kelihatan 3/4 masak, angkat. Pastikan telur tidak terlalu masak. 4. Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak. Masukkan hirisan tomato.
Menu yang mengenyangkan dari telur dan kentang. Serta penuh rasa krim dari keju.
TELUR KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang (dadu halus)
1 biji bawang besar (potong kasar)
3 keping daging burger (Boleh gunakan chicken atau meat ham. Hancurkan & goreng sebentar)
5 keping cheese
5 biji telur
Sedikit garam & lada
CARA MEMASAK:
Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. Goreng sampai kentang lembut dan lenyek-lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tidak perlu halus sangat biar kasar-kasar sedikit.
Dalam bekas yang lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada.
Masukkan kentang yang dilenyek tadi. Gaul sekata.
Panaskan non stick pan dangan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. Gunakan cheesedale dan mozarella.
Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. Letak lagi selapis lapisan cheese.
Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas.
Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak-agak dalam 7 minit sudah masak boleh angkat.